Sabtu, 15 Februari 2020

Kongkangrean Dah Bangun


MANTUL....Permulaan tahun 2020 yang sangat mengujakan. Setelah hampir 5 tahun SKFC mandul untuk menang akhirnya dengan pelbagai usaha dilakukan pasukan SKFC berjaya jugak memusnahkan badi tak pernah menang dlam friendly.



 Barisan pemain SKFC. Kita juga seperti FAM menggunakan beberapa pemain naturalisasi untuk bermain dengan pasukan SKFC.

 Barisan team SKFC dan team lawan bergambar kenang-kenangan. 

Khai dambaan penjaring gol ke-4 dan Jo labu 2x assist merupakan tonggak penting dan jugak tonggak 12 pasukan SKFC. Kedua pemain mula bermain bersama SKFC sejak 2012 lagi.

Macam biasa tektik turun-temurun..bincang tektik

Penguasaan barisan tengah SKFC berjaya menggagalkan usaha pasukan lawan untuk masuk ke kawasan kita. Kualiti serangan dan counter attack yang baik menjadi punca kemenangan besar ini.

 Bahagian back 4 SKFC juga berjaya menjalankan tugas dengan baik. Banyak cubaan through pass pasukan lawan berjaya dipatahkan. Penguasaan bola diudara juga milik pasukan SKFC. Secara total penguasaan bola lebih kepada SKFC. 6 gol tanpa bolos menjadi bukti kekuatan barisan pemain SKFC untuk friendly kalini berjaya menjalankan tugas dengan baik.

kita menggunakan 2 set keeper dalam aksi ini dan kedua-duanya berjaya memberikan persembahan yang baik.


-JERSEY SPORTSREVO DALAM PERHATIAN-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan