Isnin, 17 Januari 2011

Penentuan Final ke-2



Pemain-pemain Sembang Kongkang pulang ke pangkuan kelab masing-masing setelah misi Futsal Amal Palestine selesai semalam. Tumpuan kini terarah pada pertembungan final ke-2 antara Kewangan FC dan SKP Selection bakal menentukan kejuaraan milik siapa . Perlawanan akhir ke-2 antara Kewangan FC dan SKP Selection akan berlangsung pada hari rabu ini menyaksikan kita bakal mengetahui siapa juara pertama Piala Super Kongkang 2011. Pada pusingan pertama minggu lepas, pasukan Kewangan FC berjaya mengatasi SKP Selection dgn aggreget 7-6. Jurang gol yang amat kecil pasti merisaukan barisan Kewangan FC. Begitu jugak bagi pasukan SKP Selection yang akan berhabis-habisan untuk menyamakan kedudukan seterusnya mencari gol kejuaraan. Siapa yang akan menggondol kejuaraan pertama ini????saksikan final ke-2 rabu ini..............

PERLAWANAN AKHIR KE-2

KEWANGAN FC 0 (7)

VS

SKP SELECTIONS 0 (6)








1 ulasan: