Isnin, 19 Oktober 2009

Ada Baru-Part 2

Hah...Ini lah berita ekslusif yang paling ditunggu-tunggu. Berita yang selama ini dinanti-nanti oleh peminat setia sembang kongkang. Setelah sekian lama menunggu akhirnya exora yang dinantikan telah pun berada didepan mata. Jika korang masih ingat bulan april 2009 ada kisah bertajuk exora oh exora...dimana dalam kisah itu, beliau mengusha kete tersebut sambil berangan-rangan untuk memilikinya. Namun setelah sekian lama menabung mengumpul duit, sanggup x makan kat opis semata-mata nak beli exora akhirnya beliau dapat jugak memiliki sebuah exora yang anggun bergaya....

Kunci yang menjadi bahan bukti exora sudah dimiliki

side mirror kete yang digunakan untuk mengusha awek kat blakang

sport rim exora yang kilat bersinar-sinar.

exora adalah keluaran proton bukan honda aka tonda

Namun untuk mendapatkan exora bukan sesuatu yang senang beb. Beliau buat pinjaman di bahagian akaun. Berminggu-minggu beliau menunggu untuk pinjaman tersebut diluluskan. Entah berpuluh kali beliau turun naik ke bahagian akaun utk mengetahui status pinjaman beliau. Dan berpuluh kali jugak la staf ofis beliau menanyakan "bila exora nak keluar???"..setelah sekian lama menunggu akhirnya pinjaman beliau pun diluluskan. Beliau mendapat message yang duit beliau dah masuk. Sukanye dia bila duit dah masuk. Tanpa membuang masa beliau membawa beberapa org bodyguard untuk mengascod beliau ke bank. Membawa duit yang begitu banyak membuatkan jantung beliau berdebar-debar, ditambah plak ascod beliau boleh diragukan tahap kehebatan mereka membuatkan tahap kecuakan beliau semakin kuat..Namun demi exora yang diidam-idamkan beliau sanggup menempuh pelbagai halangan dan akhirnya beliau dapat jugak membayar kat tukang jual kete tersebut. Dan bayangan exora semakin hampir beliau perolehi.

Pandangan depan kete idaman

Namun setelah bayar duit kat tukang jual kete tersebut, exora idaman masih belum perolehi. Tahap kesabaran beliau sudah melampaui tahap kesabaran yang maksima ditambah plak janji-janji manis tukang jual tu yang selalu dimungkiri dengan muka bengis beliau terus pergi menyerang tukang jual kete tu...Tukang jual kete tersebut dengan wajah ketakutan dan terkencing-kencing setelah disergah oleh beliau, tukang jual kete itu terus berjanji akan memberi kete tersebut secepat mungkin. Pada jumaat 16 Oktober 2009 pukul 6ptg menjadi saksi akhirnya dengan pelbagai rintangan dan halangan beliau tempuhi dapat jugak beliau mengucup exora....Dengar citer 1 malam beliau tidur kat dalam exora tersebut...Sanggup x jaga kampung(beliau adalah ahli JKKK) semata--mata mahu menjaga kete..p lantak la orang kampung....

CD player yang digunakn untuk beliau main cd lagu sweet september bertajuk "hatiku kau guris luka"

Stering yang boleh mengontrol sound dari radio..Bolehla beliau menguatkan radio beliau apabila lagu "hatiku kau guris luka" dimainkan.

perfume kete pun baru beli..Kete lama taruk daun pandan je

Beliau berkata "aku bawak kenari tak de sape pun pandang, bila bawak exora pandang tak berkelip mata"

ni la owner exora yang berjaya menempuh pelbagai liku-liku semata-mata inginkan kete idaman beliau. Sekarang ni beliau berasa puas kerana usaha dan pengorbanan beliau berhasil..Kadang-kadang ketika sendirian, beliau menangis kerana peritnya nak dapat exora...Klu korang nampak kete ni jangan berani usik kalau tak alamatnya makan nasik pakai straw la....he3

8 ulasan:

  1. kasi up sikit gambar bodygurd tu....

    BalasPadam
  2. tahniah en salemi!jgn lupa wat kenduri dlm van tu..

    BalasPadam
  3. kongkang..bila korg nak exchange link dengan team sengal punya blog?kitorang dah letak korg punya link dah..kalau tak tau nak letak, manager boleh ajarkan..hehe

    BalasPadam
  4. sembang kongkangOktober 20, 2009

    klu stakat nak letak link,kitaorg lebih dari tau...masalahnya kitaorg x de masa nak baca citer sengal korg tu...

    BalasPadam
  5. lapor exoraOktober 21, 2009

    dah la gado2...
    apa kita incik Salemi bawak g mkn...
    camne konkang??sengal???

    BalasPadam
  6. sweet septemberOktober 21, 2009

    lalalalalalalalalalalalalala...hatiku kauuu gurisss lukaaaa

    BalasPadam
  7. orang nak rapatkan silaturrahim tu terima ajela..apa salahnya

    BalasPadam
  8. sARAnG tEBUAN jgN dIJOLoK........

    BalasPadam