Selasa, 24 Disember 2013

Selamat Tinggal 2013




Pejam celik pejam celik dah nk tamat dah 2013.byk kenangan manis dan pahit dapat dikecapi tahun ni.ada yg keluar,ada yg masuk,ada yg stay,ada yg pencen,ada yg sakit,ada yg sihat,ada yg hidup dan ada yg meninggalkan dunia yg fana ini.beginilah kehidupan akan berpusing pusing seperti roda kadang kita di atas,kadang di bawah.masa semakin pantas sampai kita tak sedar yg sesaat lepas kita takkan alami saat yg sama yg mendatang….

Selasa, 17 Disember 2013

Keputusan Kejohanan Piala Kongkang Cup 2013


Jumaat lepas telah berlangsungnya Kejohanan Piala Kongkang 2013 anjuran Persatuan Bola Sepak Sembang Kongkang dengan kerjasama Biro Sukan dan Rekreasi BPI. Sebanyak 24 pemain telah mengambil bahagian dimana setiap pemain akan dibahagikan kepada 4 pasukan. Proses pembahagian pemain mengikut pasukan adalah melalui undian. 



Khamis, 12 Disember 2013

Dah Tak Sabaq Nak Merembat

Setelah menunggu sekian lama, akhirnya esok adalah hari yang dinantikan. Semua pemain-pemain sembang kongkang akan menunjukkan skill masing-masing dalam pertandingan futsal tertua Persatuan Bola Sepak Sembang Kongkang. Oleh itu, sila tunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Menang kalah adat permainan. Arahan Manager Kemut Hassan

Isnin, 9 Disember 2013

Tamiya Mini 4wd Fun Race Putrajaya



Sabtu lalu bertempat di Kastam Putrajaya telah berlangsungnya acara Fun Race Tamiya Mini 4wd. Sebanyak 180 buah kereta mini bersaing untuk merebut hadiah lumayan yang disediakan oleh pihak penganjur. Team Kongkang turut tak ketinggalan menyertai pertandingan tersebut. Walaupun tak berjaya kami datang untuk mencari pengalaman dan merasai sendiri suasana pertandingan. Kami akan cuba lagi untuk race yang akan datang.

Jumaat, 6 Disember 2013

Team Kongkang Bersedia Untuk Race

Bersedia untuk race...Sembang Kongkang menghantar 2 wakil ke pertandingan tersebut...Mencari kedudukan terbaik dan sekadar untuk mendapat pengalaman....

Rabu, 4 Disember 2013

Brader Moon : Dari Kaca Mata Manager Kemut Hassan





Nama pena beliau ialah Brader Moon dan nama penuh beliau ialah Aminuddin Baki Beli Barang Bagi Balik.beliau lahir di Johor dan menyokong penuh pasukan JDT.dalam sejarah penubuhan sembang kongkang beliau yg mula-mula bertanggungjawab dan menubuhkan sebuah kelab dgn nama yg diregister di SSM dgn nama Sembang Kongkang .Sejarah penubuhan hanyalah sebagai kelab alternative utk anak muda di BPI yg suka membuang masa dgn berkaraoke di alamanda dan lain-lain aktiviti tak sihat seperti mengumpat,merenyam dan mengentek.

Jumaat, 29 November 2013

Poster Kejohanan Futsal Sembang Kongkang

Kalau nak keterangan lanjut, call budak2 ni

Aktiviti Sembang Kongkang Akhir Tahun 2013

KERTAS CADANGAN
PERTANDINGAN FUTSAL TERTUTUP
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM 2013

Kepada semua kaki-kaki bola Bahagian Pendidikan Islam, Sembang Kongkang FC dengan kerjasama Biro Sukan dan Rekreasi BPI akan menganjurkan satu Pertandingan Futsal Tertutup BPI 2013. Terbuka kepada semua warga BPI(Lelaki) sahaja. Tujuan pertandingan ini adalah mengeratkan lagi hubungan antara warga BPI yang baru dengan yang lama dan dapat juga kita berkenalan dengan lebih dekat lagi President Sembang Kongkang yang baru.

