Isnin, 25 Mac 2013

Ping Pong Datang Lagi

hahahaha....
tetibe tringat iklan ding dang era 90'an....
" Kini Ding Dang Datang Lagi" ayat dlm iklan RTM dahulu kala...



Khamis, 21 Mac 2013

Meting Pin Pon BPI

Arena,Cyberjaya Khamis- Dato Azam(Baju merah),bakal calon bebas untuk pilihanraya ke-13 ni berjanji kepada pemain-pemain pin pon BPI, akan menaja pasukan ini untuk kejohanan Ping Pong Mesca 2013 yang akan berlangsung pada 23 Mac 2013 di MSN, Bukit Jalil. Bob KP berkata dia sangat berterima kasih kepada YB Dato Azam kerana sudi menaja pasukan BPI dan semua pemain berjanji akan mengundi beliau untuk pilihanraya akan datang.


-BAT PIN PON BARU KE PUN-

Karnival Sukan MESCA 2013 - Kategori PINGPONG



Kategori Pingpong; LELAKI

Acara ini boleh kata setiap tahun  wakil BPI sentiasa hantar ahlinya untuk bermain....
Mesyuarat telah diadakan semalam(20/03/2013) dimana Toki selaku Pengurus Pasukan SEMENTARA bagi pasukan BPI....

16 pasukan dipertandingkan yang telah dibahagian kepada 4 kumpulan....
keputusan undian agak menarik bagi team BPI....

Rabu, 20 Mac 2013

Apa Makna Semua Ni????


Sila Kosongkan???Kenapakah kena kosongkan??

Mini 4WD Polytechnic Open 2013

Cha, Ko setting elok2 kete ko, pastu ko bagi aku...nanti aku bawak pegi contest ni....So nanti aku akan main 2 kete masa hari kejadian tu nanti, ko punya dengan aku punya....saje je nak test power masuk tournament...hehehehe




-TAMIYA KONGKANG CLUB-

Kenyang Kerana Potluck

Tajuk : Berpotluck di Pagi Rabu 
Tarikh : 20 Mac 2013 hari rabu pukul 9pagi
Anjuran : Unit Admin + Unit ICT
Jemputan : Sape2 yang lalu kat area admin dan ICT akan dipanggil untuk makan
Tujuan : Untuk Menunaikan Hajat CC Nora


Abe Din bawa telur jer....tapi makanan memang sedap sebab free

Selasa, 19 Mac 2013

Port Baru Nasik Kandar

Kepada kak bet,

Selain Lawoot kat nilai tu, saya ada port baru nak makan nasik kandar...tak jauh pun depan bomba cyberjaya sebelah A&W.

Restoran kayu nasik kandar original penang...

Sila Backup Data

Kepada semua warga BPI, sila backup data anda yang disimpan didalam 'Run'...kalau rasa2 ada simpan data kat situ dan penting silalah backup...Kerja-kerja penggantian hardisk akan dijalankan tak lama lagi....so segeralah bertindak sebelum menyesal tak sudah.....Jika ada masalah boleh cepat rujuk kat unit ICT BPI




-DAH 2 MINGGU BAGI TEMPOH-

Keputusan Bola Tampar Mesca 2013

Selesai sudah Pertandingan Mesca 2013 yang berlangsung di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Secara keseluruhannya pasukan bola tampar lelaki dan wanita BPI telah berjaya melepasi tahap target minima yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Tampar BPI. Banyak peningkatan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain terutamanya pasukan wanita. Sekalung tahniah kepada mereka...

Pasukan Bola Tampar wanita BPI

Jumaat, 15 Mac 2013

Latihan Bola Tampar

 Pasukan bola tampar BPI giat menjalani latihan setiap minggu untuk membiasakan diri dgn corak permainan sebenar bola tampar. Tujuan latihan ni juga untuk memastikan setiap pemain ada keyakinan apabila berdepan dengan suasana sebenar. Selain itu juga, kita juga dapat berbincang cara untuk tidak mensia-siakan peluang untuk mendapatkan point. Yang penting latihan ini juga dapat mengelakkan pasukan kita dibelasah teruk...
Seminggu ni, keadaan cuaca tak mengizinkan..kena tunggu hujan berhenti baru boleh main

Jersey Baru Team Bola Tampar Wanita

Ni jersey yang akan dipakai oleh team bola tampar wanita BPI untuk Kejohanan Bola Tampar Mesca esok...
Pandangan depan

