Jumaat, 29 November 2013

Aktiviti Sembang Kongkang Akhir Tahun 2013

KERTAS CADANGAN
PERTANDINGAN FUTSAL TERTUTUP
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM 2013

Kepada semua kaki-kaki bola Bahagian Pendidikan Islam, Sembang Kongkang FC dengan kerjasama Biro Sukan dan Rekreasi BPI akan menganjurkan satu Pertandingan Futsal Tertutup BPI 2013. Terbuka kepada semua warga BPI(Lelaki) sahaja. Tujuan pertandingan ini adalah mengeratkan lagi hubungan antara warga BPI yang baru dengan yang lama dan dapat juga kita berkenalan dengan lebih dekat lagi President Sembang Kongkang yang baru.

Pertandingan dijalankan pada tarikh,masa dan tempat adalah seperti berikut :-


TARIKH         : 13 Disember 2013 (Jumaat)
MASA             :  9 mlm – 12 t/malam
TEMPAT       : Gelanggang Futsal Arena, Cyberjaya


SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

1. Peraturan Pemain :-

1.1.        Pertandingan ini terbuka kepada semua warga BPI yang masih bekerja di BPI sehingga tarikh hari pertandingan berlangsung.

1.2.        Setiap pemain yang telah mendaftar akan dibahagikan mengikut 4 pasukan yang telah ditetapkan oleh penganjur dimana setiap pemain akan melalui proses undian untuk menentukan kedudukan pemain tersebut dipasukan mana.

1.3.        Setiap pasukan akan mengandungi 5 atau 6 pemain. Bergantung kepada penyertaan.

1.4.        Keputusan undian adalah muktamat. Tiada sebarang pertukaran pasukan selepas undian. Pertukaran hanya boleh dibuat jika mendapat persetujuan 2/3 pemain-pemain lain.


2.      Nama Pasukan

Setelah dinilai, saya telah pilih 4 pasukan Kejohanan Piala Kongkang yang lepas iaitu Newcastle United, Sunderland, Bolton Wanderers dan Everton. Jauh dari pasukan-pasukan EPL lain yang menjadi kegilaan budak-budak sembang kongkang sehingga boleh mencetuskan pertelagahan.

3. Pakaian ketika pertandingan :

3.1       Jika pemain diundi mewakili pasukan Newcastle United pemain tersebut hendaklah memakai baju HITAM  

3.2       Jika pemain diundi mewakili pasukan Sunderland, pemain tersebut hendaklah memakai baju warna MERAH

3.3       Jika pemain diundi mewakili pasukan Bolton Wanderers, pemain tersebut hendaklah memakai baju warna PUTIH

3.4       Jika pemain diundi mewakili pasukan Everton, pemain tersebut hendaklah memakai baju warna BIRU

4. Peraturan Pertandingan

4.1       Peraturan pertandingan adalah mengikut peraturan yang telah diketahui umum.

4.2       Masa pertandingan adalah 7-1-7

4.3       Tiada had penukaran pemain. Pemain yang dah keluar boleh masuk kembali untuk bermain.

4.4       Pusingan pertama pertandingan diadakan secara liga satu pusingan (Round Robin) dimana;

Pasukan yang menang akan mendapat 3 mata
Pasukan yang seri akan mendapat 1 mata
Pasukan yang kalah akan mendapat 0 mata

Kedudukan Liga

JADUAL PERLAWANAN

Perlawanan 1 : 
Newcastle United vs Bolton Wanderers
Perlawanan 2 :
 Sunderland vs Everton
Perlawanan 3 :
 Bolton Wanderers vs Sunderland
Perlawanan 4:
 Everton vs Newcastle United
Perlawanan 5:
Bolton Wanderers vs Everton
Perlawanan 6:
Newcastle United vs Sunderland

4.5       Pasukan yang mendapat pungutan mata terbanyak akan menduduki tempat pertama liga, yang kedua banyak akan menduduki tempat kedua dan seterusnya.

4.6       Jika pungutan mata adalah sama, kiraan jaringan gol terbanyak akan diambil kira. Jika masih sama juga, jumlah bolos tersikit akan diambil kira. Jika sama juga, 3 sepakan penalti akan dijalankan.






4.7       Juara dan Naib Juara Liga akan terus ke perlawanan akhir untuk menentukan Kejuaraan manakala pasukan yang menduduki tangga ke-3 dan ke-4 akan melalui perlawanan Penentuan Tempat Ke-3 dan Ke-4.

PERLAWANAN TEMPAT KE-3/4

Tempat Ke-3 Liga vs Tempat Ke-4 Liga

AKHIR
Juara Liga vs Naib Juara Liga

5.PENGADIL

5.1       Disebabkan kita tidak mempunyai peruntukan untuk mengambil pengadil, maka setiap pasukan akan melantik 2 orang untuk mengadili satu-satu perlawanan. Seorang akan bertindak sebagai pengadil dan seorang lagi akan bertindak sebagai penjaga garisan.

5.2       Setiap pengadil harus mengetahui asas peraturan dalam permainan futsal. 

5.3       Keputusan pengadil adalah muktamat. Kalau nak bantah bayar RM100 kat Tuan President baru boleh buka cerita.

JADUAL PERLAWANAN

Perlawanan 1 : 
Newcastle United vs Bolton Wanderers
 pengadil : Sunderland

Perlawanan 2 :
 Sunderland vs Everton
Pengadil : Newcastle United

Perlawanan 3 :
 Bolton Wanderers vs Sunderland
Pengadil : Everton

Perlawanan 4:
 Everton vs Newcastle United
Pengadil : Bolton Wanderers

Perlawanan 5:
Bolton Wanderers vs Everton
Pengadil : Sunderland
Perlawanan 6:
Newcastle United vs Sunderland
Pengadil : Everton



PENENTUAN TEMPAT KE-3/4
Tempat Ke-3 Liga vs Tempat Ke-4 Liga
Pengadil : Ditentukan selepas tamat Pusingan Pertama

AKHIR
Juara Liga vs Naib Juara Liga
Pengadil : Ditentukan selepas tamat Pusingan Pertama

6. ANUGERAH


6.1       Anugerah akan diputuskan oleh Jawatankuasa Kejohanan dimana satu mesyuarat akan diadakan dengan Tuan Presiden

7. LAIN-LAIN

Cadangan : -

1.    Setiap pemain dikenakan yuran penyertaan RM3.00 untuk menampung perbelanjaan.

2.    Jika penyertaan tidak mencukupi, kekosongan akan diisi oleh bekas warga BPI.

3.    4 pasukan yang bertanding, 1 slot pasukan diberikan kepada pasukan dikalangan pegawai(ustaz), 3 slot lagi akan diundi dikalangan staf-staf .



-DIMANA ADA SEMBANG DISITU ADA KONGKANG-








Tiada ulasan:

Catat Ulasan