Jumaat, 22 November 2013

Road To Bukit Jalil Part 8

(kasut baru keeper terunggul BPI)
 Sesi latihan terakhir, Manager Kemut Hassan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Tajaan dimana pasukan ini yang akan kita tentang di peringkat kumpulan Kejohanan Mesca 2013 nanti. Kita tak menggunakan tektik yang telah dirancang oleh Manager Kemut Hassan bersama barisan jurulatih ketika perlawanan persahabatan tersebut. Di akhir perlawanan tersebut menampakkan perkembangan positif yang diterima oleh pemain-pemain. Diharap dengan sesi latihan selama 3 hari ni, dapat membantu sedikit sebanyak motivasi para pemain...Majulah BPI untuk Sembang Kongkang...



 Bincang tektik(Perkara rutin yang selalu kita buat)...baru 2 round dah letih budak khai tu...kongkang je lebih

 Alop memohon untuk sama-sama training, kerana dia tak dapat turun training untuk pasukannya iaitu pasukan BPSM kerana latihan pasukan BPSM berlangsung sebelah malam (malam Jumaat)

 Separuh masa pertama, air disponser oleh Mat Napi

Semuanya rasa gembira kita semua TEAMMMMM



1 ulasan:

  1. mesca bola sepak...membuatkan aku yg dari jauh turut teruja...gudlak sembang kongkang fc...jgn lupekan but amporlo

    BalasPadam