Khamis, 21 Mei 2009

kahwin datang lagi.........

CINTAILAH CINTA



assalamualaikum semua....

sidang redaksi Sembang Kongkang datang mengongkang lagi kali ini....ini berikutan kami dapat arahan dari editor kami iaitu Bos "Encit Salemi" yang meminta kami review pasal blog kami kurang sgt input bulan nih...ini kerna kami kurang masa dan kurang kemudahan dek kerna kekangan masa dan kekangan kerja...almaklumlah warga KPM yang rajin berkhidmat lah katakan...
kita layan blog ni jiwang skit kalini sambil mendengar lagu Belaian Jawa - innuendo

ok..skrang ni ialah musim cuti sekolah telah tibe lagi..maka apabila tiba musim sekolah maka ramailah pasangan yang akn berkahwin atau mendirikan rumah tangga...ape rasionalnye musim cuti sekolah dgn musim kahwin ini...maka apabila tiba musim kahwin ni,maka sibuklah orang nk sewa bas utk ke majlis kahwin la,sibuk orang printing nk print kad kahwin lah,sibuk nk wat katering ngn Jalil la dan bermacam2 lagi yang nak dipikirkan...bukan sonang nk kawen ni...bukan nye harini Torai, besok Tunang , lusa Kahwin, tulat Cerai...al kisah....tersebutlah sebuah kisah...daripada peribahasa tamil yang diperturunkan oleh brader firdaus iaitu..."Bercinta 30 hari , nafsu 60 hari, tapi berkawan selama lamanya...."mengapa saya keluarkan peribahasa tamil di sini berkisah kepada kisah cinta kita yang akan diperdengarkan nanti...jangan cuba membunuh diri di rel keretapi dek kerna hutang kahwin anda yang menggunung

ini berikutan kerna musim cuti ialah musim utk mak bapak bwk anak pi jalan2....tapi takkan nk pegi zoo ker,muzium ker memanjang...misti nk pi mkn nasi minyak jugak..so secara tidak langsung slepas melawat zoo atau muzium mak bapak dapat mebawa anak2 berjalan2 melawat negeri2 lain utk majlis kahwin ini...di sini terjalinlah konsep birokrasi,ziarah menziarah dah konsep sistem barter(ape yg ku karutkan nih??)



Pihak Sembang Kongkang pun byk mendapat undangan perkahwinan ni...bersimpang siur , berputaq beliaq,dari utara ke selatan,dari timur ke jawa tengah, jadi kami tak tau nk pegi yg mane satu....nk pegi ke situ,di sini akan terluka,kalau ku pilih di sini,di sana akan tersiksa....perlukah aku pilih keduanya.....bahagi kasih seadil adilnya.........fuh mcm lagu ukays plak.....jadi utk menjaga ati semua pihak,kami tak payah pgi semua..dok umh layan sarkis lagi baguih....hahahhahaaa......



dan di BPI ini juga dua orang staff bakal menukar panggilan cik dan status mereka dari single ke double ataupun "Married and not available anymore" iaitu Cik Nooraidawati dan Cik Noorbaizura....tahniah dari warga sembang kongkang ucapkan...muga berbahagia dan kekal ke anak cucu cicit cuit cucut dan cutit........insya Allah........



dan lepas ni sapa punya giliran plak yek...........????? kita sama sama doakan yek..amin......

bagi yang dah ada cinta mereka atau pon yang sedang menorai cinta mereka...semoga berjaya yek...walau pon diman cinta sejati mereka yang bakal dicari...di lautan biru,di mawar biru ke,di Kursus BRP ker, di Induksi ke, atau di Kafe Jalil ke,yang penting kite kene ikhlas dalam mencari cinta...cinta tak akan datang kalu kita bertepuk sebelah tangan melainkan kita menepuk muka sahabat kita iaitu Hafis dengan tapak tangan kita ini ke pipi nya....sekian

Khamis, 14 Mei 2009

anda trauma atau kechewa atau jiwa kacau??




Tips Untuk Elakkan Trauma dan Kecewa…


Perkara-perkara yg prlu kita buat tuk elakkan dr trauma akibat terlalu kecewa.

1. Dalam keadaan yan g amat kecewa itu. Kuatkan semangat anda. Pergi ketempat yan g ada ramai orang. Bagi setiap orang yang ada temui, tanyakan mereka. “Sudahkah anda menjelaskan cukai pendapatan anda?”


jiwa kacau - menghadapi krisis identiti yang tebal


2. Beli makanan banyak-banyak (sebaiknya makanan basah yang tidak tahanlama) jangan letakkan dalam fridge. Dari sehari ke sehari, perhatikanperubahan yang terdapat pada makanan tersebut. Rekod dalam buku notaanda sebarang perubahan yang berlaku seperti pergerakan ulat, kulat,spora dan sebagainya.


