Sabtu, 3 Oktober 2009

Kita Juara

Yeahhhh!!!!kita juara

Sejarah telah tercipta apabila team Sembang Kongkang A telah berjaya menjuarai Liga Juara-Juara Kongkang setelah mengalahkan adiknya sendiri iaitu Sembang Kongkang B dengan keputusan 4-2 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Urdu, Scotland. Disaksikan lebih dari 80,000 penonton, kedua-dua pasukan mempamirkan permainan yang cukup menghiburkan. Turun sebagai underdog, team Sembang Kongkang tidak merasa sebarang tekanan apabila menghadapi perlawanan akhir ini. Menurut kata President Persatuan Bola Sepak Sembang Kongkang, beliau amat berbangga apabila 2 pasukan Sembang Kongkang berjaya ke perlawanan akhir . “Ini adalah usaha keras dari semua yang ada dalam Persatuan Bola Sepak Sembang Kongkang dan saya bercadang akan bawa budak2 ni pi melancong”, kata president.

Pada separuh masa pertama, permainan agak perlahan mungkin disebabkan kedua-dua pasukan mengamalkan corak permainan berhati-hati. Namun pada minit ke-3, Sembang Kongkang B memecah kebuntuan apabila To’ki berjaya mengambil kesempatan ketika keadaan kucar-kacir dipintu gol Sembang Kongkang A dengan melakukan ungkitan kemas menewaskan Brader. Tidak berputus asa Sembang Kongkang A melakukan serangan dan akhirnya pada minit ke-24 hantaran silang Haroon berjaya ditanduk kemas oleh Alop. Pada minit ke-25, Sembang Kongkang A melakukan counter attack dan permainan 1-2 di antara Bro dan Zul berjaya menghasilkan gol ke-2 untuk Team Sembang Kongkang A. Gol berpunca dari kealpaan pertahanan Sembang Kongkang B yang sibuk melakukan serangan sehingga lupa untuk jaga kawasan sendiri.

Tersentak dengan 2 gol dalam tempoh seminit, Sembang Kongkang B telah melancarkan serangan bertubi-tubi. Sebelum taman separuh masa pertama, playmaker Sembang Kongkang B, Iqbal melakukan rembatan terus ke penjuru sebelah kanan pintu gol Sembang Kongkang A namun hampa apabila berjaya ditepis kemas oleh penjaga gol Sembang Kongkang A. Separuh masa pertama berkesudahan 2-1.
Pada separuh masa kedua, kedua-dua pasukan mula berbalas serangan. Pada minit ke-60, Haroon berjaya meledakkan 1 rembatan tampa bayangan yang berjaya menewaskan penjaga gol Sembang Kongkang B, Acit. Pada kedudukan 3-1, Sembang Kongkang A telah membuat pertukaran apabila memasukkan Amin bagi menggantikan Alop dan hasilnya dapat minit ke-82, Amin berjaya mengelirukan pertahanan Sembang Kongkang B dengan rembatan yang terus masuk ke bawah kelengkang Acit.

Pada kedudukan 4-1, Sembang Kongkang A hanya bermain permainan bertahan. Namun taktik tersebut membawa padah apabila pada minit ke-88 pemain import Sembang Kongkang B berjaya melakukan rembatan terus ke kanan pintu gol Sembang Kongkang A. Kedudukan 4-2 itu, berterusan sehingga perlawanan tamat. Pasukan Sembang Kongkang A berjaya membawa pulang trofi bersalut emas 18 karat yang menjadi rebutan kesemua pasukan yang bertanding. Dan To'ki terus menyanyikan lagu hampa setelah team dia kalah...

11 ulasan:

  1. Cayalah.....Ada team yang bran nk men leh sms nama team untuk dikalahkan....kaki dah panas nie....

    BalasPadam
  2. knp x ckp dgn akak korang ada game.Akak boleh sponser kerepek.Klu sedap bleh oder dgn akak

    BalasPadam
  3. aku score 1 gol pada final.... pengulas x tulis ponn...

    BalasPadam
  4. owh sungguh lincah pemain pemain Sembang Kongkang A ini...............

    BalasPadam
  5. kemusykilan menghantui aku mse nk tdo....
    kenape team sem/konkang B bleh tewaskan sem/konkang A pada first game dlm keadaan agak bangga la juga, tp tewas agak teruk lagak pada final....?!!!

    mybe pasukan sem/kongkang B banyk sangat makan kiug ghaye kot, 2 yg cepat pancit....

    anyway, thanks alot 2 penganjur....

    thanks again untk sembang kongkang B...
    -walaupun x brape kenal, tp corak permainan yang ideal, membolehkan team kami sampai ke-final...

    BalasPadam
  6. abg dah agak dah korang memang bleh pegi jauh.

    BalasPadam
  7. gol pembukaan final dari aku yg cukup bermakna....
    wakakaka....

    1st gol dari pertahanan(yg haprak)...
    psal strike ke2-2 team x blh blah...
    wakakaka...

    BalasPadam
  8. ala..ptt dayod fc bley mng..
    tp disebabkan gol ke-4 mase 1st game tu x kire j sbb ref bookie...hahaa...time lwn ngan sembang kongkang a tu doyod fc trunkn 2nd team j...saje nak kasi sembang kongkang mng..klu kalah nnti terkangkang plak sembang kongkang.
    neway trime kasih sbb anjurkan game ni n tahniah kpd sembang kongkang sbb menang..

    BalasPadam
  9. hebat jgk si acit punya pemain import erk.. wlwpn disaat2 akhir dapat tau dia telah disingkirkan utk bermain di team sembangkongkang B..pehhh.. caiyaaa la acit

    BalasPadam
  10. huhu..xder lah brader mun biase jer 2.. 2 baru jumpa pemain import..blum lg kitorang trainning sama2..rancang strategi..jumpa la 2 jgk pastu terus main..tp alhamdulillah smpi final gak hihi

    BalasPadam
  11. 'Pada separuh masa pertama, permainan agak perlahan mungkin disebabkan kedua-dua pasukan mengamalkan corak permainan berhati-hati. Namun pada minit ke-3, Sembang Kongkang B memecah kebuntuan apabila To’ki berjaya mengambil kesempatan ketika keadaan kucar-kacir dipintu gol Sembang Kongkang A dengan melakukan ungkitan kemas menewaskan Brader. '

    -'saja nk bt imbasan kembali'-

    BalasPadam