Pertandingan dijalankan pada tarikh,masa dan tempat adalah seperti berikut :-


TARIKH         : 13 Disember 2013 (Jumaat)
MASA             :  9 mlm – 12 t/malam
TEMPAT       : Gelanggang Futsal Arena, Cyberjaya

Pasukan Terbaik Dalam Sejarah Mesca BPI


Barisan pemain yang membawa pasukan BPI layak ke pusingan suku akhir buat kali pertama dalam sejarah penyertaan BPI dalam Mesca...Tahniah..Bukak www.facebook.com\sembangkongkang untuk cerita lanjut..
Dari kiri berdiri : Kecik,Godong,Fawaz,CC Puad,Khai,Lan,Mat Kedah,Amin,Haziq,Joe
Duduk dari kiri : Bro,Timi,Nuar,Mat Napi,Hussein,Usop,Toki

Jumaat, 22 November 2013

Road To Bukit Jalil Part 8

(kasut baru keeper terunggul BPI)
 Sesi latihan terakhir, Manager Kemut Hassan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Tajaan dimana pasukan ini yang akan kita tentang di peringkat kumpulan Kejohanan Mesca 2013 nanti. Kita tak menggunakan tektik yang telah dirancang oleh Manager Kemut Hassan bersama barisan jurulatih ketika perlawanan persahabatan tersebut. Di akhir perlawanan tersebut menampakkan perkembangan positif yang diterima oleh pemain-pemain. Diharap dengan sesi latihan selama 3 hari ni, dapat membantu sedikit sebanyak motivasi para pemain...Majulah BPI untuk Sembang Kongkang...

Khamis, 21 November 2013

Road To Bukit Jalil Part 7

 Akhirnya kita dapat jugak jersey terbaru untuk pasukan bola sepak BPI...Manager Kemut Hassan akan lakukan yang terbaik untuk memajukan pasukan bola sepak kita...

Road To Bukit Jalil Part 6

Semalam berlangsungnya mesyuarat pengurus sesi ke-2. Selain membincangkan tentang pelbagai aspek untuk pertandingan itu nanti, turut dijalankan sesi undian pasukan. (Gambar menunjukkan pasukan bola sepak BPI mendapat perkenan dari Tuan Pengarah)...Berikut adalah nama-nama pasukan yang telah dibahagikan mengikut kumpulan :


Road To Bukit Jalil Part 5

 Aku cukup suka dengan pemain-pemain BPI untuk karnival tahun ni, semuanya nampak bersemangat untuk menyarung jersey keramat BPI. Kalau korang semangat, aku lagi bertambah-tambah semangat nak urus pasukan. Tahun ni, kita pakai jersey baru....Masa sesi latihan ada beberapa pemain yang cedera diberi rehat sehari dua dan akan kembali menyambung latihan terakhir(kamis) sebelum menghadapi pertandingan sebenar....(sembang macam rajagopal..muahahahahha)

Kalah menang belakang cerita yang penting semangat juang yang tinggi....aku bagi gred A kat Skuad 2013

Khamis, 14 November 2013

Road To Bukit Jalil Part 4

Senarai penuh nama pemain Skuad BPI Mesca 2013. Manager Kemut Hassan tinggal nak mintak perkenan Tuan Pengarah untuk cop pengesahan...

Rabu, 13 November 2013

Road To Bukit Jalil Part 3

Jadual yang dikeluarkan oleh Manager Kemut Hassan

Road To Bukit Jalil Part 2

Semalam, Manager Kemut Hassan bersama Timbalan Manager Kassim Patalon telah menghadiri mesyuarat pengurus pasukan yang pertama(ada yang ke-2 nnti). Banyak yang telah dibincangkan semasa meting tersebut. Namun perkara yang penting yang Manager Kemut Hassan nak kita semua ingat: 

Jumaat, 8 November 2013

Khamis, 7 November 2013

Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Karnival Mesca 2013

Bola sepak Mesca kembali lagi untuk tahun ni...Seperti tahun-tahun sudah, BPI tak ketinggalan untuk menghantar team menyertai kejohanan tersebut walaupun pemain ada 7 orang je...Tahun ni pasukan BPI berbelanja besar membawa masuk pemain-pemain baru yang akan menggalas harapan semua warga BPI untuk sekurang-kurangnya tak dibelasah teruk oleh pasukan lain..Gambar Sekadar Hiasan...Maklumat Kejohanan adalah seperti berikut :

Rabu, 6 November 2013

Logo KPM yang baharu



Logo Kementerian Pendidikan Malaysia yang baharu.

Lama siot tak taip blog. Ni adalah rekod paling lama admin sembang kongkang tak menaip blog..So entry yang pertama untuk blog sembang kongkang setelah sekian lama cuti berehat adalah pasal logo KPM yang baru.....Nak tau ape rasionalnya bentuk logo KPM tu macam tu, korang baca kat bawah ni.....

Sabtu, 20 April 2013

Wedding Of The Year

Dengan ini saya selaku jurucakap yang telah diamanahkan oleh bakal pengantin lelaki untuk mengumumkan yang beliau akan menamatkan zaman bujangnya yang selama ini berjaya ditempuh dengan jayanya...mulai 18 Mei 2012 bermulalah beliau menjawat jawatan baru iaitu suami...Tahniah kepada encik hasbullah, abis dah lelaki bujang kat sembang kongkang...suma dah abis disapu...hehehehe

Majlis kenduri kawin rumah pengantin lelaki dan perempuan....Dijemput semua yang mengenali encik hasbullah untuk hadir majlis beliau....

Selamat Pengantin Baru Kak Aspanita

Kenduri kawen kembali lagi...Jika sebelum ni yang last adalah Encik Toki, kini tiba masa kak aspanita untuk menamatkan zaman bujang beliau.....

Ni kad dari kak aspanita....Siap ngan peta skali...

Majlis Bicara Wahyu Bil.3/2013

Majlis Bicara Wahyu Bil.3/2013 yang akan berlangsung pada 26 April 2013 bertempat di Dewan Serbaguna Aras 9, Blok E12, Parcel E, Putrajaya..Tajuk ceramah ialah "Ratib Kehancuran" yang akan disampaikan oleh Ustaz Abd Fatah Bin Yusof...



-MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR-

Jaring Baru Gelanggang Keramat SKFC

Gelanggang keramat Sembang Kongkang FC dah pasang jaring baru..Memey terbaik lah...baru la feel score tu macam score gol kat champion league....Terbaik pengurusan Arena Cyberjaya 

Mat Kedah tak sabaq-sabaq nak main sepak penalti

Rabu, 10 April 2013

Pertandingan Akhir Debat Bahasa Arab

Pertandingan Akhir Debat Bahasa Arab sekolah2 Menengah KPM 2013 anjuran BPI dan USIM. Pertandingan ini berlangsung selama 5 hari bermula 6 hingga 10 April 2013. Pertandingan akhir menemukan antara SAMT Tengku Ampuan Jemaah dan SAMT Sultan Hishamuddin. Apa yang bleh saya katakan "superb adik2 kita"...

Side Mirror Hilang

Cyberjaya, 9 April-Kegembiraan abe din untuk pulang ke rumah selepas penat bekerja menjadi mimpi ngeri buat beliau apabila side mirror yang selama ini elok je ada kat motor telah hilang. Kejadian disedari abe din apabila dia nak cuba mengusha awek psh balik keje melalui cermin kiri motor beliau tapi alangkah terkejutnya apabila cermin motor dia dah ilang. Abe din kata "aku nak claim insuran"

Isnin, 25 Mac 2013

Ping Pong Datang Lagi

hahahaha....
tetibe tringat iklan ding dang era 90'an....
" Kini Ding Dang Datang Lagi" ayat dlm iklan RTM dahulu kala...



Khamis, 21 Mac 2013

Meting Pin Pon BPI

Arena,Cyberjaya Khamis- Dato Azam(Baju merah),bakal calon bebas untuk pilihanraya ke-13 ni berjanji kepada pemain-pemain pin pon BPI, akan menaja pasukan ini untuk kejohanan Ping Pong Mesca 2013 yang akan berlangsung pada 23 Mac 2013 di MSN, Bukit Jalil. Bob KP berkata dia sangat berterima kasih kepada YB Dato Azam kerana sudi menaja pasukan BPI dan semua pemain berjanji akan mengundi beliau untuk pilihanraya akan datang.


-BAT PIN PON BARU KE PUN-

Karnival Sukan MESCA 2013 - Kategori PINGPONG



Kategori Pingpong; LELAKI

Acara ini boleh kata setiap tahun  wakil BPI sentiasa hantar ahlinya untuk bermain....
Mesyuarat telah diadakan semalam(20/03/2013) dimana Toki selaku Pengurus Pasukan SEMENTARA bagi pasukan BPI....

16 pasukan dipertandingkan yang telah dibahagian kepada 4 kumpulan....
keputusan undian agak menarik bagi team BPI....

Rabu, 20 Mac 2013

Apa Makna Semua Ni????


Sila Kosongkan???Kenapakah kena kosongkan??

