Khamis, 20 Januari 2011

SKP menang besar

KEPUTUSAN FINAL KE-2

KEWANGAN FC 9 (15)
VS
SKP SELECTION 14 (20)

JUARA PIALA SUPER KONGKANG 2011 :

SKP SELECTION


Rabu lalu 1 sejarah telah tercipta dimana pasukan SKP Selection telah berjaya mengalahkan pasukan Kewangan FC dengan aggreget 20-15...Perbezaan 5 gol menyaksikan pasukan Kewangan FC terpaksa menggigit jari terpaksa melepaskan kejuaraan sulung untuk musim ini kepada pasukan SKP Selection. Pasukan Kewangan FC gagal menggunakan kesempatan kemenangan pusingan pertama yang lalu untuk melebarkan defisit gol. Ketiadaan Iqbal yang menjalani pembedahan perut dan Jadu yang tidak mendapat pelepasan pulang awal oleh majikan tidak membuatkan pasukan SKP Selection patah semangat. Mereka terus melancarkan serangan demi serangan. Penjaga gol SKP Selections iaitu Halim Mat Napi berjaya mengagalkan percubaan-percubaan bahaya oleh pasukan Kewangan FC yang diketuai oleh Bro dan Bob KP. Ternyata pasukan SKP Selections ampuh bertahan. Kelekaan pertahanan Kewangan FC membawa padah apabila sebijik demi sebiji gol berjaya disumbat oleh pemain pasukan SKP Selections.

Kewangan FC

Sang juara SKP Selection

Pasukan SKP Selection telah dibantu oleh Ustaz Rozman yang diberi kerakyatan untuk bermain untuk pasukan SKP Selection. Beliau bermain diposisi penjaga gol berjaya menyerap segala tekanan dari pasukan Kewangan FC. Sesekali juga beliau berada dibarisan pertahanan untuk mempertahankan kubu SKP Selections.

Daud berjaya mencuri gol hasil kelekaan pertahanan Kewangan FC

CC Puad melepaskan 1 rembatan padu

aksi bob kp tidak menjadi berbanding pada perlawanan pertama dulu

Halim mat napi(kiri) cemerlang mengawal gol

Persefahaman antara toki dan brader tidak menjadi

gawang brader bolos untuk kali ke-20 untuk 2 perlawanan

Aksi Bob KP jugak tidak menjadi. Jika perlawanan pertama beliau adalah hero...Tetapi untuk perlawanan ke-2, sebijik gol pun gagal disumbang olehnya.

Pasukan SKP Selection berjaya menjadi pasukan pertama menjuarai Piala Super Kongkang. Dengan kemenangan ini, secara tidak langsung ia menjadi pemangkin kepada kebangkitan pasukan Sembang Kongkang supaya dapat bersaing dalam pertandingan-pertandingan futsal yang lain....peace









2 ulasan:

  1. anugerah fair play diberikan kepada kedua-dua pasukan kerana menunjukkan semangat kesukanan yg tinggi

    BalasPadam
  2. yeay yeay skp selection menang.. wuhuuu.. cayalah korang.. congratulation ye.. thumbs up.. pasnih bole la tutup molot si bob kp.. wawawa..

    BalasPadam