Jumaat, 14 Januari 2011

Keputusan Perlawanan Pertama Final Piala Super Kongkang



KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR PUSINGAN 1
PIALA SUPER KONGKANG 2011

KEWANGAN FC (7)

MENANG

SKP SELECTIONS (6)

Tadi petang berlangsungnya perlawanan akhir Piala Super Kongkang antara Kewangan FC dengan SKP Selection dimana pasukan Kewangan FC memperolehi bekalan 1 gol untuk dibawa ke perlawanan pusingan ke-2 nanti. Perlawanan yang agak sengit menyaksikan aksi berbalas-balas gol yang dipamirkan oleh kedua-dua pasukan. Namun kesilapan kecil disaat-saat akhir menyaksikan pasukan Kewangan memperolehi gol kemenangan dan pasukan SKP Selection terpaksa berputih mata menyaksikan gawang mereka dibolosi. Pujian harus diberikan kepada para penyokong kedua pasukan kerana tidak putus-putus memberikan sokongan. Dengan kemenangan ini, pasukan Kewangan FC memperolehi bekalan 1 gol untuk pusingan ke-2 nnti. Keputusan ini belum cukup untuk memastikan kemenangan mutlak milik mereka. Masih ada baki 60 minit utk membuat perhitungan..Saksikan aksi pusingan ke-2 pada hari rabu 19 Januari 2011..Dibawah adalah aksi-aksi perlawanan kedua-dua pasukan.

Team Kewangan FC

SKP Selection

bergambar bersama sebelum lawan

Coach yunus membincangkan taktik yg sesuai utk menghadapi pasukan lawan

SKP selection jugak bincang tektik

Pasukan Kewangan FC menggunakan adunan pemain baru dan lama..Pengalaman Pemain lama seperti cik husin dan cc puad berjaya menyerap asakan dari pasukan SKP selection. Pasukan SKP jugak tidak kurang hebatnya dengan menggunakan khidmat penjaga gol halim mat napi yg dibeli dari kelab Pajero FC. Beliau byk juga menyelamatkan banyak percubaan bahaya dari pihak lawan.

Tamat perlawanan ini, cik husin dirisik oleh ejen dari Sriwijaya FC

Aksi dari pengurus pasukan merangkap penaja besar pasukan Kewangan FC

Aksi cc puad cukup menghiburkan

penjaga gol SKP halim mat napi bertindak cemerlang menyelamakan beberapa percubaan merbahaya.

Keadaan court yang agak licin menyebabkan kedua-dua pasukan mengambil langkah berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan yg serius yg boleh menjejaskan karier mereka. Walaupun basah, kedua-dua pasukan tetap memberikan aksi yang terbaik. Tiada layangan kad oleh pengadil.

pemain mereka sendiri lebih berminat menonton perlawanan di luar court berbanding perlawanan team sendiri

sahabat melakukan tendangan maut. Persembahan sahabat juga memuaskan. Berjaya menjaringkan 1 gol

"awat hang nak kena sepak ngan aku ka!!"kata haqim kat daud

bob kp...cemerlang beraksi di sebelah kanan

antara penonton yg setia menyokong kedua-dua pasukan

Secara keseluruhannya perlawanan ini berlangsung tanpa insiden yang tidak dikehendaki. Pasukan penyelamat seperti polis dan fru berjaya mengawal keadaan walaupun ada dikalangan penonton cuba untuk masuk ke dalam stadium. Pusingan ke-2 nanti akan menjadi penentu siapa yang akan bakal mendakap piala keagungan kongkang. Adakah pasukan Kewangan FC bermain secara bertahan dengan mempertahankan defesit gol yg ada? kita saksikan nanti


Kewangan FC : Brader, Haron, Bro, Toki, Cik Husin, Hafiz, Mikey, Bob KP, Encik Yunus, Haqim
SKP Selection : Halim Mat Napi, Amin, Zul, Saiful, Alop, Sahabat, Iqbal, Daud, Jadu



Aksi Luar Gelanggang

Gosok jgn x gosok....

Bang...rm20 je bang

ni baik punya kasut ni.....pusing2 kat kedai tak dapat










4 ulasan:

  1. napa penyokong SKP Selection tak guna pancaran laser...aku dengar boleh menang guna cara tu

    BalasPadam
  2. die hard fan skp selectionJanuari 14, 2011

    xmen la tektik kotor camtuh.. kitorg gune preggy mommy cheerleader.. tapi naseb xmenyebelahi SKP Selection.. walau apepon SKP Selection tetap menjadi pojaan ati ku..

    BalasPadam
  3. Perlawanan akhir ke-2 antara Kewangan FC dan SKP Selection akan berlangsung pada hari rabu 19/1/2011...Ayuh beri sokongan kepada liga kongkang kita..

    BalasPadam
  4. bahaya tu guna preggy mommy...kang buat terberanak kat situ...kes naya ni de

    BalasPadam