Rabu, 24 Oktober 2012

Atmosfera Bola Sepak Sebenar


Dah lama jasad gua tak sampai ke sini…hanya roh saja kadang kadang melewati sampai ke sini… Perjalanan dr KB-KUL sampai dlm beberapa kelip mata dek kerana asyik gua terlelap dan tertido….ahh… gua tak pedulik asalkan aku sampai walaupun menaiki lori ikan…akhirnya…sampai jgk gua di destinasi…


Rabu, 17 Oktober 2012

Nunud XOXO Si Penjual Kasut

Assalamualaikum sumeeeee..

Saya adalah penjual PRE LOVE SHOES.

Ade 2 jenis kasut:
1) Pump Shoes
2) Boots

*************************************************

This is pump shoes


Jemputan Kawen Bulan November

Tahniah kami krew Sembang Kongkang ucapkan kepada warga BPI yang akan melangsungkan perkahwinan dan jugak kepada warga BPI yang dapat menantu....tahniah diucapkan


Kad yang pertama diterima oleh encik editor adalah dari Nurma....beliau dan pasangannya iaitu Zulhairi(keri) akan menamatkan zaman bujang pada 16 November 2012 di umah pengantin perempuan...manakala di rumah pengantin lelaki majlisnya dibuat pada 18 November 2012 selang sehari selepas majlis di rumah pempuan...almaklumlah umah pengantin laki ngan pempuan panjat pagar je dah sampai....Kalau budak kongkang senior mesti masih ingat lagi Zulhairi...beliau adalah bekas PRE kat BPI ni...penah main untuk team Sembang Kongkang FC selama semusim sebelum beliau mengambil keputusan untuk sambung belajar....Semoga mereka berbahagia hendaknya...

Selamat pengantin baru untuk keri n nurma....semuga bahagia slalu....gomo kelate gomo


kad yang ke-2 encik editor dapat adalah dari ustaz abrar....Tapi bukan ustaz abrar yang nak kawen tapi anak pempuan dia yang nak kawen...buat kat putrajaya...sangat dekat dengan umah encik editor....sape2 budak kongkang yang berdekatan bleh la datang memeriahkan majlis....tahniah kami ucapkan kepada ustaz sebab dapat menantu....

ni bukan gambar pengantin tapi gambar bapak pengantin...masa nak balik nnti salam dia jgn salam org lain....Untuk pengetahuan ustaz abrar adalah boss kepada nurma....bos kenduri anak buah pun kenduri...







-HAROON DIJEMPUT HADIR KE MACHANG-


Ahad, 14 Oktober 2012

Mary Kay Limited Edition® Mint Blossom™ Pedicure Set

Assalamualaikum semua.
Lama tidak menulis di blog Sembang Kongkang yang super duper famous ini.

Yewww so skema. Okkeh back to normal.
Entri kali nih, I selaku editor jemputan blog sembang kongkang kali nih, nak introduce to you all something AWESOME........... [bunyi gamelan]


Mary Kay Limited Edition® Mint Blossom™ Pedicure Set!!!

Pedicure Set nih ade:
~ Foot Fizzies, pk/10 tablets
[bila dimasukkan dalam air dia akan menghasilkan busa/buih, so nanti cam bubble bath tapi nih just for kaki la]
~ Mint Blossom™ Foot Scrub
[bila letak kat kaki pastuh massage2 skek nanti bole hilangkan sel kulit mati kat kaki senang cakap daki la, nih la punca2 kaki bau cam longk***]
~ Mint Blossom™ Icy Foot Gel
[gel sensasi sejuk umpama ais nih akan buatkan you all segar di kaki, so balik kerja penat2 tuh hilang]
~ One Emery Board
[gune bile nak ratakan kuku, kengkadang bile kite potong kuku, kuku tuh cam tajam kan, so kite gosok la emery board nih kat kuku]
~ One Pair Toe Separators
[mengasingkan jejari kaki, klu orang bukan Islam dia pakai nih biar senang nak warna kuku, jadi kita nih orang Islam pakai la bile nak potong kuku]
~ Trendy Mesh Bag
[beg yang super duper chumil, haruslah loike loike loike]

and FREE Inflatable Foot Bath [bekas rendaman kaki yang menawan hati]

Cara2 nak wat pedicure kat umah:

RENDAM
Isikan inflatable foot bath dengan air suam sehingga paras pergelangan kaki. Masukkan 2-3 fizzies kaki ke dalam air agar menambahkan busa. Rendamkan kaki sekurang-kurangnya 10 minit. Lap kaki sehingga kering.

SKRUB
Sapu scrub kaki pada tapak kaki, sisi dan bahagian atas kaki. Bilas dan lap sehingga kering.

MELEMBUT:
Urutkan icy foot gel bermula dari atas kaki iaitu dari jari kaki ke buku lali. Kemudian berpindah ke tapak kaki, membuat gerakan membulat dengan ibu jari dan jari dengan menambah tekanan pada tumit. Bermula dari atas dan ke bawah.

Okkeh penat I berleter sepanjang 18 muka surat nih, sekarang nih meh kasi tau harga pulok.

