Isnin, 28 Januari 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434H

Khamis lepas budak-budak kongkang berjaya dengan jayanya untuk bangun awal pagi untuk join perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1434H..Tema tahun ni Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah....Kontigen KPM diwakili 80 orang peserta bermula di wisma tani dan berakhir di Masjid Putra... Kedudukan pasukan KPM adalah yang ke-3 paling belakang skali kiranya pasukan yang kat depan tu dah sampai umah dah, kita baru sampai masjid putra...hehehehe

Melalui Mahkamah Persekutuan

Jumaat, 18 Januari 2013

Kami Sudah Pindah....

Unit ICT dengan Unit Admin dah pindah tingkat 2...Ruang keje lebih luas..berbeza dari ruang kerja dulu..macam pindah dari umah teres ke umah banglow....heheheheh...moga-moga team admin ngan ict berkerja dengan lebih tekun lagi demi menaikkan martabat BPI...


Ni partition meja Kak bet....Kata kak bet "akak rasa dah macam pegawai dah"

Khamis, 17 Januari 2013

Result Friendly......

 Team Sembang Kongkang FC dan Team Mosti bergambar untuk kenang-kenangan

Latihan Perbarisan...Preee...Pree...

Sempena sambutan maulidur rasul ni, Kementerian Pelajaran Malaysia akan menghantar wakil untuk menyertai perbarisan pada 24hb ni...So untuk mengekalkan fitness dan mengekalkan barisan yang mantap masa hari kejadian tu nanti, diadakan lah latihan bagi membiasakan diri dengan keadaan ketika berbaris..Latihan diadakan di balapan sekolah presint 8, putrajaya...3 hari berlatih tuu,almaklumlah nak berjalan sejauh 2-3km memang memerlukan fitness yang tinggi...Memandangkan ada ahli pasukan KPM ni berumur lebih 40 thn, so kena la adakan latihan supaya dorang tak la tercungap2 masa hari kejadian tu nanti....

Balapan Sekolah Presint 8


Selasa, 15 Januari 2013

Semoga Berjaya Acit

Setelah sekian lama berbakti dengan BPI dan sembang kongkang, akhirnya acit menamatkan khidmat dia sebagai pembantu tadbir di BPI dan menyambung tugas tu kat IPG kampus teknik berkuatkuasa harini....dekat skek kat umah dia.....Semoga acit berjaya....jangan lupakan sembang kongkang....

acit penah memegang status penjaga gol no.2 sembang kongkang selepas brader...power acit ni main keeper..tapi dek kerana prinsip acit lepas kawen "adalah untuk kawan2" so dia mengumumkan untuk mengantungkan glove, namun dah dekat2 nak tukar tempat keje acit buat come back....tak kisah la acit, semoga kat tempat baru, teruskan untuk berfutsal untuk mengekalkan fitness...esok2 senang kalau ada game bleh panggil... 

Selamat Pengantin Baru Mikey...

Korang ingat lagi tak ahmad latifee atau nama glamer dia mikey? yang power main pin pon tu.....ala yang dulu penah duduk unit kewangan?ingat x???ala yang suka makan tu???ingat x??kalau sape2 yang ingat, minggu lepas dia datang BPI bagi kad kawen....Dia nak kawen hujung minggu ni, so dia jemput semua warga BPI dan ex-BPI...

mikey nama diberi oleh parkomeng

Rabu, 9 Januari 2013

Friendly Match 2013

Perlawanan persahabatan pertama untuk SKFC untuk tahun 2013...\

AMANAT MANAGER KEMUT HASSAN

Ahad, 6 Januari 2013

BPI Tempat Bertemu Jodoh

Minggu lepas aku dapat kad kawen....Majlis perkahwinan Azam dan Iema..Dalam hati, wahhh makin ramai yang masuk group "JUMPA JODOH KAT BPI".....

Semua sedia maklum yang BPI adalah tempat untuk mencarik rezeki...Rezeki yang kita guna untuk menyara diri, keluarga dan jugak disalurkan sebahagian untuk agama Allah...Tapi dalam mereka-mereka ni mencari rezeki di BPI, mereka-mereka ni jugak mengambil kesempatan untuk mencari jodoh....Hambuiiii, dalam sibuk-sibuk buat keje, masih sempat lagi main mata, mengusha...hahahahahaha

Ok, aku senaraikan pasangan yang berjaya dijodohkan hasil pertemuan mata bertentang mata di BPI


Budak SK Beraksi...

Setelah sekian lama menanti siapnya court baru, akhirnya kamis lepas budak2 SK berjaya jugak merasmikan court baru arena cyberjaya....Ramai jugak yang datang petang tu, 15 orang semuanya....ada 3 team...Poket Manager Kemut Hassan penuh petang tu bile time kutip yuran...dah naik singgit, dulu 2 hengget, sekarang 3 hengget...ala 3 hengget je seminggu..almaklumlah court pun dah nak naik harga yuran kena naik....

Sebenarnya ramai lagi ni, suma duduk malu belakang gol

Abu Hurairah: Peperangan di akhir zaman


Imam Ibn Hajar menulis di dalam Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah mengetahui nama-nama para amir, raja dan ayah mereka. Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu.

Rabu, 2 Januari 2013

Ada Baruuuu.....

 Court Futsal arena dah berwajah baru....besok adalah hari pertama budak2 kongkang main kat sini....memey terbaik...persis pancarona....