Sabtu, 18 April 2009

juara dalam pembikinan.......

Hari ni buat julung2 kali team sembangkongkang mencipta sejarah layak secara automatik ke Kejohanan Bowling Tertutup Mesca 2009. BPI diwakili 4 orang iaitu Alop, saiful dgn amin sorang lagi pegawai iaitu Ustaz Nahwiuddin(bukan team sembangkongkang). Tapi yang buat aku bangga, 3 orang tu bai budak2 sembangkongkang layak mewakili BPI. Nak layak ingat senang ke...kena g selection dulu bai. Kitaorg x main la rasuah2. Kitaorg ada maruah tau. Lawan dulu pegawai2 lain. Menang kalah tu adat r..Tapi dgn berkat kesabaran akhirnya kami berjaya sampai ke kejohanan tersebut dgn jayanya.(mcm menghadiri kursus induksi dgn jayanya)...ha3

Lane 12 menjadi saksi lahirnya juara dalam pembikinan

Barisan pemain bowling BPI

Ni la manager kami....comel x???

Ustaz Nawi menyesal tinggalkan kursus haji semata-mata nak main bowling...

buat senaman muka dulu sblum balingan


Sebanyak 36 team lelaki bertanding. Team BPI diletakkan dalam Blok 1 . Blok 1 ada 26 team bermain pada sesi pagi. 10 lagi team bermain pada blok 2 iaitu pada sesi petang. Setiap pemain perlu menghabiskan 4 game. Setelah itu, jumlah markah setiap pemain dalam pasukan itu akan dicampur dan markah untuk mendapatkan markah berpasukan.

Sasaran kitaorg adalah layak diantara 24 terbaik(individu) untuk membolehkan kami menjejakkan kaki ke singapore(tapi angan2 je la). Bila dengar je nama BPI diumumkan oleh Encik Norhanim(pegawai mesca) perasaan kami seperti berada di Sukan Olimpik yg dikelilingi jutaan peminat diseluruh dunia.

Pada game pertama permulaan yang memberangsangkan. Alop menjadi peserta terbaik BPI untuk game 1. Namun apabila masuk game ke-2 moral kami terus down...Sebabnya sumber inspirasi kami dah balik..hu3....Tapi masuk game ke-3 prestasi kami meningkat dengan mendadak mungkin pasukan sebelah dengan berbesar hati mengsponser kuih karipap kpd kami........



alop masih risaukan bisul dia.. Takut2 bola bowling hempap bisul dia

Ni la sumber inspirasi kami....bila dia balik semuanya hancur......

Teknik balingan separuh sedar yg saiful blaja dari sifu kunfu mabuk

Teknik balingan tanpa bayang yg sempat ustz nawi belajar dari tauke kedai henpon dpn pusat bowling ni

Satu-satunya kipas susah mati(die hard fan)...Kemana sahaja kami pergi mesti ada muka beliau.....

Setelah selesai 2 game inilah keputusan yang kitaorg perolehi. Alop kedudukan 41/100, amin kedudukan 81/100, saiful kedudukan 88/100, ustz nahwi 99/100...Untuk berpasukan pulak kedudukan kami ialah 24/26 pasukan dengan jumlah jatuhan 847.

Setelah selesai keempat-empat game, kami berjaya memperbaiki kedudukan dalam berpasukan iaitu berkedudukan 22/26 pasukan bertanding dgn jatuhan pin terkumpul 1658. Tapi masih belum campur dengan pasukan dari blok 2. Mungkin kedudukan BPI adalah antara 30-36. Pecahan mengikut game :

Game 1 : 441
Game 2 : 406
Game 3 : 458
Game 4 : 353

Pencapaian yang agak memuaskan jugak la. Sebab kami pun masih bayi lagi dalam sukan bowling ni. So untuk memperolehi keputusan superb kami perlukan masa dan sokongan dari plbagai pihak.....cewahhh mcm ayat atlit negara plak....

Walaupun x dapat keputusan yg baik, kami berjaya mendapat pengalaman yg berguna....Dgn pngalaman ni kami cuba perbaiki kesilapan dan meningkatkan skill balingan supaya setanding dgn pasukan-pasukan lain...So inilah dia juara dalam pembikinan...yg perlu dibentuk dulu,perlu diasah supaya menghasilkan juara dimasa yg akan datang...akhir kata dari sy hasbullah awang "majulah sukan untuk BPI"........sekian

piala anganku musnah

melihat dari prestasi kami yg cukup2 makan, manager kami bersetuju menghantr kami ke zimbabwe berguru dgn sifu bowling disana.............hu3


8 ulasan:

  1. nape tak ajak ak?? kalu tak ak dah menangkan BPI dah..dah ke singapore da kita..ak baling pakai misai aje dah strike..

    BalasPadam
  2. comel la manger korang tu..ayu, sweet n the most important, she look like model la..manger korang tu pernah masuk agensi Janice Modelling ke??lawa la

    BalasPadam
  3. semalu mmg nak kn belasah!!!aper babitkn Janice...kan janice tampaq sebijik mcm Dominique aritu baru tau...haha...Dah la semalu, jgn nak malu kan cik shima kat blog nie...

    BalasPadam
  4. bukan nk malukan la...
    cik syima ni mudah sgt marah..nati cpat tua..nak???
    ckit2 marah je...ini pujian ikhlas la
    bukannye cobaannnn :)

    BalasPadam
  5. Tanpa NamaApril 20, 2009

    ehem2...tumpang lalu...

    BalasPadam
  6. sapa yg comment erk......
    mau tnyer nie,,,,

    BalasPadam
  7. apa jadi kalau guna mesin taip taip sembangkongkang. lihat link kat bawah

    http://sembangkongkang.blogpsot.com/

    BalasPadam
  8. Tanpa NamaApril 25, 2009

    saya yang komen...membe cik shima....cube tny cik shima...dier yang soh tgk blog ni..

    BalasPadam