Rabu, 20 April 2011

Sama Tak Serupa??

dalam dunia ni kita dikatakan ada 7 kembar setiap sorang di dalam dunia ini...btol ke tak wallahualam...di sini kami nk kemukan beberapa kembar dlm ahli Sembang Kongkang...

1) Hasbullah (Jinjang FC) = Nani (Manchester United FC)
Walaupun berbeza kaler tapi skill bola sepak mereka hampir sama

Tagline : Abg nk tunggang adik boleh??? Tak Boleh….

2) Abang Bahar = Rajnikanth

Pakar dlm pembelian cicak Tokek

Tagline : EERRRKKK !!!!!

3) Park = Cha Du Ri (Pemain Korea)

Tagline : Waldi Shinkung,Yalda-Yalda,Ulta Ulni dan byk lagi bahasa Iban yg diguna pakainya

4) Bob KP = Shah Jazle

Tagline : Cakap Betol-betol , Derah la,dan pelbagai sumpah seranah lagi

5 ) Toki = Toki

Tagline : kalau die suke dia akan cakap “CUN !!”

tapi kalu die tak suke die akan ckp

“JADAH NYE..... !!!!”


Selasa, 19 April 2011

PES 2011 versi Malaysia ???

biar betol...biar betol-betol...nanti tak payah nak diperbetol...aku tak tau la ni gossip ke berita palsu atau kabar angin atau merisik kabar...sebb kejayaan Malaysia di AFF Suzuki aritu,pencipta PES iaitu Mr Najimoto Hagemaru telah mencipta PES 2011 spesel edition utk peminat Malaysia....walawey....biar betik....gempak siot...pasti ku rembat di pasaran samada pasar gelap,pasar basah atau pasar malam....(kalau ori tak beli pon...heheheh)
siap ada Piala Malaysia lagi....wtf???

gempak siot.....gempak...dreams come true...(bile nk true tak tau la....)
siap Safee Sali lagi cover dpn...humang aii wes mangan btol
tak tau la depa edit gambaq ka apa...tapi kalu ada btol memg kami Ultras Kongkang berasa bangga dan tak sabaq nk main kalu ada...sesapa tlgla bagitau kami katna ada jual Cd ni..tulun la...tulunnnnn......

Perlawanan membalas dendam SKP FC vs Kewangan FC

Petang ini SKP Selection bakal berentap lagi dgn Kewangan FC utk kali ke 18..korang tau kan yg budak-budak ni tak penah puas ati selagi dendam kesumat hati busuk diorang tak berbalas...siapakah akan menang...siapakah akan membawa pulang Piala Pusingan Brader Moontak??kalau nk tau kesudahan cerita ini,marilah meramaikan majlis...pakat-pakat turun ke :


Hari : SELASA
Tarikh : 19 April 2011
Tempat : STADIUM ARENA, CYBERJAYA
Masa : 6.00 pm sehingga dihalau Pak Guard
Cuaca : Terbaik !!!!
Tiket : Percuma

Terjemahan Bacaan di dalam solat

Assalamualaikum ya ahli kubur(bakal-bakal)....

dah solat blum??tgok jam tu pukul brape...kalau blum tu cepat2 la pi solat...kerna

pepatah ada berkata

"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan"


Tapi kalu solat tapi tak tau maksud tak bleh jgk...macam tikus tgok besi le jwbnye...

di sini kita sama-sama mengingati satu sama lain sementara kita masih ada umur...

cube paham maksud bacaan dalam solat baru kite kusyuk...


Insha-Allah ada jalannya...


Terjemahan Bacaan di dalam solat

1) Takbiratul-Ihram & Takbir
Allah Maha Besar.

2) Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

3) Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

4) Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

5) Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

6) Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

7) Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

8) Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

9) Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

10 )Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Doa Qunut Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa!


sampaikanlah pesan ku walau satu ayat !!!

Mari Menajamkan Skill

kalu dlm main bola hang nk sepak ke,nk lutut ke,nk tonggeng ke,hang kena tau jgk skill utk improve skill hang....nanti takla 8 tahun hang main dok takat tu je...jom layan tutorial yg ahli Sembang Kongkang slalu praktikkan ini....baru hang boleh terror main mcm team Kedah FC....hang kata hang terra,pppiiiirrrraaaaa.....

video

Selamat Belajar dan Selamat beramal

Jumaat, 8 April 2011

10 Benda DAHSYAT dalam dunia

Macam macam benda ganjil dalam dunia ini....atau pun kita boleh panggil Dasyat...berikut adalah top ten benda dasyat dalam dunia ini......



1) Binatang ganjil besar yang dasyat??tak tau la menate gapo nih....mungkin anaconda,mungkin ana raffali,mungkin naga,mungkin nagamaran....dasyat.....


2) Kereta terapung yang dasyat...ia dirakam imej dari Google Earth menunjukkan kereta terbang ini...mungkin makluk asing punye...dasyat....


3)Kapal hantu misteri...dipercayai berlaku di Lautan Hindi di mana kapal2 di laut telah "dikepung" oleh kapal -kapal hantu yg tak tau dari mana datangnya....sungguh dasyat


4)Harimau Jadian - dipercayai rimau ini telah berkacuk dgn beruang matahari + mentibang laut...tu yg pelik sikit mukenye...dasyat !!!!


5) berlaku di Pulau Pangkor di mana jerung jenis Jaws yg berada di perairan Australia selalunya telah muncul di perairan Malaysia...dipercayai ia datang melawat sedaranya belah2 Pantai Timur

6) Unrevealed mystery....UFO..wujudkah benda ini...atau hanya imijinasiluarbatas kita???dasyat??ia dirakam dari dalam rumah ahli Sembang Kongkang di flet hijau presint 9

7) Unrevealed mystery 2 - Alien ke menate ape??ianya juga dpercayai Cicak Tokek milik Abg Bahar yg kering dan tak dibagi makan kerana kerap mengentek je kejenye...dasyat tak??


8) Dasyat 8 - pompuan pakai sarang tebuan...fesyen katanya....fesyen ape dah macam org kene sakit lukemia dah....mangsa pesen betol lah minah ni...habis sume anak2 mude pasni pakat pakai pesen ni agaknya.....tulungla jgn dasyatkan industri perfesyenan....back to basic lah lagi bagus...


9) Dasyat 9 - Usop yg dipercayai lumpuh tetapi dapat berdiri tegak apabila berjuma Dato Siti....Dasyat kan??Pasangan Hero dan heroin cite Usop Wilcha the movie bakal diterbitkan di tv-tv dan Run di komputer anda...nantikan kedasyatan pilem ini....


10 ) Nazmi aii dasyatttttttt yg selalu lupa!!!!!nampak dasyat tak????

nampak tak aku tipu korang

Rabu, 6 April 2011

Ada Kami Kesah??

Ada Kami Kesah??
Ko sapa nk halang-halang kami nk keluar...
Ingat kami takut kat ngko ker
Ingat kami respek kat ngko ke...
Chamakh setelah isi E-tukar dari Bordeax ke Arsenal


Ada Kami Kesah??
suke ati kamila kami nk kuar pegi mane pun...
mungkin kami nk ke kedai beli gula ke,beli minyak jek...
takkan kami nk dok sini je sampai tua....

Ada Kami Kesah ??
ari-ari nk ngadap muka ngko sampai kami pencen....
Brani cakap depan depan la
jadi utk penyelesaiannya...


Borang E-Tukar sudah keluar,jom kita keluar...

Say No Excuse , Moh kite Berambus....

Real Madrid 4 - Spuds 0

Bilamana Spuds yg bercita-cita mencipta sejarah utk menjadi kelab pertama yg terus dapat mendakap Champion League apabila pertama kali menjejaki Liga Maut ini...apabila mimpi ngeri yg sebenar menjadi nyata apabila dibedal 4-0 oleh amukan geng2 Real Madrid yg bebaruni kalah kepada kelab Sporting Gijon..
Tottenham Hotspuds ternyata yg baru pandai bertatih diratah dgn kejam oleh Los Blancos yg ketika ini sudah tingkatan 6 atas
apa fungsi aku??baik aku main galah panjang,getus hati kecil Kera-auch
yelah mana tak marah rekod cemerlang The Chosen One yang tak pernah kalah di tempat sendiri selama 9 tahun rekod dgn 150 perlawanan telah dileburkan oleh kelab kecil seperti Sporting Gijon
Gunners takdelah kalah sampai tak berbalas...kitorg kalah pon sbb ref agak bongok dan bias
Bale yg diwar-warkan utk menentang Abg Tancho,Ronaldo ternyata lemas dan tenggelam dalam dillema...ternyata byk lagi yg perlu dipelajari iaitu cara memakai minyak rambut tancho,cara memikat awek cun,cara mengaripap Harry Redknap dan cara memintas burung merpati...

apalagi Bale...jomla kita isi e-Tukar utk Sistem pertukaran Bukan Guru...dah keluar borangya

Pagi ni layan Chelscum blasah Menyupenyu pulak



Selasa, 5 April 2011

Weeks from noW


What will i be a week from now

What will i wear,How will i look

I think to much, I think too much

Sometimes its scary ovet hinking

What you have or havent done

You thin too much, You think too much...

Seminggu lagi masanya akan tiba....

seminggu lagi status akan berubah

seminggu lagi tidur akan terganggu

seminggu lagi rezeki akan bertambah

seminggu lagi....

counting the time

the clock is ticking..tik..tok..tik..tok..

Ahli Sembang Kongkang Intake January 2011

muhammad syakir rayyan
putera kepada Pn Sue dan suaminya

alkisahnya dulu masa belajar sains tingkatan 3 dulu kita ada belajar tentang Sains dlm kehidupan manusia....maka kisahnya bermulalah bila

Kromosom XX
+ Kromosom XY


maka mencetuskan


Gen Kromosom Xy iaitu baby boy

belum terlambat lagi utk kami ucapkan tahniah wat Encik Zul dan Isterinya Puan Huda kerna dikurniakan seorang cahaya mata yg kacak dan comels bernama Naufal Zafran...dan automatically diterima sbagai ahli Sembang Kongkang intake 2011 dgn pangkat Junior Sembang Kongkang sebagai perintis Junior Sembang Kongkang yg lain....


adakah intake lain yang akan berlaku?????


tungguuuuu............................





Kami Bangga Jadi Anak Malaysia

benda yg ada di Malaysia takdek kat negara lain.....bangga woooo jadi 1 malaysia.....





ferarri door less
sutun kerin utk dijual

part time masa cuti


iqbal nk antar surat ??


skodeng dari luar

Teka Teki Imam Al-Ghazali


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau
bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini
?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat
dengan
kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa
pasti
akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar
adalah
MASA LALU . Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak
akan
dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari
ini,
hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai
dengan
ajaran Agama".
Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA
NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu
kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi
khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah."
Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan
sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita
atau
urusan dunia, kita tinggalkan solat "
Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini
adalah
LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti
hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri "
"sampaikanlah walau satu ayat"..