Ahad, 13 Mac 2011

Sejarah Bola Tampar BPI

Dah lama rasanya blog sembang kongkang ni tak berupdate. Almaklumlah, penulis agak sibuk dengan macam2 urusan sama ada rasmi atau tak rasmi..So pembukaan cerita untuk bulan Mac adalah berkisar tentang mesca..Karnival Mesca untuk tahun 2011 bermula agak awal berbanding tahun2 sebelumnya..Jika sebelum ini, karnival dijalankan pada hujung tahun namun tahun ini diawalkan. Pelbagai acara diadakan untuk mencari wakil mesca ke kejohanan antara Kementerian Pelajaran Malaysia(Mesca) dan juga Kementerian Pelajaran Singapura.

Acara pertama yang kami sertai adalah bola tampar..Diadakan di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Kami BPI ditempatkan dalam kumpulan bersama-sama dengan Bahagian Pembangunan, Institut Aminuddin Baki, dan juga BPPK. Dibarisi hanya 7 orang pemain iaitu :

Haron (ketua pasukan)
Abg Ding
Daud
Amin
Ustaz Faisal
Bob KP
Mikey


berdiri dari kiri Bob KP, Amin, Ustaz Faisal, Haron, Daud
duduk dari kiri Abg Ding, Mikey

sebelum main kena bincang tektik

sesi berkenalan dengan para peminat

Ketujuh-tujuh pemain ini menggalas cabaran BPI untuk bersaing dengan pasukan-pasukan yg sudah biasa dengan permainan bola tampar. Jika dibandingkan pasukan lain memiliki sekurang-kurangnya 3-5 orang pemain simpanan tapi BPI hanya seorang saja pemain simpanan...(sedih giler)..Bertambah berat apabila Ustaz Faisal mengumumkan untuk balik awal....(lagi lah sedih team kami)...Namun dengan berkat usaha kami semua, kami tidak jadik mangsa belasahan...(tak jadik sate la x mcm tahun2 sudah).....Keputusan semalam menyaksikan BPI menghuni tangga ke-3 liga gagal layak kerana hanya 2 pasukan teratas layak ke saingan separuh akhir..Namun apa yg membanggakan, persembahan pasukan bola tampar BPI semakin meningkat..Kami dapat bersaing dgn pasukan2 yg sudah terkenal dengan saingan bola tampar Mesca..Kami juga berjaya memperolehi kemenangan pertama dalam sejarah penyertaan BPI dalam acara bola tampar..Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat...Cuba lagi di Mesca Tahun depan....

KEPUTUSAN BOLA TAMPAR MESCA

BPI kalah Institut Aminuddin Baki 18-25 , 23-25 (0-2)
BPI menang BPPK (25-12, 25-11) (2-0)
BPI kalah Bahagian Pembangunan (26-24, 12-25, 9-15) (1-2)


ustaz Faisal memulakan servis

mikey cuba melakukan spike

semuanya hanya memerhatikan bola masuk ke gelanggang

gembira apabila berjaya memperolehi kemenangan pertama dalam sejarah penyertaan BPI dalam acara bola tampar

????????????????




Tiada ulasan:

Catat Ulasan