Selasa, 19 Mac 2013

Keputusan Bola Tampar Mesca 2013

Selesai sudah Pertandingan Mesca 2013 yang berlangsung di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Secara keseluruhannya pasukan bola tampar lelaki dan wanita BPI telah berjaya melepasi tahap target minima yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Tampar BPI. Banyak peningkatan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain terutamanya pasukan wanita. Sekalung tahniah kepada mereka...

Pasukan Bola Tampar wanita BPI
Pasukan wanita berjaya memenangi 1 perlawanan ketika mereka bertemu dengan pasukan Bahagian Kewangan dengan keputusan 2-0. Namun mereka tewas dengan pasukan yang lebih baik dari mereka iaitu pasukan BTP dan pasukan MPM dengan keputusan masing-masing 0-2. Mereka berjaya memperbaiki percapaian tahun lalu apabila mereka kalah untuk semua perlawanan. Tahun depan dengan banyak latihan tak mustahil mereka mampu mencabar pasukan-pasukan lain...

Sejarah tercipta apabila mereka berjaya merangkul kemenangan pertama dalam sejarah pembabitan pasukan bola tampar BPI di Mesca...


Pasukan Bola tampar Lelaki BPI

Pasukan lelaki juga berjaya melakukan upset apabila mara ke suku akhir buat kali pertama dalam sejarah pembabitan BPI dalam pertandingan bola tampar Mesca. Menang 2 perlawanan kalah 1 sudah cukup untuk pasukan lelaki melayakkan diri ke pusingan suku akhir. Di peringkat suku akhir pasukan BPI bertemu dengan pasukan BPSM A namun disebabkan pelbagai masalah dihadapi pasukan, pengurus pasukan lelaki mengambil keputusan untuk menarik diri pada peringkat suku akhir, dan BPSM A layak ke separuh akhir tanpa mengeluarkan setitik peluh pun.

Namun secara keseluruhannya persembahan pasukan bola tampar lelaki dan wanita boleh dianggap berjaya. Tanpa sokongan dan bantuan dari semua yang terlibat, kita takkan sampai ke tahap ni...Tahniah kepada pasukan wanita kerana berjaya meningkatkan taraf permainan mereka. Jika nak dibandingkan tahun lepas, lebih 3/4 pukulan servis mereka tak lepas net, namun tahun ni hampir 99% pukulan servis mereka melepasi net, jadi 2-3 tahun akan datang tak mustahil mereka mampu menjadi pencabar kepada pasukan-pasukan lain...Tahniah sekali lagi






-TEAM WANITA TENGAH MULA BERJINAK-JINAK DENGAN FUTSAL-



5 ulasan:

  1. Tanpa NamaMac 19, 2013

    mana keputusan suku akhir?
    lwn BPSM A?

    BalasPadam
  2. Kan dah bagitau kat atas tu tarik diri...takde player nak datang hari Ahad...ada yang g kenduri, ada yang injured, ada yang g dating...

    BalasPadam
  3. Tanpa NamaMac 19, 2013

    Tahniahhhhhhh.. tumpang bangga..

    BalasPadam
  4. Tanpa NamaMac 20, 2013

    tajamnye hasbullah...sexy sangat ;>

    BalasPadam
  5. Tanpa NamaMac 25, 2013

    perut alop semakin maju ke depan
    hahaha

    BalasPadam