Carta Organisasi pasukan KIK BPI 2012. Kak Maheran dah pindah dari BPI kena la carik pengganti..Encik Husin nak ke join benda ni???mcmanalah nama dia bleh masuk??
Rabu, 4 Julai 2012
Kumpulan Inovatif Dan Kreatif BPI 2012
at
Rabu, Julai 04, 2012
DiSembangkan oleh
SembangKongkang
Tahun ni ada 2 orang wakil ICT terlibat dengan Kumpulan Inovatif dan Kreatif BPI. Jika sebelum ni Cik Ahada (bosh ICT sekarang) dan Encik Salemi (bosh ICT yang lama) pernah terlibat dengan KIK ni. Sekarang giliran aku ngan Encik Zul plak yang akan terlibat bersama yang lain-lain demi memastikan BPI menang anugerah time Konvensyen KIK nanti(tinggi betul cita2.)
Karnival Futsal Mesca 2012
at
Rabu, Julai 04, 2012
DiSembangkan oleh
SembangKongkang
YBhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
KARNIVAL FUTSAL BULAN KECERGASAN KPM-MESCA 2012
Sukacita dimaklumkan bahawa karnival futsal tersebut akan dilangsungkan pada ketetapan berikut:
Tarikh : 7 Julai 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00 hingga 5.00 petang
Tempat : Tonga de Futsal, Seri Kembangan Selangor.
Kategori : Lelaki dan Wanita
Maklumat lanjut sila layari laman web Bahagian Sukan.
Sehubungan dengan itu, mesyuarat pengurus pasukan akan dijalankan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 5 Julai 2012 (Khamis)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama Aras 7, Blok E13 Bahagian Sukan KPM.
Semua pengurus pasukan dipohon hadir untuk pengesahan penyertaan pasukan masing-masing.
Sebarang pertanyaan sila hubungi En.Halim bin Saad ditalian 03-88841012/012-2402960 atau email kepada halim.saad@moe.gov.my
HALIM BIN SAAD
Penolong Pengarah
Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1&7, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
Tel:+60388841012 Fax:+60388841034/1041 H/P:+60122402960
-PENYERTAAN BPI AKU DAH SETTLEKAN BESOK AKU PI METING UNTUK UNDIAN-
Selasa, 3 Julai 2012
Terima Kasih Semua
at
Selasa, Julai 03, 2012
DiSembangkan oleh
SembangKongkang
Terima kasih kepada semua PSH(Pekerja Sambilan Harian) yang telah menamatkan kontrak mereka semalam. Terima kasih kepada semua yang banyak membantu melicinkan lagi pengurusan BPI. Kami doakan kamu semua berjaya diluar sana. Banyak yang dipelajari selama beberapa bulan di BPI dan rata-rata mengatakan berada di BPI adalah pengalaman yang terbaik sekali...Peace
Ahad, 1 Julai 2012
Putrajaya Floria 2012
at
Ahad, Julai 01, 2012
DiSembangkan oleh
SembangKongkang
Festival bunga dan taman Putrajaya 2012 dari 30 Jun 2012 hingga 8 Julai 2012. Tema tahun ni adalah Bunga Kertas Tetap Menawan. Selain dari pameran pelbagai jenis bunga dan tumbuh-tumbuhan, festival ini jugak menampilkan pelbagai aktiviti yang menarik antaranya pertandingan fotografi, pertandingan melukis, persembahan muzik tradisional, ada live band, pertunjukan bunga api dan lain-lain. Selain itu, ada jugak jualan pokok2 bunga seperti bunga kertas, orkid, pokok buah-buahan, baja dan lain-lain..So sape2 tak pegi lagi bleh la pegi, bawak la kamera korang untuk pukul gambar...
Pintu masuk
Peta Festival Floria
Langgan:
Catatan (Atom)


