Khamis, 22 Julai 2010

Kamus Kelantan Part 2

Ini adalah pelajaran utk Kelantanesse Dictionary Tahap 2...Jadi kalau lepas doh atau kat Kelate dipanggil PASS(bukan Parti PAS)kite ke Part 2 pulok!!!

Kelantan + English?? = "Kelantalish" adalah salah silahnya Org Inggeris telah mencuri bahasa Kelate dan digunakan oleh mereka sebagai bahasa harian meraka.....

1)POZEK (deposit)
2) RIZAT (1.result 2. reserved)
3) NNEJA (manager)
4) ISTEK (estate)
5) SUWIH (switch)
6)MERKET (market), dll...

Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan menarik:
1)manis - LLETING
2)masin - PEGHAK
3)pahit - LLEPE
4)mase -PUGHIK
5)tawar-HEBER
6)putih - SUEh
7)hitam - LEGEY
8) kenye -BONYAH
9)come-LOTE
10)busuk - BANGA



Berikut adalah bahasa Bunga Bunga Berasal dari Kelateneries


Antaranya:YAK= lebih kurang "opocot!!!" atau "oops!!" DEH? = memohon restu atau persetujuan...lebih kurang "OK?", GAK = lebih kurang "habis tu.." atau "so.." PAH? = lebih kurang "GAK" HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = "ya lah.." atau "yes" DOCK? = lebih kurang "bu(kan)?", "betul tak?" atau "isn't it?"

Seperkara lagi, ada diantara perkataan dalam penggunaan biasa loghat Kelantan di anggap TABOO dalam loghat yang lain, atau sekurang-kurangnya tak manis didengar pengertiannya di dalam loghat tempat lain...

Yang popular digunakan antaranya: CEBOCK : kita maksudkan 'cedok', selalunya untuk cecair, mencedok air. Banyak tempat sebelah pantai barat membawa maksud "basuh b***k" (istinja). PPATAK : kita maksudkan 'paling bawah'. Mencarut bagi mereka... JEBUR : kita maksudkan 'botol' (kurang popular sebenarnya, tapi org tua-tua masih guna perkataan ni...) Kalau silap dengar, lain maksudnya. KOTER : kita maksudkan "kelapa tua yang kering tak berair" (ingat slogan CAWAT KOTE?) di kebanyakan tempat, ianya mencarut juga!! TTINO : kita maksudkan 'perempuan' tapi bila sebut BETINA, ramai yang marah.(begitu juga JATE...) AIR TUAK : kita minum di bulan puasa, buat berbuka!!! Bagi orang luar, TUAK adalah Haram (sama taraf dengan TODI & ARAK...)Yang fresh & manis tu dipanggil NIRA. NNATE : kadangkala "simbol" kemesraan antarakawan...cuba direct translate jadi BINATANG... Boleh bergaduh nanti... SUKU SAKAT : bagi kita,bermaksud "tidak kena mengena", bagi org KL, ia bermaksud "kaum kerabat" contradict betul!!!


Biasanya perkataan yang berakhir dengan `an','am','ang' diganti dengan `e'. cth : Jangan=jange Lengan=lenge Geran=gere, Pisang=pise Malam=male BUT NEVER NEVER & NEVER apply this formula on words like pelam(mangga) & pelan. Akhir sekali, peranan "SABDU" dalam loghat Kelantan. Begitu besar dan boleh membezakan langit dengan bumi. Sekadar contoh, Tanpa 'sabdu' orang boleh patah gigi kerana MAKAN KANTIN, sepatutnya disebut MAKE KKETENG (eating at the canteen)!!! Atau salah faham antara TAK PAKAI (not wearing) dengan TOK PPAKA (useless). Atau keliru diantara KECEK(tipu) dengan KKECEK (bercakap) so itula tutorial kite ttg bhs kelantan...i enjoy it very much..hope u too...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan