Rabu, 6 November 2013

Logo KPM yang baharu



Logo Kementerian Pendidikan Malaysia yang baharu.

Lama siot tak taip blog. Ni adalah rekod paling lama admin sembang kongkang tak menaip blog..So entry yang pertama untuk blog sembang kongkang setelah sekian lama cuti berehat adalah pasal logo KPM yang baru.....Nak tau ape rasionalnya bentuk logo KPM tu macam tu, korang baca kat bawah ni.....

Rekabentuk oleh :
Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad
(Majlis Rekabentuk Malaysia)

Rasional
Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau
typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada
jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah
mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat.
Ilmu juga di klasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang
yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada
kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. Logo ini menggunakan
dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem
Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat kearah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan
pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat
global. Dari segi warna, Biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning
keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang
bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.





1 ulasan:

  1. Dah Macam Logo KILANG kat BANGI jer?!!!
    Macam Tak Rasional jer?
    Macam Tak COMEL jer?
    Macam Tak Melambangkan PENDIDIKAN jer?>>>
    Huruf JAWI dicampurkan dengan Huruf RUMI, Masih lagi nmpak macam ' i '... Kalau Letak Gambar Buku pn dah o.k... hehehe..

    BalasPadam