Mini 4WD Polytechnic Open 2013

Cha, Ko setting elok2 kete ko, pastu ko bagi aku...nanti aku bawak pegi contest ni....So nanti aku akan main 2 kete masa hari kejadian tu nanti, ko punya dengan aku punya....saje je nak test power masuk tournament...hehehehe




-TAMIYA KONGKANG CLUB-

Kenyang Kerana Potluck

Tajuk : Berpotluck di Pagi Rabu 
Tarikh : 20 Mac 2013 hari rabu pukul 9pagi
Anjuran : Unit Admin + Unit ICT
Jemputan : Sape2 yang lalu kat area admin dan ICT akan dipanggil untuk makan
Tujuan : Untuk Menunaikan Hajat CC Nora


Abe Din bawa telur jer....tapi makanan memang sedap sebab free

Selasa, 19 Mac 2013

Port Baru Nasik Kandar

Kepada kak bet,

Selain Lawoot kat nilai tu, saya ada port baru nak makan nasik kandar...tak jauh pun depan bomba cyberjaya sebelah A&W.

Restoran kayu nasik kandar original penang...

Sila Backup Data

Kepada semua warga BPI, sila backup data anda yang disimpan didalam 'Run'...kalau rasa2 ada simpan data kat situ dan penting silalah backup...Kerja-kerja penggantian hardisk akan dijalankan tak lama lagi....so segeralah bertindak sebelum menyesal tak sudah.....Jika ada masalah boleh cepat rujuk kat unit ICT BPI




-DAH 2 MINGGU BAGI TEMPOH-

Keputusan Bola Tampar Mesca 2013

Selesai sudah Pertandingan Mesca 2013 yang berlangsung di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Secara keseluruhannya pasukan bola tampar lelaki dan wanita BPI telah berjaya melepasi tahap target minima yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Tampar BPI. Banyak peningkatan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain terutamanya pasukan wanita. Sekalung tahniah kepada mereka...

Pasukan Bola Tampar wanita BPI

Jumaat, 15 Mac 2013

Latihan Bola Tampar

 Pasukan bola tampar BPI giat menjalani latihan setiap minggu untuk membiasakan diri dgn corak permainan sebenar bola tampar. Tujuan latihan ni juga untuk memastikan setiap pemain ada keyakinan apabila berdepan dengan suasana sebenar. Selain itu juga, kita juga dapat berbincang cara untuk tidak mensia-siakan peluang untuk mendapatkan point. Yang penting latihan ini juga dapat mengelakkan pasukan kita dibelasah teruk...
Seminggu ni, keadaan cuaca tak mengizinkan..kena tunggu hujan berhenti baru boleh main

Jersey Baru Team Bola Tampar Wanita

Ni jersey yang akan dipakai oleh team bola tampar wanita BPI untuk Kejohanan Bola Tampar Mesca esok...
Pandangan depan

Khamis, 14 Mac 2013

Cara Nak Repair Henpon Nokia N70 Skrin Putih

Harini aku nak kongsi serba sedikit tentang cara nak repair handphone yang terkena simptom skrin putih bila kita on handphone tersebut. Kalau masa korang on henpon korang xkuar ape2 gambar melainkan putih jer, maknanya skrin tu problem...bleh la pegi kedai sparepart henpon untuk beli skrin baru...Cina tu akan cakap "U mau yang biasa atau yang baikkkkk punya?" atau "U nak oli atau local punya?" atau pun dia akan ckp "apa mau?"...hehehehehe

Sehingga hari ni aku dah jumpa 3 kali kes macam ni(skrin putih)...semua nokia....6600(sabun), nokia C3, Nokia N70...

Friendly ngan Tajaan Kensel

Sekali tengok awan macam cerita si tanggang anak derhaka la....bila ujan turun futsal pun kensel kita oder makan jer la....hehehehehe

Allah Selamatkan Kamu...

Hari adalah ulang tahun abe shuk yang ke 23...Kami doakan semoga Abe Shuk sentiasa sihat selalu..semoga jadi abi yang dapat mendidik anak menjadi anak yang soleh dan solehah....






-ABE SHUK DAPAT UMAH NANTI ROGER AKU NNTI AKU BAWAK MOP BASUH UMAH KO-

Bicara Wahyu Bil.2/2013

Sektor Dakwah akan menganjurkan Program Bicara Wahyu Bil.2 untuk tahun 2013


Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir. Sesape yang tak dapat hadir ada rakaman dibuat, bleh rujuk kat unit ICT BPI untuk dapatkan salinan rakaman




-MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR-

Rabu, 13 Mac 2013

Dap ne Keni Rojes....

Ok ni adalah gambar-gambar masa kita seramai 15 orang pergi makan keni rojes kat chaftsbury square,Cyberjaya. Aku dah padam kat memory card so simpan la dalam blog...

Suma pegi jalan kaki jer...