3. Jika kita rindukan detik-detikwaktu bergayut di telefon, dan kita terasa begitu sukar untuk melupakantabiat lama kita itu. Cepat-cepat angkat telefon, dail sebarang nombor103 Telekom Malaysia. Petugas-petugas Telekom Malaysia bersedia melayansebarang pertanyaan anda. Sekiranya anda dimarahi. Bagitahu mereka yanganda baru dikecewakan dan memerlukan seseorang untuk anda luahkanperasaan anda.


jiwa kacau menyebabkan anda sasau....!!!!


4. Sekiranya anda terasa terlalu rindusehingga tidak dapat melelapkan mata. Bangun !!!! Berdiri dan buatsenaman ringan sebanyak 8 kali setiap sesi. Kemudian pergi ke dapur,alih semua almari dan peralatan yang hampir dengan dinding. Perhatikansebarang pergerakkan lipas dan semut. Ekori mereka. Mereka mungkin,perompak yang di kehendaki oleh polis. Anda telah membantu menangkappenjenayah !!!



5. Anda rindu mendapat email dari si dia?Bukak account email baru yang dekat-dekat namanya macam email kekasihanda, dan compose email berbentuk cinta dan rindu. Hantarkan kepadaemail anda yang selalu anda gunakan untuk berhubung dengan dia.Taraaaaa!!! Checklah email anda yang asal itu. Anda pasti gembiramendapat email yang seolah-olah dari dia.


jiwa kacau yang hakiki - bila termangu menunggu kasih dengan langsir pink

6. Marah pada dia? Itu adalah normal! Ambik bantal peluk anda. Pakaikan bantal pelukanda seperti anda ingin kekasih anda bergaya. Letakkan di hujung katil.Apabila anda telah bersedia, hamburkan segala yang terbuku di hatianda. Luahkan segala-galanya. Tapi awas, jangan sampai ada berlakupenderaan pada bantal kekabu anda. Sebarang luka-luka dan lebam tidakdi benarkan. Selepas anda rasa puas memarahi bantal tersebut. Bukakanpakaian dia, dan check sama ada berlaku sebarang pendarahan ataupuntekanan emosi pada bantal tersebut. Sekiranya tidak ada, peluk lahbantal tersebut dan tidur seperti biasa. Ulangi langkah tersebutsekiranya anda tidak berpuas hati dengan mainan dalaman anda.


7. Bukak tv dan tontonilah cerita cerita aksi. Bayangkan kekasih andaitu adalah orang jahat dan anda hero dalam filem tersebut. Setiap kaliada adegan tembak-menembak, pastikan anda melakukan aksi yang sama didepan tv. Semestinya anda akan berasa satu kepuasan apabila ceritatersebut tamat dan penjahat itu mati di tangan anda.


jiwa kacau - semayang jenazah tapi macam2 di pikiran tidak kusyuk...


8.Jangan dengar lagu-lagu yang boleh mengingatkan anda kepada si dia.Anda masih di benarkan mendekati radio, tetapi putarkan lagu-lagu yanganda benci seperti keroncong, lagu-lagu melayu deli dan juga iramaasli. Bayangkan anda sedang menyanyikan lagu tersebut di telinga sidia, dan pastinya si dia akan menyampah apabila mendengarnya. Serikannyanyian anda dengan aksi-aksi dan memek muka yang menjelekkanmenandakan anda begitu marah dengan sikap si dia yang mengecewakananda.


9. Tanam segala harta benda pemberian si dia. Kalauboleh poskan kesemuanya ke alamat rumah nenek anda untuk disimpan disana . Berilah kebenaran untuk nenek anda menggunakan apa yang dia rasaperlu. Contohnya teddy bear, biarkan nenek anda tidur dengan teddy beartersebut. Anda pasti merasa satu melihat nenek anda gembira tidurberteman dan anda akan dapat melupakan si dia dengan pantas.

