Isnin, 19 September 2011

Jamuan Raya BPI 2011

Macam tahun-tahun lepas, BPI takkan ketinggalan untuk mengadakan jamuan hari raya bagi memeriahkan lagi suasana syawal...Almaklumlah, raya kan sebulan,plak tu minggu ni ada lagi saki-baki raya..so suasana raya tu masih ada lagi dan sesuai utk buat open house...kalau pakai baju melayu hari isnin xde la org nampak pelik sgt...hahahahah

Hah....makanan dah terhidang...rondang ayam disponser oleh ustazah farhana

ni plak hidangan untuk vip

Ok berbalik kepada jamuan BPI, dah kata jamuan mesti la ada makan kan...dan makanan yang dihidangkan memang cukup banyak tahap melambak...ada bihun goreng, nasik ayam, nasi himpit, lemang, rendang ayam, kuah kacang, begedel, kuih-muih, kuih raya x abis kat umah n macam2 lagi...aku pun xlarat nak sebut..tu baru tak larat nak sebut blom lagi x larat nak abiskan...itu la untungnya negara kita Malaysia kaya dengan macam2 makanan....pastu bile dah makanan melambak-lambak,kebarangkalian utk makanan tu dibazirkan adalah tinggi...Menangis kalau orang Somalia nampak kita bazir2kan makan...

Memotong lemang

lemang tok perak....kak noris jadik model untuk promosi lemang diperingkat antarabangsa

bob kp menjadik tukang perabih boras

Jamuan makan start kol 1.00 ptg, almaklumlah nak kena tunggu big boss dulu rasmi baru la kita bleh makan...ala kira hormat la dia sbg ketua kita. Lepas je ustaz kamal baca doa, masing2 dengan muka kelaparan dah macam sebulan tak makan tros menyerbu tempat makanan dihidangkan....amikaw semuanya nak dimakan..kebulur tahap cipan btol....

bergedel ini diimport dari parit jawa

tempe goreng ni diimport dari parit ponorogo

Sambal yang diimport dari egypt

Makan dia best2 la jugak...yang tak abis tu...bleh la bungkus masuk plastik makan ngan anak-anak n laki kat umah...tak la membazir sgt...kalau dibiarkan menangis nasik himpit tu
kalau tak diabiskan...

abang din bandaraya menolak air utk diberikan kepada pengguna yang mengalami putus bekalan air

rupanya ni nasik hempet...aku ingatkan kuih lepat tadi...

ajk baru badan kebajikan menunjukkan nasik hempet yang dibeli kat kedai mak cik limah....tahun depan jangan lupa bantuan jersey ekkk...heheheheh

abg din bandaraya berkata "aku bleh abiskan semuanya...sedut laju2 macam vacum"

kak ayu ngan kak mazerah menyusun2 makanan sambil jari-jemari mencuit2 pastu rasa...hahaaha

ni lagi gempak...blom start lagi jamuan, encik hussin nak rasa dulu...katanya QC

ni unit perkhidmatan dengan bosh baru derang...bukan main lagi posing puan rohaya

ini plak unit pentadbiran.....xde pertukaran bos..tapi dengarnya kuasa abg din berkira-kira nak merampas jawatan bos perkhidmatan..

Ni plak team paling gempak tahun ni....team ape lagi kalau bukan team sembang kongkang...dimana ada sembang disitu ada kongkang...kepada haroon (bekas ahli sembang kongkang yang kini menetap di kelantan), kami akan menganugerahkan ko ahli sembang kongkang seumur hidup tanpa membayar ape2 yuran penyertaan...hadiah hari raya dari kami semua kat ko....ok

5 ulasan:

  1. editla gamba ucle masuk skali...uncle tgh mandi ni kat arena...marila mandi dgn uncle..

    BalasPadam
  2. kami nak mengajak uncle booney bertanding utk jawatan presiden sembang kongkang...ada bran ka??

    BalasPadam
  3. Wahhhh semakin hebat jamuan raya BPI dari tahun ke tahun...x berkesempatan untuk hadir...lain tahun kasitau lebih awal. cadangan pada pengerusi 2011/2012 jemputlah semua ex-BPI sekali barulah meriah...ingat kisah-kisah lama...sambil menjamu juadah. kalau aku x buka blog korang aku x tahu korang dah adakan jamuan raya...

    anyway...selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin dari aku kat seberang tasik ni.

    BalasPadam
  4. bosh mari menjamu dgn uncle...pastu kita boleh mandi sesama kat arena

    BalasPadam
  5. xpe bosh...nanti sembang kongkang fc dapat sponser..kitaorg panggil suma ex2 bpi yang lain...

    BalasPadam