Ada Baru ke Tokkk???

Ni memey betul-betul ada baruuuuuuuu......


Kak Bet Semakin Maju...

KAK BET DAH SEMAKIN MAJU
-
-
-
-
-
-
-
-
-
\/

Kejohanan Bola Tampar Mesca 2013

Dengan segala hormatnya Bahagian Pendidikan Islam akan menghantar 2 pasukan bola tampar(lelaki dan wanita) untuk Kejohanan Bola Tampar Mesca 2013 yang akan berlangsung pada 16-17 Mac 2013 di Gelanggang Sekolah Sukan Bukit Jalil. Seramai 21 pemain yang terdiri dikalangan warga BPI(tetap dan kontrak) akan turut serta menyertai pertandingan tersebut.

Mesyuarat pengurus diadakan di Bilik Mesyuarat Bunga Raya,Blok E14, Putrajaya..Goku mesti ada,nnti game confirm dia akan memperagakan jersey terbaru pasukan dia...brader yang diri tu lagend bola tampar tu...

Selasa, 12 Mac 2013

Perlawanan Persahabatan Mac 2013

Esok akan berlangsungnya perlawanan persahabatan "Mustapha Kamal Derby" antara Sembang Kongkang menentang Bahagian Tajaan KPM...Untuk pengetahuan umum, Bahagian Tajaan duduk sama bangunan dengan kami di BPI ni...Kami duduk tingkat G dan 2, dorang duduk tingkat 1...Kita adalah berjiran.....hehehe

Lama dah tak friendly dengan dorang...






"KITA GUNAKAN SKILL TIMBANG UNTUK MEMPERDAYAKAN PIHAK LAWAN"

Khai Dah Jadik Bapak

Assalamualaikum...ada orang takk....hahahah...lama siot tak update blog..Ok cerita pertama aku nak cerita adalah Khai dah jadik bapak...Hari ahad lepas bersamaan 10 mac 2013 lahirlah khai junior dimana satu hari nanti akan mewarisi semua aset2 khai seperti motor belang,tamiya serta sparepartnya, kasut futsal nike,puma..bola adidas tango gred A, bola puma, adidas replica serta NBC....

Semoga khai berjaya mendidik anaknya menjadi insan yang berguna.....



"DAH ADA ANAK MAIN TAMIYA LAGI TAK?"

Ahad, 17 Februari 2013

Kemeriahan Hari Keluarga BPI

Semalam berlangsungnya Hari Keluarga BPI untuk tahun yang ke-4..Kalini buat kat Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3)..Ape yang menariknye hari keluarga tahun ni adalah hadiah untuk cabutan bertuahnya...Majoritinya adalah barang-barang elektrik...Yang paling best semua bawak balik hadiah, xdok tangan kosong.....hehehehe

Banner Hari Keluarga BPI 2013


Jumaat, 15 Februari 2013

Pemain Baru Kongkang

Semalam manager kemut hassan telah bersetuju untuk mengikat kontrak dengan pemain import baru dari Nigeria iaitu Christ selama 2 tahun. Christ 19 tahun, berjaya meyakinkan pengurusan sembang kongkang bahawa beliau adalah pemain import yang layak menyarung jersey keramat sembang kongkang...

Bob KP wakil manager kemut hassan bersalaman dengan Christ sebagai simbol beliau bersedia untuk berkhidmat untuk sembang kongkang 

Persiapan Hari Keluarga BPI

Sejak 4 tahun penganjuran hari keluarga BPI, aku rasa tahun ni paling grand skali dari segi hadiah...cuba nengok gambar2 kat : -

ni hadiah untuk sukaneka

Khamis, 14 Februari 2013

Ada Baruuuuu....

Ape yang menarik main futsal minggu ni????

1. Dapat test bola baru


 Bola baru yang berwarna kunin

Rabu, 6 Februari 2013

Jangan Ambil Meja Ping Pong Kami...

 Kenapakah meja ping pong berlipat????adakah ini tanda-tanda pin pon BPI akan berkubur???

Isnin, 28 Januari 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434H

Khamis lepas budak-budak kongkang berjaya dengan jayanya untuk bangun awal pagi untuk join perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1434H..Tema tahun ni Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah....Kontigen KPM diwakili 80 orang peserta bermula di wisma tani dan berakhir di Masjid Putra... Kedudukan pasukan KPM adalah yang ke-3 paling belakang skali kiranya pasukan yang kat depan tu dah sampai umah dah, kita baru sampai masjid putra...hehehehe

Melalui Mahkamah Persekutuan