Sabtu, 18 Februari 2012

Takraw Berjaya Buat Pasukan Lain Goyang

Lagi berita yang membanggakan team BPI apabila 2 regu BPI berjaya membuat team-team lain goyang,kalau xsbb pengalaman team lain yang slalu bawak balik towel,beg,baju, mesti team kita bleh pegi jauh...Team BPI sekali lagi berjaya membuat kejutan dalam acara sepak takraw apabila regu B berjaya melangkah ke separuh akhir....Ini kali pertama sejak 2008, kita berjaya layak ke separuh akhir...kejayaan terbesar pernah kita capai....Sebelum2 ni, jangankan separuh akhir, menang 1 game dalam group pun susah....Namun 2012 menjadi kenangan paling bermakna...Walaupun regu A gagal ke separuh akhir, namun berpeluh jugak team lain nak tundukkan BPI A....Ape2 pun tahniah sekali lagi dari editor sembang kongkang...Anak jati BPI berjaya mengharumkan BPI...kami x kejar kejuaraan segera(mcm amik player bahagian lain main utk team)...biar keputusan tu hadir dari penat dan semangat warga BPI tu sendiri...biarpun amik masa 10 tahun untuk jadik juara namun setiap tahun akan ada sejarah yang akan tertulis sama ada kemenangan atau kekalahan utk kami simpan sebagai kenangan ketika bersama BPI......Tahniah!!!!!!!

KEPUTUSAN

Peringkat Kumpulan

Group A

BPI A vs SSBJ A 2-0
BPI A vs IPG 1-2
BPI A vs Audit Dalam 1-2

(Gagal layak kerana menduduki tempat ke-3 kumpulan)

Group B

BPI B vs SSBJ B 2-1
BPI B vs LPM 1-2

(Layak ke separuh akhir setelah menduduki tempat ke-2 kumpulan)

Separuh Akhir

BPI B vs LPM 0-2

Tempat ke-3/4

BPI B vs Audit Dalam 0-2

(BPI B menduduki tempat ke-4 keseluruhan)

Team takraw BPI 2012

BPI A, Mat Napi(feeder), Alop(tekong), Hisham(killer)

Regu B, Sepul(feeder), Khusairi(tekong), Shazwan(Killer)

servis baik punya

Baik punya servis....X sesia belatih 2 aritu.....pasni suh coach mat napi ejas, kita main petang2 balik keje....



5 ulasan:

  1. nnti suh mat napi ejas main takraw

    BalasPadam
  2. mat BSN pon nak join jugak..hahaha

    BalasPadam
  3. jpp dah nk wat friendly ngan bpi.. ada bran??

    BalasPadam
  4. kami set jer....tetapkan tarikh,masa,kami turun

    BalasPadam