Isnin, 5 Julai 2010

Jalan – jalan di I-City

Lagu : Your Body Is Wonderland
Mood : Terang-Benderang
Medium : Lampu + Bolt + Colouful
Dah lama Sembang Kongkang tak lakukan journey jalan jalan…ini kerana kekangan kerja dan masa yg melampau menyebabkan pergerakan kami dan pergerakan gaji kami terbatas…di sini kami ingin menceritakan tempat-tempat yg kami lawati yg agak murah dan senang didapati..

Dgn berbekalkan sedikit minyak kereta,parking rm 2 dan masa yg terluang , kami cuba melawati Bandar i-city yg terletak di shah alam….mudah jek jalan nya…ikot sign board….tapi kalau En Editor kami ada signboard pun pasti akan sesat jugak kerna itu lah lumrahnya…..huhuhuh
Di sini kami dpt rasa kdg2 seperti di luar Negara seperti di negara Beijing /Rusia/Cape Town (walhal penulis tak pernah pegi pun)di mana pelbagai lampu yg menerangi jalan yg berwarna warni,sesuai utk kaum keluarga bwk anak anak di mana terdapat skrin besar utk melihat tv yg di mana jika tv di umah tak cukup besar….terdapat taman-taman yg mana lampunya berwarna warni dan berkelipan di mana dapat menguntungkan pihak TNB sepenuhnya..
Lampu-lampu yg menerangi dapat menerangi suasana malam dan dpt sedikit sebanyak mengubati hati yg duka lara….tapi yg menyedihkan, toilet dan kemudahan surau di sini tak tersedia dgn rapi menyebabkan agak susah utk melampiaskan hajat atau pun beribadat…mungkin tempat ini tak siap sepenuhnya tetapi menyukarkan pengunjung utk situasi BAHAYA….tapi sampai bila?????????
Jadi bawaklah anak anak,anak sedara,sepupu,jiran umh sebelah,mak ngah, bang chik,Pak Su Mat,En Sahak Tukang Masak ASTRO,pak long(penyanyi Selagi Ada dan pemain bola sepak Kedah), Shamsudin Lamin , Jaafar Rawas , Jalil Catering mahupun Pengetua Sekolah kuan Cheng boleh melawati tempat ini.Sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan