Rabu, 4 Julai 2012

Kumpulan Inovatif Dan Kreatif BPI 2012

Tahun ni ada 2 orang wakil ICT terlibat dengan Kumpulan Inovatif dan Kreatif BPI. Jika sebelum ni Cik Ahada (bosh ICT sekarang) dan Encik Salemi (bosh ICT yang lama) pernah terlibat dengan KIK ni. Sekarang giliran aku ngan Encik Zul plak yang akan terlibat bersama yang lain-lain demi memastikan BPI menang anugerah time Konvensyen KIK nanti(tinggi betul cita2.)


Carta Organisasi pasukan KIK BPI 2012. Kak Maheran dah pindah dari BPI kena la carik pengganti..Encik Husin nak ke join benda ni???mcmanalah nama dia bleh masuk??


Apa itu KIK???kalau ikut buku KIK 2011 ni, objektif KIK adalah

* KIK menyediakan satu platform warga KPM untuk berkarya dalam aspek inovasi dan menggalakkan pemesatan aktiviti KIK di seluruh Jabatan/Bahagain di KPM;

*Sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada pemenang-pemenang KIK atas usaha, tenaga dan masa yang diperuntukan mereka bagi menubuhkan  kumpulan KIK menghasilkan projek KIK yang boleh dimanfaatkan di KPM;

*Sebagai galakan dan dorongan kepada warga KPM supaya menubuhkan lebih banyak lagi kelompok KIK di Bahagian/Jabatan KPM untuk lebih berinovasi dan kreatif dalam pelaksanaan tugas yang berkualiti;

*Merupakan salah satu mekanisme bagi mewujudkan hubungan harmoni di antara pihak pengurusan dan pekerja;

*Memberi peluang kepada peserta dan pemerhati Konvensyen daripada pelbagai Bahagian/Jabatan/agensi KPM untuk bertemu dan bertukar-tukar fikiran mengenai inovasi bagi meningkatkan produktiviti kerja;

*Membolehkan kumpulan-kumpulan KIK baru menceburkan diri dalam akriviti KIK sambil menimba pengetahuan dari kumpulan yang berpengalaman dalam melaksanakan aktiviti KIK; dan

*Memilih kumpulan KIK yang terbaik untuk menyertai Kementerian di peringkat kebangsaan dan seterusnya ke peringkat antarabangsa.

dipetik dari Buku Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif 2011,21-23 November 2011, Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam.



-BELAJAR SESUATU YANG BARU-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan