Sabtu, 26 Jun 2010

Kongkang Cup PS2 - Season 2 bermula

KEJUARAAN KONGKANG PES CHAMPIONSHIP SEASONS 2

Setelah tamat seasons 1, Kongkang PES Championship kembali lagi untuk musim ke-2..Jika musim pertama penganjur menggunakan tema UEFA Champion League dimana pasukan-pasukan yang dipilih adalah dari kalangan pasukan champion league, untuk musim ke-2 pula, World Cup dipilih sebagai tema. Ini bermakna pasukan-pasukan yang bertanding adalah dipilih dari pasukan yang layak ke Afrika Selatan...Di bawah adalah senarai pemain dan juga format pertandingan

SENARAI PEMAIN MENGIKUT KUMPULAN

GROUP A

Kumpulan ini dibarisi oleh naib juara seasons 1 Iqbal dan juga Bro semi finalist musim pertama. Amin yang turun sebagai underdog akan cuba memberi saingan kepada mereka berdua yang memiliki reputasi hebat digelanggang. Sukar untuk meramalkan siapa yang akan mara ke peringkat kalah mati kerana masing2 mempunyai kekuatan dan kelemahan yang seimbang..Pemain yg kurang melakukan kesilapan akan menang...peluang terbuka untuk mana2 pemain ke suku akhir

Ramalan Encik Editor SK : Iqbal dan Bro

GROUP B


Nyata ketiga-tiga pemain ini mempunyai peluang yang seimbang untuk mara lebih jauh. Jadu pemain yang sedang meningkat naik dijangka akan merencanakan sesuatu untuk layak ke suku akhir buat kali pertama dalam sejarah pembabitan beliau dalam PES2010. Disaingi oleh Zul yang dianggap pesaing terdekat Jadu juga mempunyai harapan ke suku akhir. Tidak boleh lupakan peluang hafiz yg merupakan pakar sepakan penalti. Peluang masing-masing untuk mara ke suku akhir adalah 50-50. Menanti mereka di suku akhir adalah juara dan naib juara dari kumpulan A...

Ramalam Encik Editor SK : Jadu dan Zul

GROUP C

Mengikut perkiraan di atas kertas, Daud dianggap pilihan kerana kehebatan beliau mara hingga peringkat suku akhir musim lepas. Beliau juga dirasakan mudah untuk melepasi peringkat kumpulan untuk kerana saingan daud adalah pemain2 yg gagal pada musim lalu. Namun kebangkitan Alop dan Toki sejak akhir-akhir ini sedikit sebanyak boleh menyekat daud..Kehadiran Farid yang dianggap the giant killer boleh memusnahkan impian semua pemain...

Ramalan Encik Editor SK : Daud dan Alop

GROUP D

Kumpulan maut..Dibarisi oleh juara musim pertama iaitu Haron, Saiful semi finalist musim pertama serta Park dan Hazrin yang layak hingga ke suku akhir pada musim pertama. Saiful mungkin boleh membalas dendam di atas kekalahan beliau ditangan Haron di peringkat separuh akhir musim pertama. Kekentalan dan kebolehan Park mengawal perlawanan tidak boleh dipertikaikan lagi. Hazrin juga boleh digelar pembunuh dalam senyap yang boleh menghancurkan impian pemain-pemain lain.

Ramalan Encik Editor SK : Haron dan Saiful


PERLAWANAN PERINGKAT KUMPULAN

1. Iqbal vs Bro
2. Zul vs Hafiz
3. Alop vs Daud
4. Farid vs Toki
5. Saiful vs Park
6. Haron vs Hazrin
7. Amin vs Iqbal
8. Jadu vs Zul
9. Daud vs Farid
10. Toki vs Alop
11. Haron vs Park
12. Saiful vs Hazrin
13. Bro vs Amin
14. Hafiz vs Jadu
15. Alop vs Farid
16. Daud vs Toki
17. Haron vs Saiful
18. Park vs Hazrin


PERLAWANAN PERINGKAT SUKU AKHIR

19. Juara Kumpulan A vs Naib Juara Kumpulan B
20. Juara Kumpulan C vs Naib Juara Kumpulan D
21. Juara Kumpulan B vs Naib Juara Kumpulan A
22. Juara Kumpulan D vs Naib Juara Kumpulan C


PERLAWANAN PERINGKAT SEPARUH AKHIR

23. MENANG 19 vs MENANG 20
24. MENANG 21 vs MENANG 22


PERLAWANAN TEMPAT KE-3

25. KALAH 23 vs KALAH 24


FINAL

26. MENANG 23 vs MENANG 24




Yang menganjur


Encik Editor Sembang Kongkang

1 ulasan:

  1. Semua pemain dikehendaki membayar yuran penyertaan sebanyak rm 2 sejam...

    BalasPadam