Sabtu, 26 Mac 2011

Album Kongkang

Masa aku tengah usha2 folder dalam external hardisk aku, tibe2 aku terjumpa 2 gambar ni...kenangan dulu2

Gambar dirakam ketika Hari Inovasi BPI 2009 di Aras 9,Blok E12 Putrajaya....Tu sebab team bola bpi untuk mesca sampai 2 team

Gambar haron bersama rakan kongsi (partner)


Sabtu, 19 Mac 2011

Hepi birthday sepul

Kami team sembang kongkang mengucapkan selamat hari lahir yg ke-18 (sebab atas kek tulis 18)..Semoga bahagia dengan keluarga yang tercinta.Semalam kitaorg g celebrate birthday sepul kat buffet steamboat restoran @ maeps kat Mardi..Perjalanan dari putrajaya untuk ke restoren tu hanya amik masa dalam 10 minit je...Hanya bayar rm19.90 kita dapat menikmati hampir 150 jenis makanan...makan la sampai lebam...

restoran @ maeps terletak kat Mardi..Ok la bagi encik editor yg pertama kali makan steamboat kt restoran...hehehehehe

mak aiii banyak giler makanan....haku lahapo...lahapo...lahapo....

boleh amik seberapa banyak pon yg korang suka...sangat sesuai utk mereka yg tamakkan
makanan....

cepat masak...cepat masak...cepat masak....kata nunud

cik farah sibuk melayan kerenah anak saudara dia yg kedua-duanya persis artis

nak steamboat...nak steamboat...nak steamboat...

ruang makan pun ok la....(bagi haku suma ok sbb kali pertama makan steamboat kat restoren)

sambil menunggu sotong masak...bob kp bercerita tentang sejarah melaka

Restoran ni bukak pukul 6 petang dan tutup pukul 11 malam...Tapi kalau korang rasa nak stay smpi besok pun xpe...sambung besok pagi makan lagi steamboat...yea la selagi xkuar dari restoran tu selagi tu korang bleh makan...hahahahahahah

hepi birthday to you..hepi birthday to you.....suma nyanyi utk sepul

acara yg ditunggu-tunggu...time memotong kek yg ke-18

eceh-eceh....sesi suap-suap untuk yang tersayang...

masing-masing kekenyangan...xtau nak cakap ape

huh...budak ni je xgeti kenyang-kenyang...wey,hujan pun geti berenti la...muahahahaha(bihadap x statement haku)

cik syima pun ada.....xsangka boss pun datang jugak walaupun sibuk ngan kursus dpa beliau tapi sempat luangkan masa....kejutan utk anak buah beliau

bukan senang nak kumpul ramai-ramai.....dah kumpul pukul la gambar sekali...hehehehhe

Bagi aku semuanya ok je...xde yang xok...makan sedap, tempat pun ok..cuma aku je yg sampai lambat sikit...hahahhaha...tp ape2 pun selamat hari lahir yg ke-18 dari aku sebagai encik editor sembang kongkang. Tunggu je la kad dari badan kebajikan bpi masa hari perhimpunan nanti...peace...




encik editor sk


Rabu, 16 Mac 2011

Aku Tak Percaya....

Tengah aku lepak2 layan lagu soley soley kt dalam bilik tibe2 henpon aku berbunyi menandakan sms masuk...

"trettttretttttretttttt"

"sape la anta massage ni??"...aku ngan mata kuyu dan layu menekan butang henpon untuk membaca message yang dihantar..

"dari acit"kataku sendiri bile aku mendapati message tersebut datangnya dari acit..ape plak acit nak malam ni???aku berfikir sebentar kemudian aku menekan butang untuk terus membaca message tersebut dan message tersebut berbunyi......

"Jom ngeteh; ak nk lepak dgn toki skali; ptg td ajak die kn" tp dlm kol 10 lebih......"

WAHHHHHHH.....TERKEJUT BERUK AKU.....ACIT AJAK KUAR MINUM MALAM....BETUL KE NI????CAKAP BETUL-BETUL(kata bob kp)..sesekali aku menampar pipi aku adakah aku bermimpi????rasa sakit pada pipi bila aku ngan nekad menampar pipi dek kerana tak percaya dgn ape yg aku baca.....



waduh...gue mcm enggak percaya ini acit...apa dia bikin sudah jam sebegini masih belum pulang2

rupa-rupanya acit minggu ni "arbaie bujang kembali"....bini balik kampung...almaklumla cuti sekolah....

anjang aki pun ada

sekali mamak tadi aku sound "day cha, lain kali telur basuh kasi bersih...ada taik ayam ni...org mau mkn pon geli"....tapi aku nengok toki selera je mkn telur tu agaknya tu yg buat sedap kot....




Isnin, 14 Mac 2011

Selamat Pengantin Baru

Kami Team Sembang Kongkang mengucapkan selamat pengantin baru kepada bekas ahli sembang kongkang iaitu Baitulqamdi Bin Jaafar atau nama glamer beliau iaitu dato' (anugerah dari kawan2) dengan pasangannya iaitu Nur Islam Shashikala Binti Abdullah Muniandy. Semoga mereka hidup bahagia sehingga ke akhir hayat..

Tidak lupa jugak kami ucapkan selamat pengantin baru kepada otai kami iaitu Encik Muntak....eh silap2...selamat menerima menantu untuk abg muntak...hahahahah...Selamat pengantin baru untuk anak beliau iaitu Mazian Binti Muntak dan suaminya Mohamad Yazid Bin Samsuddin semoga ikatan yang dibina berkekalan sehingga akhir usia....aminnnn

bapak pengantin yang sentiasa muda

pengarah BPI juga turut menghadiri majlis

kak izan dan kak bet yg turut sama posing bila lensa kamera menghala ke mereka

singgahsana raja sehari

Pengantin perempuan yg berseri2

Sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua

bukti kami semua hadir kat umah abg muntak

dato dan datin

pelamin raja sehari

dari pengantin lelaki untuk pengantin perempuan


sembonia

Al-Quran

dari pengantin perempuan untuk pengantin lelaki

1 ringgit....2 ringgit...3 ringgit....

wangian yg menyegarkan

kak bet sempat memberikan tips yang berguna untuk pengantin.....tips ape tu kak bet????hehehehe




Ahad, 13 Mac 2011

Sejarah Bola Tampar BPI

Dah lama rasanya blog sembang kongkang ni tak berupdate. Almaklumlah, penulis agak sibuk dengan macam2 urusan sama ada rasmi atau tak rasmi..So pembukaan cerita untuk bulan Mac adalah berkisar tentang mesca..Karnival Mesca untuk tahun 2011 bermula agak awal berbanding tahun2 sebelumnya..Jika sebelum ini, karnival dijalankan pada hujung tahun namun tahun ini diawalkan. Pelbagai acara diadakan untuk mencari wakil mesca ke kejohanan antara Kementerian Pelajaran Malaysia(Mesca) dan juga Kementerian Pelajaran Singapura.

Acara pertama yang kami sertai adalah bola tampar..Diadakan di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Kami BPI ditempatkan dalam kumpulan bersama-sama dengan Bahagian Pembangunan, Institut Aminuddin Baki, dan juga BPPK. Dibarisi hanya 7 orang pemain iaitu :

Haron (ketua pasukan)
Abg Ding
Daud
Amin
Ustaz Faisal
Bob KP
Mikey


berdiri dari kiri Bob KP, Amin, Ustaz Faisal, Haron, Daud
duduk dari kiri Abg Ding, Mikey

sebelum main kena bincang tektik

sesi berkenalan dengan para peminat

Ketujuh-tujuh pemain ini menggalas cabaran BPI untuk bersaing dengan pasukan-pasukan yg sudah biasa dengan permainan bola tampar. Jika dibandingkan pasukan lain memiliki sekurang-kurangnya 3-5 orang pemain simpanan tapi BPI hanya seorang saja pemain simpanan...(sedih giler)..Bertambah berat apabila Ustaz Faisal mengumumkan untuk balik awal....(lagi lah sedih team kami)...Namun dengan berkat usaha kami semua, kami tidak jadik mangsa belasahan...(tak jadik sate la x mcm tahun2 sudah).....Keputusan semalam menyaksikan BPI menghuni tangga ke-3 liga gagal layak kerana hanya 2 pasukan teratas layak ke saingan separuh akhir..Namun apa yg membanggakan, persembahan pasukan bola tampar BPI semakin meningkat..Kami dapat bersaing dgn pasukan2 yg sudah terkenal dengan saingan bola tampar Mesca..Kami juga berjaya memperolehi kemenangan pertama dalam sejarah penyertaan BPI dalam acara bola tampar..Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat...Cuba lagi di Mesca Tahun depan....

KEPUTUSAN BOLA TAMPAR MESCA

BPI kalah Institut Aminuddin Baki 18-25 , 23-25 (0-2)
BPI menang BPPK (25-12, 25-11) (2-0)
BPI kalah Bahagian Pembangunan (26-24, 12-25, 9-15) (1-2)


ustaz Faisal memulakan servis

mikey cuba melakukan spike

semuanya hanya memerhatikan bola masuk ke gelanggang

gembira apabila berjaya memperolehi kemenangan pertama dalam sejarah penyertaan BPI dalam acara bola tampar

????????????????