Khamis, 14 Mac 2013

Cara Nak Repair Henpon Nokia N70 Skrin Putih

Harini aku nak kongsi serba sedikit tentang cara nak repair handphone yang terkena simptom skrin putih bila kita on handphone tersebut. Kalau masa korang on henpon korang xkuar ape2 gambar melainkan putih jer, maknanya skrin tu problem...bleh la pegi kedai sparepart henpon untuk beli skrin baru...Cina tu akan cakap "U mau yang biasa atau yang baikkkkk punya?" atau "U nak oli atau local punya?" atau pun dia akan ckp "apa mau?"...hehehehehe

Sehingga hari ni aku dah jumpa 3 kali kes macam ni(skrin putih)...semua nokia....6600(sabun), nokia C3, Nokia N70...

Friendly ngan Tajaan Kensel

Sekali tengok awan macam cerita si tanggang anak derhaka la....bila ujan turun futsal pun kensel kita oder makan jer la....hehehehehe

Allah Selamatkan Kamu...

Hari adalah ulang tahun abe shuk yang ke 23...Kami doakan semoga Abe Shuk sentiasa sihat selalu..semoga jadi abi yang dapat mendidik anak menjadi anak yang soleh dan solehah....






-ABE SHUK DAPAT UMAH NANTI ROGER AKU NNTI AKU BAWAK MOP BASUH UMAH KO-

Bicara Wahyu Bil.2/2013

Sektor Dakwah akan menganjurkan Program Bicara Wahyu Bil.2 untuk tahun 2013


Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir. Sesape yang tak dapat hadir ada rakaman dibuat, bleh rujuk kat unit ICT BPI untuk dapatkan salinan rakaman




-MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR-

Rabu, 13 Mac 2013

Dap ne Keni Rojes....

Ok ni adalah gambar-gambar masa kita seramai 15 orang pergi makan keni rojes kat chaftsbury square,Cyberjaya. Aku dah padam kat memory card so simpan la dalam blog...

Suma pegi jalan kaki jer...

Ada Baru ke Tokkk???

Ni memey betul-betul ada baruuuuuuuu......


Kak Bet Semakin Maju...

KAK BET DAH SEMAKIN MAJU
-
-
-
-
-
-
-
-
-
\/

Kejohanan Bola Tampar Mesca 2013

Dengan segala hormatnya Bahagian Pendidikan Islam akan menghantar 2 pasukan bola tampar(lelaki dan wanita) untuk Kejohanan Bola Tampar Mesca 2013 yang akan berlangsung pada 16-17 Mac 2013 di Gelanggang Sekolah Sukan Bukit Jalil. Seramai 21 pemain yang terdiri dikalangan warga BPI(tetap dan kontrak) akan turut serta menyertai pertandingan tersebut.

Mesyuarat pengurus diadakan di Bilik Mesyuarat Bunga Raya,Blok E14, Putrajaya..Goku mesti ada,nnti game confirm dia akan memperagakan jersey terbaru pasukan dia...brader yang diri tu lagend bola tampar tu...

Selasa, 12 Mac 2013

Perlawanan Persahabatan Mac 2013

Esok akan berlangsungnya perlawanan persahabatan "Mustapha Kamal Derby" antara Sembang Kongkang menentang Bahagian Tajaan KPM...Untuk pengetahuan umum, Bahagian Tajaan duduk sama bangunan dengan kami di BPI ni...Kami duduk tingkat G dan 2, dorang duduk tingkat 1...Kita adalah berjiran.....hehehe

Lama dah tak friendly dengan dorang...






"KITA GUNAKAN SKILL TIMBANG UNTUK MEMPERDAYAKAN PIHAK LAWAN"

Khai Dah Jadik Bapak

Assalamualaikum...ada orang takk....hahahah...lama siot tak update blog..Ok cerita pertama aku nak cerita adalah Khai dah jadik bapak...Hari ahad lepas bersamaan 10 mac 2013 lahirlah khai junior dimana satu hari nanti akan mewarisi semua aset2 khai seperti motor belang,tamiya serta sparepartnya, kasut futsal nike,puma..bola adidas tango gred A, bola puma, adidas replica serta NBC....

Semoga khai berjaya mendidik anaknya menjadi insan yang berguna.....



"DAH ADA ANAK MAIN TAMIYA LAGI TAK?"