Selasa, 12 Mei 2009

ILMU IT-mengecilkan foto supaya mudah dikongsi

Foto-foto digital yang beresolusi tinggi, biasanya boleh menghasilkan cetakan yang jelas dan bermutu. Bagaimanapun, saiz fail serta dimensinya yang besar mungkin menyulitkan anda untuk berkongsi misalnya menerusi e-mel atau blog. Oleh itu, anda boleh mengecilkannya dengan bantuan perisian Shrink Pic 1.8.0

INFO PERISIAN

Nama: Shrink Pic 1.7
Pembangun: OnTheGoSoft
Lesen: Percuma(Freeware)
Saiz: 1.0 MB
Sistem: Operasi Windows 2000, XP, 2003 & Vista
Tapak Web: http://www.onthegosoft.com/shrink_pic.htm
Sumber lain: http://www.softpedia.com


CARA PENGGUNAAN


Langkah 1 : Muat turun (download) perisian di tapak pemajunya di http://onthegosoft.com/shrink_pic.htm. Anda juga boleh menjumpainya di tapak web penyedia beraneka




Isnin, 11 Mei 2009

virus trojan

Trojan juga termasuk dalam kategori program komputer yang merosakkan. Ia merupakan program yang sering mengelirukan pengguna dengan mendakwa boleh melakukan sesuatu (seperti membaiki kelemahan program komputer) tetapi akan melakukan sebaliknya.

Program Trojan yang dikenali sebagai Trojan horses itu kadang kala akan memadamkan seluruh cakera keras komputer anda jika ia telah dipasang.

Bagaimanapun, program ini tidak boleh menyalinkan dirinya sendiri untuk menjangkiti komputer.

Trojan jenis back door pula akan berada dalam komputer anda dan 'membuka pintu' kepada virus atau pengguna komputer di luar mengakses sistem komputer anda.

Melindungi dari virus adalah menjadi tanggungjawab kepada semua pengguna komputer kerana ia sebenarnya boleh dihindari jika semua pengguna menggunakan komputer mereka dengan bijak.

Perkara paling penting perlu dilakukan oleh pengguna komputer ialah menyimpan salinan semua data-data atau fail penting dalam komputer bagi menggelakkan ia hilang jika berlaku masalah akibat serangan virus.

Pengguna juga perlu sentiasa memastikan perisian komputer sentiasa dikemaskini seperti perisian Windows atau Internet Explorer yang boleh dikemaskini di laman web Windows Update.

Selain itu, pastikan juga perisian anti-virus seperti perisian Trend, Norton, Symantec dan sebagainya telah dipasang kepada komputer anda dengan sentiasa dikemaskini versi pattern dan enjinnya melalui laman-laman web syarikat perisian tersebut.

Anda juga perlu mengelakkan diri dari menggunakan disket pada komputer yang tidak diketahui statusnya, mengunjungi laman web yang tidak berfaedah, memindah-terima (download) program atau perisian dari laman web yang tidak dipasti syarikatnya bagi menggelakkan komputer mudah dijangkiti.

Bagi menggelakkan virus dari e-mel pula, jangan sesekali membuka e-mel yang kelihatan mencurigakan walaupun ia datangnya dari alamat e-mel rakan anda kerana kemungkinan besar itu dihantar dengan sendiri oleh virus dan bukannya rakan anda.

Ahad, 10 Mei 2009

dari putrajaya ke bachok

Jadik jugak cc azmi pindah. Pejam celik, pejam celik dah setahun lebih cc kat bpi. Kenangan bersama cc tak dapat kami lupakan. Gelaran ketua gangster kitaorg bagi kat cc sbb kemana je dia pegi mesti ada yg backup. G jalil ada yang backup, g bawah pokok ada yg backup, g bsn ngan maybank(masuk duit bini) pun ada org backup...Panjang kata kemana je cc nak pegi msti ada bodyguard.....Dah muka pun mcm gangster tp gangster taik kucin....ha3....

gengster 306....bangzai....

lamoooo x jumpooo ustak....semakkkk hari niiii......

makan kuat dia ni.......

CC ni bab2 mengayat awek memang nombor 1..Bleh tahan org tua ni..Entah ayat ape tah dia pakai sampai awek(awek yang seng) bleh lentok dgn pujuk rayu dia...Klu aku jadi awek mampus tak layan org tua ni....Ingat lagi masa aku dgn alop jadi peneman cc jump kekasih gelap dia....Bila kitaorg jmpa kekasih gelap cc, terkejot kongkang kitaorg....Pehh cikgu sabk umur 24TAHUN tuuuu.....muda bergetah siotttt...masa tu aku rasa minyak dagu yg cc pakai msti import dari zimbabwe sana....cinta sakan tu org tua niiii....sampi ada hasrat nak jadi bini nombor ****.......ha3...Tapi tu dulu masa suka...skrang diaorg gaduh besar.....ha3...mcm2 la org tua ni...Dah tua pun nak bercinta lagi...klu ada 150 lagi org mcm ni alamat bungkus la org2 mcm aku....

mata kuyu je.....almaklumla bini jauh....

macam baby........

2 org ni x bleh jumpa asal jmpa nak gadoh.....

Lepas ni opis mesti sunyi...gaya cakap cc yang bleh buat suasana opis jadi meriah kata org bleh buat org ketawa ditambah loghat kelantan dia yg pekat tu lagila buat opis happening mcm funfair....Anak2 dara kat blakang tu abis suma dia kacau(gurau-gurau je).....Jgn risau la lepas ni cc x kacau korang lagi la......Jeritan "BUUUUU!!!!"(bila cc panggil bulah) dgn "PUUUUU!!!!"(bila cc panggil saiful) dah x kedengaran lagi lps ni.....hanya tinggal kenangan...

PUUUUUUUU!!!!!


sahabattt....teh sarbatttt.....

10 org tarik tapi mcm 9 org je......

pemain paling veteren dlm team

Walaupun segile mana pun cc..banyak gak dia bagi nasihat yg berguna buat kami ni hah budak2 baru.....seorang cc yg sporting gilerrr....susah nak cari org mcm ni......klu korang nak tau, dia syg sgt kat bulah aku pun tak tau kenape...belikan baju, bagi pinjam kete seminggu...entah2 nak jadi bapak mertua kot....ape2 ajelah....ha3....nnti bila pindah kat smt bachok jgn lupa kitaorg plak.....ape2 pun cc keep in touch k......ha3

Ahad, 3 Mei 2009

SYARAT DAN RUKUN SEMBAHYANG

RUKUN SOLAT/SEMBAHYANG
Assalamualaikum....
dah sembahyang ke smua??tadi sembahyang kusyuk tak? slalunya orang mengambil enteng bab sembahyang ini..dari segi wuduk,syarat dan rukun..ramai yang tertukar yang mana rukun, yang mane sunat ab ad, yang mana sunat hai'ah,yang mana rukun sembahyang...di samping kite membaca ini kita dpt mengingatkan diri kita sendiri dan orang lain.....sama sama lah kite menyempurnakan solat kita semuga solat kita diterima Allah.....

Syarat dan Rukun Sembahyang
Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-
  • 1. Orang Islam.
  • 2. Menghadap arah Kiblat
  • 3. Suci dari Haidh, Nifas dan Junub.
  • 4. Akil baligh
  • 5. Berakal.
  • 6. Melihat atau mendengar.
  • 7. Jaga (tidak tidur)
  • 8. Sudah masuk waktu sembahyang.

Syarat Sah Sembahyang
Syarat-syarat sah sembahyang ialah:-
  • 1. Sesudah masuk waktu sembahyang.
  • 2. Menghadap ke arah Kiblat.
  • 3. Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
  • 4. Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.
  • 5. Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.

Rukun Sembahyang
Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
  • 1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
  • 2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
  • 3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
  • 4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.
  • 5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
  • 6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
  • 7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
  • 8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
  • 9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
  • 10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
  • 11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
  • 12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
  • 13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.

Perkara Yang Membatalkan Sembahyang
Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:-
  • 1. Batal Wuduk.
  • 2. Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).
  • 3. Terbuka Aurat.
  • 4. Melangkah, tiga langkah berturut-turut.
  • 5. Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.
  • 6. Tertawa Terbahak-bahak.
  • 7. Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.
  • 8. Berubah Niat.
  • 9. Mendahulu Imam sampai dua rukun.
  • 10. Meninggalkan rukun Sembahyang.
(*THUMAKNINAH - berhenti seketika dalam waktu lebih lama).