HARGA BIASA - RM 115.00 [tercekik you all dengar kan]
HARGA LUAR BIASA - RM 70.00 [promosi giler2 ah]

Siapa nak sila order kat I okkeh, Nunud XOXO sebelum atau pada 22/10/2012. 22 tuh you all da gaji kan. Haaa time tuh terus la bank in kat I.

Itu sahaja entry untuk kali ini. Okkeh bertemu di lain waktu dengan tawaran yang pasti AWESOME.

Haruslah loike~

XOXO,
Nunud

Karnival Bola Sepak Mesca 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesca akan mengadakan karnival bola sepak 9 sebelah mesca 2012. Oleh itu semua pemain-pemain sembang kongkang bersedia untuk dipanggil menjalani latihan pusat manager kemut hassan...Maklumat karnival adalah seperti berikut :


 TARIKH:
10-11 NOVEMBER 2012 (SABTU DAN AHAD)

TEMPAT: 
PADANG 'D' DAN 'E' MSN BUKIT JALIL

MASA :
 8.30 PAGI-6.30 PTG

Undian kumpulan akan diadakan pada 2 November 2012.Oleh itu, manager kemut hassan telah meminta timbalan manager iaitu encik editor ke majlis undian tu nanti. Manager Kemut Hassan tidak dapat menghadiri majlis tersebut adalah disebabkan beliau ke eropah untuk mencari pemain yang berkaliber untuk diserapkan dalam team mesca BPI...sekian terima kasih




-TAHUN NI RAMAI MUKA BARU-


Jumaat, 12 Oktober 2012

Result Friendly Ke-2

Semalam hujan lebat, So game ditunda pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak..







-MANAGER KEMUT HASSAN:RANKING TAK PENTING-

Rabu, 10 Oktober 2012

Perlawanan Persahabatan 2

Pihak pengurusan SKFC telah mengatur friendly match yang ke-2...untuk game kalini kita akan bertemu dengan team Bahagian Pengurusan Maklumat, KPM....semua player SKFC dijemput hadir bagi memeriahkan majlis...







-MANAGER KEMUT HASSAN : SAYA KENAL PEMAIN SAYA-

Result Friendly...

Keputusan Penuh Friendly Match antara SKFC vs KKM

SEMBANG KONGKANG FC (BPI)   3
VS
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 0

Yang pakai bip kaler oren tu adalah team SKFC...yang tak pakai bip tu team KKM...Game tamat apabila hujan turun dengan lebatnya dan bekesudahan SKFC menang dengan KKM 3-0..Gol2 dijaringkan oleh Zul, Nizam dan Anuar

Barisan pemain SKFC : Jalal, Khai, Zul, Nizam, Amin, Anuar



-LEPAS NI KENA BANYAK FRIENDLY DARI BUAT GAME LAWAN KITA2-


Selasa, 9 Oktober 2012

Friendly Match SKFC

Semua player sembang kongkang hendaklah melapor diri ke court arena sebelum pukul 6ptg...kalau datang awal bleh bincang tektik...






-ARAHAN MANAGER KEMUT HASSAN-

Majlis Bicara Wahyu

MAJLIS BICARA WAHYU 
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 
BIL.11 2012M/1433H

TAJUK :
"KASIH DISEMAI, SAYANG DITUAI"

PENCERAMAH :
Y.Bhg. Ustazah Sabariah Binti Soleh
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti
(JAKIM)


TARIKH :
12 OKTOBER 2012 (Jumaat)

MASA :
8.30 pagi (Bacaan Yassin)
9.00 pagi (Ceramah)

TEMPAT :
Dewan Serbaguna Aras 9, Blok E12, Parcel E
Putrajaya



"MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR"


Jumaat, 5 Oktober 2012

Ape Yang Patot Kita Buat???

Ape Yang Patot Kita Buat Kalau monitor tak display bile kita on pc???CPUon tapi monitor xkuar gambar...aku tau mesti ramai mengalami situasi yang "PELIK" ni..So untuk mengatasi masalah yang agak "PELIK" ni,aku akan bagi  beberapa cadangan yang pada aku sangat SUPER SENANG....Bile korang mengalami situasi ni, jangan takut dan jangan panik...


1.Check button on pada monitor

Pastikan yang button pada monitor ni ada kuar lampu atau dalam keadaan on...kalau dah on tapi masih tak display atau lampu pada monitor tu berkelip2,silalah ke cadangan penyelesaian ke-7....

Khamis, 4 Oktober 2012

Under Construction..

Semalam aku menyaksikan yang gelanggang keramat team sembang kongkang akan berubah wajah...dah xde lagi pecah2,retak2 lagi kat gelanggang...semuanya buat baru...memey terbaik la..dengan adanya gelanggang baru ni secara tak langsung akan menaikkan semangat pemain BPI...pasni kami berjanji akan bermain bersungguh-sungguh demi namaBPI yang dicintai...bak kata cha I love BPI


Semua pagar dicabut untuk digantikan yang baru

Rabu, 3 Oktober 2012