Ahad, 13 Februari 2011

Karnival Anak Muda

Sabtu lepas secara rasminya pasukan Sembang Kongkang menggunakan jersey baru setelah sekian lama sembang kongkang dengan jersey oren. Pertandingan futsal rakyat ini diadakan sempena karnival anak muda yang dijalankan di cyberjaya. Sebanyak 32 pasukan mengambil bahagian dimana terbahagi kepada 8 kumpulan. Setiap kumpulan mengandungi 3 pasukan. 24 pasukan akan beraksi pada peringkat kumpulan,manakala 8 lagi pasukan diundi secara automatik layak ke pusingan kedua peringkat kalah mati. Juara setiap kumpulan akan beraksi pada pusingan ke-2 untuk bersaing dengan 8 lagi pasukan yg layak secara automatik ke pusingan ke-2.
Banner pertandingan

Memperagakan jersey baru

Pasukan Sembang Kongkang diundi dalam kumpulan B bersama-sama dengan pasukan Kuka FC dan juga United Shark 2. Perlawanan pertama pasukan Sembang kongkang FC adalah bertemu dengan pasukan Kuka FC. Agak mengecewakan, walaupun turun dengan jersey baru, pasukan Sembang Kongkang FC kalah pada perlawanan pertama dengan keputusan 3-1. Namun pujian harus diberikan kepada semua pemain kerana menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun tewas mudah.

bakal president baru. Di jangka bertanding untuk merebut kerusi president sembang kongkang untuk penggal baru

sebelum pertandingan haron sebagai kapten pasukan diinterview oleh pihak penganjur

bilik persalinan pemain...kat tepi court je

keeper ke-2 sembang kongkang fc

brader berjaya menangkis serangan dari pemain Kuka FC

bertemu dengan pasukan United Shark 2

Pasukan Sembang kongkang meneruskan perlawanan kedua sekadar melengkapkan jadual sahaja disebabkan pasukan Kuka FC telah melayakkan diri ke pusingan kedua lebih awal kerana mereka berjaya mengalahkan pasukan United Shark 2 pd perlawanan ke-2 mereka. Walaupun gagal layak tapi kami mahu menamatkan saingan ini dengan kedudukan yang baik. Pada perlawanan dengan United Shark 2, pasukan Sembang Kongkang berjaya menewaskan mereka dengan keputusan 1-0. Dengan keputusan ini bermakna pasukan Sembang kongkang berjaya menamatkan saingan di tempat ke-2 liga tetapi tetap gagal mara ke pusingan ke-2 kerana hanya juara sahaja yang layak untuk ke peringkat seterusnya.

jadual liga. Sembang Kongkang ada kat group B

piala yang menjadi rebutan pasukan yang bertanding

bergambar kenangan dengan penganjur


KEPUTUSAN PENUH

SEMBANG KONGKANG FC vs KUKA FC 1-3
SEMBANG KONGKANG FC vs UNITED SHARK 2 1-0

Secara keseluruhannya, persembahan pasukan sembang kongkang kali ini agak memuaskan mungkin sebab jersey baru kot...jersey malaysia pulak tu..semangat tu jadik semangat harimau malaya...hahahahahahaha...so kita tunggu je la tournament yang akan datang...dengar2 cerita dari agen pencari tournament kami, game seterusnya maybe kat kuala lumpur. Tapi tarikh dan tempat tak confirm lagi...so tunggu je la, byk2 la buat latihan......adios

ANTARA FAKTA MENARIK

* Menurut penganjur, pasukan sembang kongkang adalah pasukan pertama yang mendaftar untuk menyertai kejohanan ini.

*Alop diserang penyakit sakit perut yang amat dasyat. Sebelum pertandingan ini dijalankan beliau dah buang dulu tapi masa game sembang kongkang nak start, dia mengadu sakit lagi tapi terpaksa ku tahan jebat.

*Kali pertama sembang kongkang tak bawak bola sendiri ke pertandingan futsal ini disebabkan trauma takut bola ilang sekali lagi.

*Ada jugak supporter menyokong kami dek kerana jersey yang kami pakai...Dorang tak jerit "sembang kongkang boleh!!!" tapi jerit "malaysia boleh!!".

*Kali pertama ustaz rozman menyertai sembang kongkang fc. Ada ura-ura mengatakan ustaz rozman akan menggantikan ustaz nash sebagai president sembang kongkang yang baru.

3 ulasan:

  1. ready untuk rentap kosmo 2012

    BalasPadam
  2. orange juiceFebruari 14, 2011

    wah sangat kacak dan bergaya alop pojaan hati. nak sign banggggggggg... alahai kesian betul kene sakit perut ekh.

    BalasPadam
  3. wahh!!dah rasmi baju jersey cap kokdiang!!haha...bile nk pkai gak nie...hehe...

    BalasPadam