Selasa, 17 Disember 2013

Keputusan Kejohanan Piala Kongkang Cup 2013


Jumaat lepas telah berlangsungnya Kejohanan Piala Kongkang 2013 anjuran Persatuan Bola Sepak Sembang Kongkang dengan kerjasama Biro Sukan dan Rekreasi BPI. Sebanyak 24 pemain telah mengambil bahagian dimana setiap pemain akan dibahagikan kepada 4 pasukan. Proses pembahagian pemain mengikut pasukan adalah melalui undian. 






Team A(Newcastle United) : dari kiri : Godong2,Ah Chong,Abe Din,Bro,Usop dan Kecik

Keputusan Pertandingan : Tempat Ke-4

Team B(Bolton Wanderers):dari kiri : Nizam Yennadey,Park,Lan,En.Mus,Joe,Husin

Keputusan Pertandingan : Juara

Team C(Bolton Wanderers) : dari kiri : Zul,Mat Kedah,Timi,Syukri,Haziq

Keputusan Pertandingan : Naib Juara

Team D(Sunderland):dari kiri : Toki,Amin,Abe Shuk,Shauqi,Fawaz,Khai

Keputusan Pertandingan : Tempat Ke-3

Pertandingan ini mendapat penajaan dari Badan Kebajikan disamping dari sumbangan Tuan Presiden sembang kongkang sendiri dan tidak lupa juga sumbangan dari bekas Presiden sembang kongkang.

Ustaz Shamsul, Ketua Biro Sukan dan Rekreasi Badan Kebajikan dengan berbesar hati merasmikan pertandingan ini. 

Peertandingan ini dijalankan secara round robin liga 1 pusingan dimana pasukan yang menduduki tempat pertama dan kedua liga akan layak beraksi di perlawanan akhir manakala pasukan yang menduduki tempat ke-3 dan ke-4 liga layak ke perlawanan penentuan tempat ke-3 dan ke-4...

KEPUTUSAN PERLAWANAN

Peringkat Kumpulan
 Newcastle United vs Bolton Wanderers (1-5)
Everton vs Sunderland (4-3)

Newcastle United vs Everton (1-4)
Sunderland vs Bolton Wanderers (0-2)

Sunderland vs Newcastle United (3-3)
Bolton Wanderers vs Everton (7-1)

Penentuan Tempat Ke-3 dan Ke-4

Sunderland vs Newcastle United (2-1)

FINAL

Bolton Wanderers vs Everton (7-1)

 Lan dinobat sebagai penjaga gol terbaik pertandingan

Ustaz Zulfakor pada awalnya mahu menyertai pertandingan ini, tetapi belum masuk lagi court beliau dah cedera....Nak buat macamana tak de rezeki...

 Abe din paling sporting...Walaupun demam beliau sanggup turun ke court memeriahkan majlis. Bertindak sebagai penjaga gol pada perlawanan terakhir, beliau berjaya menunjukkan aksi terpuji sehingga ramai yang mengatakan abe din boleh bersaing merebut posisi penjaga gol no.1 BPI




 Hadiah disampaikan oleh Ustaz Shamsul. Semua pemain dapat cenderamata. Kalah atau menang kita semua sama je...Harga medal sama je, yang beza kaler...hahahaha

 Key player pasukan masing-masing..Timi untuk team C dan Joe untuk team B

 Abe shuk dan Mat Kedah berbincang untuk satu team tahun depan

Tahniah kepada semua kerana menyokong Kongkang Cup untuk musim 2013

Kamilah Juara.....




-MANAGER KEMUT HASSAN DAH ADA PLAN UNTUK TAHUN 2014-

2 ulasan: