Jumaat, 10 April 2009

menyusahkan je....

Malam ni aku nak cerita sikit tentang sikap profesional dikalangan student2 universiti. Sebab hari ni aku betul-betul menyirap bandung dengan segelintir makhluk yg kononnya bergelar mahasiswa yg berotak geliga yang bijak pandai yang kononnya serba serbi hebat tapi sebenarnya mentaliti diaorang mengalahkan budak sekolah.

Nak dijadikan cerita minggu lepas kami dapat la info dari memba kami yang mengatakan ada team dari satu universiti ni ajak lawan bola. Diaorang cakap padang, pengadil semua dah ada. So kita tinggal datang main je. Kami pun buat la persediaan sebab ni la first time kami main bola padang sebab sebelum ni banyak main futsal je. Secara tak langsung dengan friendly ni kami dapatla buat persediaan untuk tournement yang akan datang.

Yang tak de but, mulalah mencari but. Ada yang beli, ada jugak yang pinjam. Ini semua kami buat sebab semangat kesukanan yang tinggi. Semangat cintakan bola sepak. Kami nak klu bleh pasukan kami boleh bersaing dalam pertandingan tu nanti. Bukan sekadar m lagielengkapkan penyertaan. Walaupun impian dan cita-cita kami orang cakap macam omong kosong, macam mustahil untuk terjadi tapi pada kami biarlah ape orang nak kata, yang penting kami berjuang sebelum mengalah. Jadi kerana itulah kami sahut cabaran mereka kerana kami mahu mencari keserasian diantara kami.

Nak dipendekkan cerita, untuk bola padang kami memerlukan ramai player. Siapa yang boleh main, kami ajak main. Siap panggil import lagi. Satu ofis kami dah canang. Tup Tap, 20 orang dapat dikumpul. Dan memba kami pun call la budak u ni nak confirmkan tarikh dgn waktu. Ok, kami tetapkan petang tapi budak u tu cakap yang ptg x dpt main sbb padang penuh, Ok fine kita main pagi.Kami pun setuju..

Petang sehari sebelum main,kami bincang taktik. Sebelum balik aku confirmkan sekali lagi kat semua player2 ni. Lepas dah settle keje aku, aku pun balik la umah. Ingat aku x de life ke. Tengah sedap lepak2 tengok tv sambil makan nuget yang aku beli kat ofis tiba2 aku dapat call."Hello"...."Helo,wei bola esok x jadi".....tersentap jantung aku.....

Aku tak puas hati, aku gerak g ofis tnya memba yang deal dgn budak universiti ni. Dia cakap nasib baik dia tergerak nak call tanya, klu tak mesti sampai universiti tu kita tak tahu yang game tu cancel. Masa tu menyirap bandungnya darah aku. Rasa macam nak titik je mulut budak tu dgn cili. Persoalannya sekarang, mana sikap tanggungjwab budak tu??Langsung tak profesional, Klu tak jadi sekalipun, bagitau la awal2...Ini tidak dah malam buta orang nak tido baru bagitau. Itu pun lepas memba kami tergerak nak talipon dia. Klu memba kami tak talipon, kami terus g sana?mesti macam orang bodoh je kami kat sana...Student universiti ape mcm tu??x profesional langsung.Lecturer dia x ajar sikap profesionalisme ke??Nak cancel x salah tapi bukan last minute..Ni dah menyusahkan orang.

Ada yang sanggup batalkan program semata-mata nak main bola. Alih2 cancel. Bila dah jadi macam ni, mcm mana nak bagitau player2 lain yang game cancel. Yang dapat contact aku contact la bgtau cancel. Macamana pulak yang x dapat contact? pastu umah dia jauh. Bila dia datang esok alih2 tak jadi. Kan menyusahkan orang tu..bodoh betul la budak u ni..Nama je budak universiti tapi mentaliti rendah macam budak sekolah rendah. Memang sikap profesionalisme x de kat budak ni. Bengap mentega betul budak ni. Mental sekolah rendah. kpd sape2 la kat luar sana,ingat sikap profesionalisme sgt2 la penting...Jangan sampai buat kemarahan orang lain. Nnti sendiri akan menyesal. Nasib baik student universitit tu jauh. Kalau tak..........mesti dah.......korang pikir la sendiri.

2 ulasan:

  1. jgn kaitkan pasal budak 'u'..aku dulu pun blajar kat 'u' jgk...aku blajar kat u turn ...

    BalasPadam
  2. budak kolejApril 13, 2009

    sebab sekor budak 'u' ni abis semua budak 'u' kena cop sama....haprak sungguh bebudak 'u' tu semua...nasib aku budak 'k'...tak terpalit sama

    BalasPadam