Isnin, 30 Mac 2009

kenali kongkang..........


Kongkang ialah sejenis binatang nokturnal yang bergerak perlahan. Ia mempunyai ekor pendek, telinga yang ketara, mata yang besar dan bulu yang lembut. Ia juga merupakan binatang arboreal dan makanan utamanya terdiri daripada binatang-binatang kecil, terutama serangga dan buah-buahan lembik. Kongkang selalunya terdapat dihutan peringkat kedua, kebun dan ladang koko.


Ancaman utama kepada binatang ini ialah kemusnahan tempat habitat dan pemburuan. Binatang ini juga tersenarai dalam senarai binatang-binatang yang dilindungi di bawah 0rdinan Pemeliharaan Fauna 1963.

Kongkang adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Mamalia.



Kenapa sembang kongkang??

Menurut cerita orang dulu-dulu. Kongkang adalah dikalangan spesis monyet yang paling nyaring bunyi suara dia. Paling best skali antara monyet2 yang ada. Bila berbunyi suaranya mirip Dafi AF. Sehingga apabila kongkang berbunyi semua orang kenal itu adalah suara kongkang. Oleh itu, kitaorang letak la nama sembang kongkang supaya suara kami, luahan rasa kami dalam blog ni dikenali ramai……ha3..sembangkongkang

7 ulasan:

  1. sembang kongkangla korang.......!!!!

    BalasPadam
  2. kang masMac 30, 2009

    korang ni species kongkang yang mana? kalau kat madagascar dipanggil lemur

    BalasPadam
  3. mana cerita KBD ni tak sabar tunggu ni

    BalasPadam
  4. Tanpa NamaOgos 16, 2014

    kongkang ni brbisa tak ??? die mkn ape ????

    BalasPadam
  5. Lesen untuk membela kongkang berape ringgit?

    BalasPadam
  6. Haiwan ni berbisa x?

    BalasPadam
  7. Haiwan ni berbisa x?

    BalasPadam