Rabu, 13 Mac 2013

Kejohanan Bola Tampar Mesca 2013

Dengan segala hormatnya Bahagian Pendidikan Islam akan menghantar 2 pasukan bola tampar(lelaki dan wanita) untuk Kejohanan Bola Tampar Mesca 2013 yang akan berlangsung pada 16-17 Mac 2013 di Gelanggang Sekolah Sukan Bukit Jalil. Seramai 21 pemain yang terdiri dikalangan warga BPI(tetap dan kontrak) akan turut serta menyertai pertandingan tersebut.

Mesyuarat pengurus diadakan di Bilik Mesyuarat Bunga Raya,Blok E14, Putrajaya..Goku mesti ada,nnti game confirm dia akan memperagakan jersey terbaru pasukan dia...brader yang diri tu lagend bola tampar tu...


SENARAI PEMAIN LELAKI

1.Noranuar Affandi Bin Abd Rahman
2.Hasbullah Bin Ahmad Tahar
3.Mohd Fairuz Bin Zainal Abidin
4.Nordin Bin Muhammad
5.Rohaizat Bin Mohd Zamili
6.Mohd Aminuddin Bin Tambi
7.Mohd Hanapi Bin Jaafar
8.Azra'ain Bin Mohd Adib
9.Mohd Taufik Bin Mohd Yusof
10.Mohamad Hafiz Bin Jusoh

SENARAI PEMAIN WANITA

1.Norisah Binti Ibrahim
2.Hamidah Binti Deraman
3.Roseazulind Binti Zulkapli
4.Norasikin Binti Radzuan
5.Zaleha Binti Zakaria
6.Noniyana Binti Abu Bakar
7.Haryani Binti Hamzah
8.Nurqaswati Binti Mohd Nawi
9.Sharizat Binti Mat Kasiri
10.Fadzilah Binti Ibrahim
11.Nadia Binti Azmi
12.Siti Zubaidah Binti Mohamed Dahlan

Dalam kategori lelaki, terdapat 15 pasukan akan mengambil bahagian. Pada peringkat kumpulan, permainan dijalankan secara liga 1 pusingan. Setiap pasukan akan dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu :

KUMPULAN A
Sekolah Sukan Bukit Jalil 
Bahagian Buku Teks
Bahagian Teknologi Pendidikan

KUMPULAN B
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia A
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia B
Bahagian Pembangunan
Bahagian Pengurusan Maklumat

KUMPULAN C
Institut Aminuddin Baki
Bahagian Audit Sekolah
Bahagian Kewangan
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam

KUMPULAN D
Majlis Peperiksaan Malaysia
Bahagian Tajaan
Bahagian Pendidikan Islam
Bahagian Pembangunan Kurikulum

Dalam kategori lelaki, 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir dan dijalankan secara kalah mati.

Dalam kategori wanita pula, terdapat 11 pasukan akan mengambil bahagian. Pada peringkat kumpulan, permainan dijalankan secara liga 1 pusingan. Setiap pasukan dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu :

KUMPULAN A
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Institut Aminuddin Baki
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Bahagian Tajaan

KUMPULAN B
Sekolah Sukan Bukit Jalil
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
Bahagian Audit Sekolah

KUMPULAN C
Bahagian Teknologi Pendidikan
Bahagian Pendidikan Islam
Majlis Peperiksaan Malaysia
Bahagian Kewangan

Untuk kategori wanita, juara dan naib juara setiap kumpulan akan layak ke pusingan ke-2. Pada pusingan ke-2 setiap pasukan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan X dan Kumpulan Y. Pada peringkat ni, perlawanan sekali lagi dijalankan secara liga dan 2 pasukan yang terbaik dalam Kumpulan X dan Y akan layak ke peringkat separuh akhir yang dijalankan secara kalah mati.

Jadual perlawanan pasukan lelaki BPI

Perlawanan Ke-7 (sekitar jam 1.30t/hari) BPI lawan BPK
Perlawanan Ke-13 (Sekitar jam 6.00 ptg) BPI lawan MPM
Perlawanan Ke-21 (Sekitar jam 9.45 mlm) BPI lawan BT

Jadual perlawanan pasukan wanita BPI

Perlawanan Ke-4 (Sekitar jam 11.15 pagi) BPI lawan BTP
Perlawanan Ke-10 (Sekitar jam 3.45 ptg) BPI lawan BK
Perlawanan Ke-15 (Sekitar jam 7.30 mlm) BPI lawan MPM

TARGET PASUKAN LELAKI   : 
Menang sekurang-kurangnya 1 game/layak ke suku akhir adalah bonus

TARGET PASUKAN WANITA : 
Menang sekurang-kurangnya 1 game/layak ke suku akhir adalah bonus


Akhir kata, semoga pasukan lelaki dan wanita BPI akan memperolehi keputusan yang memberangsangkan pada pertandingan nanti...


Sekian laporan dari saya
midah
Pengurus Besar Pasukan Bola Tampar BPI
Ahli Jawatankuasa Peniaga Tudung Presint 18







4 ulasan:

  1. Terbaiklah dari cik midah

    BalasPadam
  2. Saya dah dapatkan penaja makanan kita...So makan kat sana nanti akan disponser...

    BalasPadam
  3. Tanpa NamaMac 13, 2013

    ok aloh midah
    jadi penulis demo loni
    kemah boh

    BalasPadam