Rabu, 22 September 2010

Lagi-lagi….. Kueh, lemang, ketupat…

Cuba bayangkan @ teringatkan balik mase ghaye ari tu, atau setahun sudah, atau dua tahun lalu, atau tahun-tahun berikutnya (kiraan ke belakang)…

First ghaye for sure-lah KETUPAT@NASI IMPIT & LEMANG, makan plak dengan Kuah Kacang, Rendang, Kari & sebagainya. Tak kiralah Pagi ghaye, lepas sembahyang ghaye, mase berghaye, tengah berghaye, dan selepas berghaye… Erm.. Sebelum Sembahyang Jumaat, selepas Sembahyang Jumaat, Pagi-Petang-Siang-Malam… tak kira lah umah sendiri ke, umah serade ke, umah jiran ke atau umah orang ke…. Raya Pertama, Raya kedua, Raya-raya berikut nya.. Aduyai… kempunan giler nak makan nasi…

Petang hari Raya Kedua, peng-edit try tanye nenek kesayangan,
.. Apsal dari semalam langsung tak masak nasi?
Aduyai!!! Boleh Kene sound plak…
‘slagi makanan nie tak abis, slagi tu tak buleh masak nasi..!!!’

so, baru lah faham, ketupat dan lemang pun dari perkara yang sama, iaitu beras. So kalau tak abiskan nanti cepat basi, peti ais kat umah pun bukan nyer muat dah nak sumbat.. nak panaskan pun bukan nyer buleh masuk Rice Cooker, so kenalah makan.. klu bab datang ‘open house’ umah orang , tak pun umah sendiri.... lagilah.. tak payah chite, dah macam bukak bazaar, lontong, roti jala, soto, bihun soap,& sebagai nyer…

Itu baru bab makanan, belum air kosong/air suam@ air jarang(bahase jowo).. dah tiap kali berghaye manjang hiding air manis, nak-nak berkhabonat.. Alasan, takut jatuh standard, tetamu datang hiding air bujang jer…malulah kan..
Erm.. last-last, petang ghaye ke-dua, peng-edit terlantar kat umah… selsema, deman, badan seram sejuk, tekak kering jer… tangan dah kat kepale, tisu straight sumbat kat hidung, dah tak larat nak buang lendir 5 minit-skali…

So, kite pun tak boleh nak salahkan rakyat Malaysia, memang itu pun yang sepatutnye kene hidang, baru nampak meriah. Tapi nak buat macam mana, anak tekak peng-edit ini
ke-melayu-an sangat, gedik kalu tak makan nasi sehari, tak buleh hidup.. hehehehe..
Erm.. lagi 1 story mase masuk opiz ghaye ke-5, ingatlah tringin nak makan nasi lemak, yelah pose sebulan mane penah sarapan kat kedai.. abis satu putrajaya cari naek viva pinjam, boleh dorang kate
‘dik, nasi lemak abis… ‘ ….berbulu jer…!!!
Termasuklah kedai mamak yang buat nasi lemak macam nasi kosong jer, tak rase ape…
‘aney, nasik lemak sudah abis, kasi order itu rotilah aney…’

Erm.. YELAH mamak..!!!!

Pre Season Kongkang Cup X5 - Liga Tertutup

Kongkang Cup datang lagi..tapi pada awalnya adalah musim Pre Season sebelum tiba Season baru...di sini Liga Tertutup ini adalah juga bertujuan utk latihan dan friendly team Sembang Kongkang FC dgn team - team dari luar...dan dpt mengaktifkan kembali aktiviti futsal kami


Di samping itu,setelah berkilo-kilo kalori,kolesterol,lemak,minyak,hingak-bingak yg ditelan pada musim raya oleh itu jomlah kita kembali bersukan utk mendapat berat badan ideal yg diperoleh setelah sebulan berpuasa...jadi marilah kita mengerjakannya.......Jom Bersukan dan singkirkan lemak2 lebihan di perut masing masing (terutamanya Park si Serangga Pilihan)


Selasa, 21 September 2010

RUMAH TERBUKA BRADER 2010 PULAK

RUMAH TERBUKA BRADER DATANG LAGI


Sukacita dimaklumkan Brader(Muhammad Firdaus) menjemput semua team sembang kongkang dan warga BPI ke rumah terbuka beliau pada tarikh seperti berikut:

TARIKH : 25 September 2010...sabtu kliwoon
MASA: 8:00 MLM - 12:00 T/MLM
ALAMAT: BLK D-9-22,FLAT DANAU KOTA,53300 SETAPAK..lepas tu bleh shoping UPTOWN
NO TEL : 012-9237103 (FIRDAUS)..




klu sesat bleh call brader Turut mengundang seisi keluarga. Oleh itu diharap sudilah kiranya hadir bagi memeriahkan majlis rumah terbuka tersebut. Terima kasih
Semua dijemput hadir. Masuk percuma

Selasa, 7 September 2010

Raya Raya Raya Hari Hari Hari Rayaaaaaaaaaaaaa




Selamat hari Raya buat semua pembaca dan peminat di seluruh pelusuk bumi ini....Sambutlah Syawal dgn gumbira bersama org tersayana...bagi yg tak dpt balik kampung tu,berayalah dgn bangla dan indon2 di KL tuh....Hari Raya di Kuala Lumpur la jwbnye...huhuhu....

Di Kesempatan ini,pihak Sembang Kongkang ingin memohon maaf dan ribuan ampun kami susun sepuluh jari tangan dan jari kaki kami.........mohon maaf antara sedar dan tidak kerna kami ini manusia biasa tak lari dari melakukan kesilapan........Sama samalah kita bermaafan..Jgn Main mercun dan Pandulah dgn Selamat.........
Selamat Hari Raya....

Iklust,
Sembang Kongkang Production (SKP)