Selasa, 12 Julai 2011

Kongkang Mencatat Sejarah

Ahad lepas tercipta sejarah baru dalam arena futsal BPI apabila buat pertama kali dalam tempoh 3 tahun BPI telah layak ke pusingan kalah mati pertandingan futsal anjuran bersama bahagian sukan dan mesca. Sebanyak 24 pasukan lelaki dan 9 pasukan wanita mengambil bahagian. Team BPI diwakili oleh team sembang kongkang telah diundi dalam group F bersama dengan pasukan Jemaah Nazir dan Bahagian Khidmat Pengurusan. Mengikut rekod pasukan BPI pernah bertemu 2 kali pasukan jemaah nazir iaitu pada tahun 2009 di Pancarona, Putrajaya dan tahun 2010 BPI B bertemu dengan Jemaah Nazir di Tonga'De futsal dimana kedua-dua perlawanan tersebut BPI mengalami kekalahan. Bagi BKP pula, ini kali pertama BPI bertemu dengan pasukan mereka.

Barisan pasukan BPI pada kejohanan ini

Sebelum main panaskan badan dulu..longgarkan dulu otot2

Menguji kepantasan...Main one touch

Pada perlawanan pertama, pasukan BPI bertemu dengan pasukan BKP. Kami turun sebagai underdog kerana mengikut sejarah, BPI tak pernah menang walaupun sekali pun pertandingan anjuran KPM sejak tahun 2009. So kami turun tanpa sebarang tekanan dek kerana berpegang pada prinsip "kalah dah pasti". Pada perlawanan ini, kejutan telah berlaku apabila BPI berjaya menewaskan BKP dengan keputusan 3-0 hasil jaringan zul, amin dan toki. Keputusan ini berjaya menaikkan moral setiap pemain BPI sebab dah tau kitaorg layak ke pusingan kalah mati buat pertama kali.

Lawan BKP (Bahagian Khidmat Pengurusan)

Berbekal semangat bendera malaysia didada kami bermain seperti harimau malaya

Pada perlawanan kedua, kami bertemu pasukan pilihan iaitu jemaah nazir. Seperti dijangka pasukan BPI kalah, namun bukan mudah untuk pasukan Jemaah Nazir mengalahkan team BPI. Pada satu ketika BPI mendahului 2-1 namun dek kerana kekurangan skill dan pengalaman menyerap tekanan pasukan jemaah nazir berjaya menewaskan BPI 3-2. Namun apa yang membanggakan kami, kami berjaya membuat team jemaah nazir goyang.hahahahah...dasyat jugak bpi ni...

Toki berjaya melepasi pemain jemaah nazir

Cap terakhir haron bersama BPI

Pada pusingan kalah mati, pasukan BPI bertemu dengan satu lagi pasukan pilihan iaitu LPM. Pada peringkat kumpulan LPM berjaya membelasah Bahagian Dasar Perhubungan Antarabangsa 7-0..Aiiii dasyattt, kitaorg cam cuak je....tapi haron cakap, main je....kita dah pegi jauh ni,,,kalau kalah pun puas hati sebab tercapai target kita nak lepas peringkat kumpulan. Seperti dijangka BPI tersingkir untuk ke suku akhir apabila tewas 3-0 dengan LPM. BPI memberi tentangan sengit tapi kerana LPM mempunyai pemain-pemain yang pantas dan berskill tinggi kita tak berjaya menyaingi kepantasan mereka. Ape2 pun ucapan tahniah kerana rekod baru tercipta apabila buat kali pertama dalam masa 3 tahun BPI berjaya ke peringkat kalah mati...Tahniah bleh cuba lagi......

Permainan pantas oleh team LPM

Pemain2 LPM pernah bermain untuk team Mesca

KEPUTUSAN BPI DALAM KEJOHANAN FUTSAL BULAN KECERGASAN

Kumpulan F

BPI vs BKP (3-0)
BPI vs JEMAAH NAZIR (2-3)

Pusingan 2 (kalah mati)

BPI vs LPM (0-3)

*Rekod baru BPI

1. Kali pertama dalam sejarah BPI menang perlawanan anjuran KPM
2. Kali pertama BPI layak ke pusingan kalah mati
3. Haron adalah pemain BPI pertama dikenakan kad kuning
4. Brader adalah pemain BPI pertama dikenakan kad merah
5. Kali pertama BPI menjaringkan lebih dari 1 gol dalam satu-satu perlawanan.


BPI Terbaik...Sembang Kongkang Boleh!!!!






2 ulasan:

  1. pertandingan terakhir haron untuk BPI sbb pas ni dia main utk JPN Kelantan

    BalasPadam
  2. haron, aku nk balas dendam !!

    BalasPadam