jiwa kacau yang hakiki 2 - jiwa yang kusut dek kerna dipaksa dgr ceramah



10. Untuk jalan mudah menenangkan hati dan fikiran anda ketika andadikecewakan oleh pasangan anda? Lakukan semua perkara yang anda lakukandalam keadaan terbalik. Anda berjalan terbalik. Anda menekan pedalminyak kereta dengan kaki kiri. Anda tidur berdiri. Anda menyapu dalamkeadaan terlentang dan sebagainya. Variasikan pergerakkan anda. Ingat,setiap aksi yang anda lakukan memerlukan anda untuk belajar gaya baru.Anda pasti seronok dengan perkara baru yang anda lakukan ini. Dandengan mudah anda akan dapat melupakan si dia dalam sekelip matasahaja.

pelopor persatuan jiwa jiwa kacau daerah sg petani kedah

Selasa, 12 Mei 2009

ILMU IT-mengecilkan foto supaya mudah dikongsi

Foto-foto digital yang beresolusi tinggi, biasanya boleh menghasilkan cetakan yang jelas dan bermutu. Bagaimanapun, saiz fail serta dimensinya yang besar mungkin menyulitkan anda untuk berkongsi misalnya menerusi e-mel atau blog. Oleh itu, anda boleh mengecilkannya dengan bantuan perisian Shrink Pic 1.8.0

INFO PERISIAN

Nama: Shrink Pic 1.7
Pembangun: OnTheGoSoft
Lesen: Percuma(Freeware)
Saiz: 1.0 MB
Sistem: Operasi Windows 2000, XP, 2003 & Vista
Tapak Web: http://www.onthegosoft.com/shrink_pic.htm
Sumber lain: http://www.softpedia.com


CARA PENGGUNAAN


Langkah 1 : Muat turun (download) perisian di tapak pemajunya di http://onthegosoft.com/shrink_pic.htm. Anda juga boleh menjumpainya di tapak web penyedia beraneka




Isnin, 11 Mei 2009

virus trojan

Trojan juga termasuk dalam kategori program komputer yang merosakkan. Ia merupakan program yang sering mengelirukan pengguna dengan mendakwa boleh melakukan sesuatu (seperti membaiki kelemahan program komputer) tetapi akan melakukan sebaliknya.

Program Trojan yang dikenali sebagai Trojan horses itu kadang kala akan memadamkan seluruh cakera keras komputer anda jika ia telah dipasang.

Bagaimanapun, program ini tidak boleh menyalinkan dirinya sendiri untuk menjangkiti komputer.

Trojan jenis back door pula akan berada dalam komputer anda dan 'membuka pintu' kepada virus atau pengguna komputer di luar mengakses sistem komputer anda.

Melindungi dari virus adalah menjadi tanggungjawab kepada semua pengguna komputer kerana ia sebenarnya boleh dihindari jika semua pengguna menggunakan komputer mereka dengan bijak.

Perkara paling penting perlu dilakukan oleh pengguna komputer ialah menyimpan salinan semua data-data atau fail penting dalam komputer bagi menggelakkan ia hilang jika berlaku masalah akibat serangan virus.

Pengguna juga perlu sentiasa memastikan perisian komputer sentiasa dikemaskini seperti perisian Windows atau Internet Explorer yang boleh dikemaskini di laman web Windows Update.

Selain itu, pastikan juga perisian anti-virus seperti perisian Trend, Norton, Symantec dan sebagainya telah dipasang kepada komputer anda dengan sentiasa dikemaskini versi pattern dan enjinnya melalui laman-laman web syarikat perisian tersebut.

Anda juga perlu mengelakkan diri dari menggunakan disket pada komputer yang tidak diketahui statusnya, mengunjungi laman web yang tidak berfaedah, memindah-terima (download) program atau perisian dari laman web yang tidak dipasti syarikatnya bagi menggelakkan komputer mudah dijangkiti.

Bagi menggelakkan virus dari e-mel pula, jangan sesekali membuka e-mel yang kelihatan mencurigakan walaupun ia datangnya dari alamat e-mel rakan anda kerana kemungkinan besar itu dihantar dengan sendiri oleh virus dan bukannya rakan anda.

Ahad, 10 Mei 2009

dari putrajaya ke bachok

Jadik jugak cc azmi pindah. Pejam celik, pejam celik dah setahun lebih cc kat bpi. Kenangan bersama cc tak dapat kami lupakan. Gelaran ketua gangster kitaorg bagi kat cc sbb kemana je dia pegi mesti ada yg backup. G jalil ada yang backup, g bawah pokok ada yg backup, g bsn ngan maybank(masuk duit bini) pun ada org backup...Panjang kata kemana je cc nak pegi msti ada bodyguard.....Dah muka pun mcm gangster tp gangster taik kucin....ha3....

gengster 306....bangzai....

lamoooo x jumpooo ustak....semakkkk hari niiii......

makan kuat dia ni.......

CC ni bab2 mengayat awek memang nombor 1..Bleh tahan org tua ni..Entah ayat ape tah dia pakai sampai awek(awek yang seng) bleh lentok dgn pujuk rayu dia...Klu aku jadi awek mampus tak layan org tua ni....Ingat lagi masa aku dgn alop jadi peneman cc jump kekasih gelap dia....Bila kitaorg jmpa kekasih gelap cc, terkejot kongkang kitaorg....Pehh cikgu sabk umur 24TAHUN tuuuu.....muda bergetah siotttt...masa tu aku rasa minyak dagu yg cc pakai msti import dari zimbabwe sana....cinta sakan tu org tua niiii....sampi ada hasrat nak jadi bini nombor ****.......ha3...Tapi tu dulu masa suka...skrang diaorg gaduh besar.....ha3...mcm2 la org tua ni...Dah tua pun nak bercinta lagi...klu ada 150 lagi org mcm ni alamat bungkus la org2 mcm aku....

mata kuyu je.....almaklumla bini jauh....

macam baby........

2 org ni x bleh jumpa asal jmpa nak gadoh.....

Lepas ni opis mesti sunyi...gaya cakap cc yang bleh buat suasana opis jadi meriah kata org bleh buat org ketawa ditambah loghat kelantan dia yg pekat tu lagila buat opis happening mcm funfair....Anak2 dara kat blakang tu abis suma dia kacau(gurau-gurau je).....Jgn risau la lepas ni cc x kacau korang lagi la......Jeritan "BUUUUU!!!!"(bila cc panggil bulah) dgn "PUUUUU!!!!"(bila cc panggil saiful) dah x kedengaran lagi lps ni.....hanya tinggal kenangan...

PUUUUUUUU!!!!!


sahabattt....teh sarbatttt.....

10 org tarik tapi mcm 9 org je......

pemain paling veteren dlm team

Walaupun segile mana pun cc..banyak gak dia bagi nasihat yg berguna buat kami ni hah budak2 baru.....seorang cc yg sporting gilerrr....susah nak cari org mcm ni......klu korang nak tau, dia syg sgt kat bulah aku pun tak tau kenape...belikan baju, bagi pinjam kete seminggu...entah2 nak jadi bapak mertua kot....ape2 ajelah....ha3....nnti bila pindah kat smt bachok jgn lupa kitaorg plak.....ape2 pun cc keep in touch k......ha3

Ahad, 3 Mei 2009

SYARAT DAN RUKUN SEMBAHYANG

RUKUN SOLAT/SEMBAHYANG
Assalamualaikum....
dah sembahyang ke smua??tadi sembahyang kusyuk tak? slalunya orang mengambil enteng bab sembahyang ini..dari segi wuduk,syarat dan rukun..ramai yang tertukar yang mana rukun, yang mane sunat ab ad, yang mana sunat hai'ah,yang mana rukun sembahyang...di samping kite membaca ini kita dpt mengingatkan diri kita sendiri dan orang lain.....sama sama lah kite menyempurnakan solat kita semuga solat kita diterima Allah.....

Syarat dan Rukun Sembahyang
Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-
  • 1. Orang Islam.
  • 2. Menghadap arah Kiblat
  • 3. Suci dari Haidh, Nifas dan Junub.
  • 4. Akil baligh
  • 5. Berakal.
  • 6. Melihat atau mendengar.
  • 7. Jaga (tidak tidur)
  • 8. Sudah masuk waktu sembahyang.

Syarat Sah Sembahyang
Syarat-syarat sah sembahyang ialah:-
  • 1. Sesudah masuk waktu sembahyang.
  • 2. Menghadap ke arah Kiblat.
  • 3. Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
  • 4. Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.
  • 5. Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.

Rukun Sembahyang
Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
  • 1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
  • 2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
  • 3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
  • 4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.
  • 5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
  • 6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
  • 7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
  • 8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
  • 9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
  • 10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
  • 11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
  • 12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
  • 13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.

Perkara Yang Membatalkan Sembahyang
Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:-
  • 1. Batal Wuduk.
  • 2. Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).
  • 3. Terbuka Aurat.
  • 4. Melangkah, tiga langkah berturut-turut.
  • 5. Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.
  • 6. Tertawa Terbahak-bahak.
  • 7. Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.
  • 8. Berubah Niat.
  • 9. Mendahulu Imam sampai dua rukun.
  • 10. Meninggalkan rukun Sembahyang.
(*THUMAKNINAH - berhenti seketika dalam waktu lebih lama).