Khamis, 29 Mac 2012

Selamat Berkenalan

Assalamualaikum semua.

Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kepada encik editor sembang kongkang kerana memberi peluang untuk saya menjadi dari sebahagian dari team blog sembang kongkang. Menjadi tukang karut sembang kongkang menjadikan saya lebih dekat lagi dengan BPI. Mesti ramai tertanya-tanya siapakah gerangan saya khususnya warga BPI dan ex-BPI yang membaca blog ni. Sebelum saya pergi lebih jauh lagi dalam arena blog sembang kongkang, eloklah saya memperkenalkan diri saya. Nama saya khairizan, panggil je saya dengan panggilan manja khai. Umur saya 27 tahun. Saya lahir pada 25 januari 1985. Asal jolobu nogori semilan.

Saya orang negeri sembilan. Saya dengan negeri sembilan memang tak dapat dipisahkan. Sebagai buktinya, saya tau negeri sembilan pernah menang piala malaysia tahun 2011. Tapi itu jer la 1 yang saya tau yang lain saya tak tau. Apa yang best pasal negeri sembilan?adatnya?makanannya?tempat mandi2?entah saya pun tak tau. Walaupun banyak yang saya tak tau, ada 1 benda yang saya tau iaitu kakak yang meniaga kat tekno tu orang jolobu. Tu sebab setiap kali saya breakfast kat situ, saya dapat murah lima posen.

Breakfast kegemaran saya ialah nasik lemak+telur goreng+ayam goreng+kacang banyak pastu saya mesti minum air nescafe o panas. Dah lama saya peratikan diri saya, hari2 saya akan amik menu yang sama. Saya pun tak tau kenapa. Setiap hari saya akan risau dengan diri saya yang hari2 makan benda yang sama.

Saya seorang yang tekun bekerja. Setiap tugas yang diberikan oleh pegawai saya, dapat saya selesaikan dengan jayanya. saya jugak mempunyai muka yang bersih. Tengok muka saya bersih tak?

Inilah rutin saya seharian. Mengadap kew-8 yang semakin hari semakin banyak. Walaupun sesukar mana kerja yang saya hadapi, saya akan lalui dengan tenang. saya tau kejayaan takkan datang dengan mudah. Pelbagai rintangan akan saya lalui nanti lebih-lebih lagi berada di BPI. Saya yakin satu hari nanti saya akan berjaya jugak.

Walaupun nampak saya macam ala-ala kaki bangku, saya sebenarnya sangat meminati permainan bola sepak dan futsal. Setiap hari selasa dan khamis, geng2 sembang kongkang akan turun ke court futsal atau padang bola untuk bermain. Melalui aktiviti ini, secara tak langsung saya dapat merapatkan silaturrahim dengan budak2 sembang kongkang yang lain. Dengan aktiviti ini jugak saya dapat berkenalan dengan ramai kawan-kawan baru. Saya jugak berjanji dengan manager kemut hassan untuk memberi sumbangan yang terbaik bagi memajukan pasukan sembang kongkang fc.

Gambar saya dan kawan2 baru saya. Gaya saya yang ala-ala jambu. Macam artis k-pop bergambar.

ni lagi gambar ala-ala jambu k-pop dari saya. bersama rakan2 pejabat dari kiri mek kas, encik rosli, khirwan dan abg shuk.

Untuk pengetahuan umum, saya dah ada yang punya. Dalam gambar ni adalah jodoh saya. Kami akan berkahwin bulan 5 ni. Insyallah saya akan menjadi suami yang soleh dan bertanggungjawab. Nanti nak kawin saya jemput semua datang umah.

Ni motor saya. Rasanya saya sorang je yang pakai motor ni kat bangunan mustapha kamal. Kalau setakat EX-5 yang boleh paling laju pun 70km/j saya selamber jer kejar. Siap saya boleh jeling lagi sape yang bawak. Setiap minggu saya akan basuh motor saya tanpa menggunakan sabun. Cukup setakat air pastu saya lap2 jer. Sebab ape saya tak pakai sabun? sebabnya cat motor saya metalik nanti warnanya pudar pulak. Kat rumah, motor saya simpan kat dalam rumah. saya sanggup cari tempat makan yang lain kalau saya rasa, tempat yang saya nak makan tu parkingnya tak memuaskan hati saya. Saya sayang motor saya.

Perjalanan saya masih jauh kat BPI ni. Banyak lagi yang saya perlu belajar dari senior2 kat BPI ni. Takkan saya nak melawan orang yang dah 4 tahun keje kat BPI ni. walaupun saya tau saya lebih hebat dari orang yang dah 4 tahun kat BPI ni tapi saya tetap merendah diri. Saya akan cuba tingkatkan lagi kemajuan dalam diri saya supaya saya setanding dengan orang yang dah 4 tahun duduk kat BPI. Saya berharap kawan2 di BPI dapat membantu saya. Sampai disini sesi pengenalan tentang diri saya. Semoga warga BPI dan ex-BPI yang lain dapat serba-sedikit mengenali diri saya. Sekian







Yang Benar
Dambaan Pilu-khai



Rabu, 28 Mac 2012

Cara Nak Format Laptop Pakai Pendrive

Ok, harini aku nak kongsi macamana cara nak format laptop yang takde cd/dvd drive dengan menggunakan pendrive....

contoh lappy yang tak de cd/dvd drive....kebanyakan laptop yang kecik2 ni xde cd/dvd drive oleh itu cara paling mudah adalah guna jer pendrive korang utk format laptop korang....

1.Mula2 sekali korang kena la cari pc/laptop yang ada cd/dvd drive untuk melakukan proses memasukan program windows dalam pendrive tu...

2. Masukkan cd windows dalam cd/dvd drive tu, pastu korang cucuk pendrive sekali

masukkan cd ngan pendrive

3.Download software Win to flash

Pastu bile dah donlot, korang run software tu

Bile dah run, korang tekan tanda Windows setup transfer wizard

Pastu tekan next je terus.....

pastu dia akan suh korang pilih kat cd/dvd drive mana korang masukkan cd windows n kat mana pendrive korang letak...Contohnya kalau cd/dvd drive ko duduk kat E korang pilih la E...kalau pendrive korang duduk kat G, korang pilih la G...Pastu dah settle suma, tekan next...

pastikan pendrive korang kosong dari data2...sbb kalau pendrive tu ada isi, dia akan kuar error mcm ni...Maknanya dia bagi amaran dulu sebelum dia format pendrive korang...korang kena la selamatkan data korang sebelum pendrive ni diisi dengan windows...tapi kalau korang rasa data tu dah tak penting, abaikan jer..terus tekan continue...kalau rasa ada gambar endut korang dalam pendrive ni, korang kensel dulu...save dulu kat tempat lain pastu baru masuk balik.....

so biler dah tekan continue tadi...maka proses mengformat pendrive pom bermula...masanya aku tak pasti sbb masa aku nak tunggu dia penuh aku keluar g makan dulu...satu jam lepas tu baru aku nengok balik pc ni....so aku anggarkan dalam 20-30 minit kot....

Yes...dah berjaya masukkan pendrive dengan windows...so pasni sape2 yang xde external cd bleh la boot guna pendrive.....selesai masalah....


WAHHHHHHH.....SONANG BAITU...








Selasa, 27 Mac 2012

Keluarga Bahagia.....

SAUJANA-KELUARGA BAHAGIA


Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang

Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan

Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia

Ayah ibu
Luangkanlah sedikit masa bersamaku
Ku rindukan kemesraan
Dan belaianmu

-

-

-

-

-

-







-KELUARGA BAHAGIA-




Isnin, 26 Mac 2012

Selamat Pengantin Baru Iqbal n Sal

Perhatian-perhatian....Kepada semua bekas2 warga BPI n bekas2 sembang kongkang, Sal menjemput kita suma makan kenduri kat umah dia sempena majlis kawin antara Sal ngan Iqbal...So jom pakat2 g teluk intan, pastu bleh la lepas tu kita berjimba ke pangkor plak...hahahahha

Kad buatan sendiri....kata sal, dia buat dekat 9++ lebih...semuanya buat sendiri...

Perutusan rasmi raja sehari

Peta ke rumah Sal....








-SEMOGA BERKEKALAN HINGGA SYURGA-




Jumaat, 23 Mac 2012

Dok Pehe......

Dok Pehe...

dok pehe...dok pehe...terukkkkkkkkk...








-BERITA DOK PEHE-


antara offline dan downline


Semalam gua pergi bank.nk bank in duit…maklumlah gua kan Peon kat opis…walhal gua Kerani…tapi bilamana ada surat yg hendak diposkan ke pejabat-pejabat,gua yg terpaksa menghantar surat…gua suruhla pakcik peon tu hantar tapi ditempelengnya gua balik..alas an pakcik Peon tu jauhla,tak kenal jalan la,penatla,nak balik tanam bunga la,nk balik mengentek la dan byk lagi…terpaksalah gua yg jadi peon aka budak pejabat aka dispatch…

Berbalik kepada story gua tadi,gua pegi bank smalam…guan k clear cheque opis…sampai dalam bank die tulis offline….smua transaction offline…smua ATM offline…smua benda takleh buat…dari bos sampai ke jaga kat bank dok mengumpat sambil mkn kuaci…yg gua ni panas-panas pegi bank tapi tak dorg tak pelawa plak…dahla awek2 bank pandang gua sebelah mata mentang2 gua peon lagila gua panas berasap…gua punya la panas sampaila gua beli teh o ais limai utk legakan kepanasan...

Apa ni….apasal bile offline je smua benda takleh buat…gua syak Bank ni offline misti sbb tak byr bil internet..takpun ada org tersepak broadband die…tak pun Kerani bahagian Brukband cuti…tak pun line kene curi...tak pun Beruk tu mati atas van….arggghhh….tensennye menatang beruk sungguh…tapi ada hikmahnya…

Kat sini kita bole relate dgn hidup kita sbgai manusia…kita ni Allah buat sempurna..bkn bukan mcm mesin…asal offline je hang…asal hang je nk kene campak…kita ni takdek pun time offline…cume time kusut je kadang-kadang kita jadi weng…tapi kenapa la kita susah sgt nk patuh dan sujud kepada Allah??

cuba satu hari kite tuhan buat kita jadi offline satu hari…apa pun tak boleh buat..bangun pagi blur2 terbaring atas katil… tak tau nk buat apa…otak takleh proses…mata takleh bukak,hidung takleh bau,mulut takleh bukak…tu blum jantung takleh operasi,darah takleh jalan,pancreas takleh proses,usus dan pinggang takleh hidup?? lumpuh dah mcm matila…

masa tu barula kita tau apa erti nikmat hidup yg kita dapat tiap hari…sbb tula kita kene bersyukur slalu kepada Allah...malula kalau kita ni tak patuh pada arahan Allah…malula pada kucing, burung dan ayam yg reti bersyukur dan bertasbih memuji Allah..walhal depa tu binatang...ini plak kita manusia yg dikurnia akal dan pikiran..

cuba fikir utk apa Allah jadikan kita ni sbgai manusia…. cuba fikir utk apa Allah jadikan kita sbagai Khalifah muka bumi….


- DARI OFFLINE BAIK DOWNLINE -

Eksperimen 1.1: Mengkaji Tahap Bau Telur

Tujuan : Mengkaji tahap bau yang dikeluarkan oleh telur

Bahan : Telur yang disimpan selama 3 tahun, tukang baling telur


1. Untuk melakukan eksperimen ini, kita perlukan sebutir telur rebus tak kira dibeli atau direbus sendiri ataupun dapat masa kenduri kawen...Lagi bagus kalau telur tu baru keluar dari perut ayam...lagi fresh....Untuk eksperimen ni aku guna telur rebus orang kawen....

2.Pastu simpan telur tadi kat mana2 yang korang suka...nak simpan kat almari boleh, atas tv boleh, atas meja makan boleh, kat meja opis korang pun boleh...mana2 pun boleh asalkan dia jauh dari kanak2 sbb takut telur tadi pecah...kalau dah pecah tak jadik la eksperimen ni...kalau korang kreatif bleh la buat hiasan kat telur tu, sama ada korang lukis muka korang atau korang jadikan sebagai bunga telur,ikut kreativiti korang la....secara tak langsung tak la nampak buruk kalau korang simpan telur tu atas meja...sekurang-kurangnya bleh dijadikan hiasan meja...

3.Tempoh masa nak simpan telur ni, ikut korang la...nak simpan 2 tahun bleh, 3 tahun bleh, 5 tahun bleh.....ikut korang la....korang nak simpan sampai ke cucu korang kawen pun bleh....

4. Apabila dah cukup tempoh matang telur tu disimpan, panggil seorang pembaling dan 2 orang saksi untuk mengesahkan eksperimen ni berjalan seperti yang dirancang....takde sebarang penipuan....

5. Apabila semua dah sedia....Pembaling bleh la membaling telur tu dengan kadar yang berpatutan...asalkan telur tu pecah macam dalam gambar kat atas pun dah mencukupi...jangan la korang baling sekuat hati,takut2 nanti isinya bertebaran kat seluar atau kain korang....

6.Ni lah hasilnye....telur yang disimpan selama 3tahun....mula2 bau suasana hening pagi, selang 30 saat baunya berubah menjadik...........pehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh bau bangkaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......hahahahahahhahahah



Kesimpulannya : Betul orang kata kalau makan telur rebus kentut bau busuk....hahahahaha







-SELAMAT MENCUBA-


Rabu, 21 Mac 2012

Alasan-Alasan Tak Main Bola

Harini aku nak kongsi citer pasal antara alasan-alasan yang budak2 kongkang bagi bile tak main bola...Ada alasan mcm dicopy paste ada jugak alasan yang baru, ada jugak alasan yang sama tiap kali tak turun main....muahahahahaha

1. Lupa bawak baju/seluar/kasut
2. Mak mertua datang umah
3. Nak bawak mak pegi pasar malam
4. batuk2...(huk..huk...huk...pastu kata tak sihat)
5. ada orang main tak????
6. mcm nak ujan jer....
7. nak bawak nenek pegi ict
8. nak amik awek balik keje
9. kaki sakit
10. ada memba datang umah
11. saya ada keja
12.bapak peranakan ajak pegi makan2
13. nak balik kampung






-MAJULAH KONGKANG UNTUK MUSTAPA KAMAL-

Isnin, 19 Mac 2012

Semoga Berjaya Bah....

Jumaat lepas adalah hari terakhir ika berada kat BPI...Setelah 2 tahun bersama gelak2, nangis2 dengan BPI, akhirnya dia bertemu jodoh dengan majikan baru iaitu Kajang SILK Highway sebagai supervisor kat situ...Sempena mengenang jasa beliau kat BPI ni, Sektor Khidmat Pengurusan mengadakan jamuan perpisahan untuk ika..Kami di Sembang Kongkang mengucapkan selamat berkerja di tempat baru...Kalau ada masa terluang, jenguk2 kami kat sini.....Kalau rindu jangan lupa baca sembang kongkang....hahahahahahaha

Majlis dihadiri tetamu istimewa iaitu pt dari sabk selangor

Muka sedih sebab nak berpisah...pasni susah la sket nak joy

termenung memikirkan bleh tak nanti bangun awal nak pegi keje....kalau kena plak shift malam bleh tak berjaga tengah2 malam....

sedih ketika memberi ucapan....tapi gembira bila dapat tapauwer percuma dari ustaz nash(penyataan yang masih diragui sampai sekarang)

dapat hadiah cenderamata kenangan dari bos skp

Bergambar kenangan dengan ahli puteri joy seBPI

kak bet sempat memberi tips berguna kepada ika....

punch card terakhir....





-SELAMAT BAH-




Berbasikal kat Taman Botani

Perhatian kepada budak2 kongkang, kalau rasa2 dah bosan dengan cara lama untuk kuruskan badan iaitu berjogging bagai, apakata aku syorkan kat korang untuk berbasikal kat Taman Botani....Murah jer, RM4 sejam....Cukup je sejam aku confirm memang basah baju korang ngan peluh....hahahahahahha

Ni kat Taman Botani....Kat bangunan putih ni korang beli tiket...Dia bukak setiap hari start dari pukul 9pagi...

Sejam RM4...Tapi dia bagi ko masa setengah jam untuk ko pulangkan basikal selepas waktu taman...jika dah lebih masa setengah jam baru korang pulangkan, korang akan didenda RM4...

Dapat tiket korang turun kat bawah untuk amik basikal...pilih la mana korang suka, kondisi basikal berada dalam keadaan baik....

Basikal memang best

Puas hati...cuma bontot je sakit sbb sit keras...lain kali aku bawak bantal utk alas..hahahaha

laluannya sangat best...ada yang landai, ada yang mendaki...ikut korang la mana korang kayuh...tapi serius memey best...

aku jumpa fana ngan laki dia....fana berminat dengan aktiviti ni sbb dia dalam proses nak kecikkan peha dia yang semakin membesar....

selain berbasikal, tempat ni pun ada orang jogging....masuk free..basikal je kena bayar

kat sini pun korang bleh racing....

pemandangan memang cantik...sedap mata memandang...sambil berkayuh sambil menikmati keindahan ciptaan tuhan.....

pandangan pejabat najib dari taman botani....

Kalau tak silap aku, tu mcm restoren....kak bet penah anjur party buih kat situ.....

Ada jugak kawasan yang basikal tak bleh masuk...mcm kat jambatan ni....






-AKU BAGI MARKAH 10/10 KAT AKTIVITI NI-


Jumaat, 16 Mac 2012

Undilah saya........


Dato' Shuk akan berkempen untuk pilihan raya akan datang...











-KAS TERGODA-