Ahad, 25 September 2011

Bekas tukang sapu jadi Presiden Zambia



LUSAKA, Zambia - Seorang bekas tukang sapu di stesen kereta api Victoria, London dipilih sebagai Presiden Zambia yang baharu.

Berikrar mahu "menyapu Zambia menjadi lebih bersih", Michael Sata yang menerajui parti Barisan Patriotik, mengangkat sumpah sebagai Presiden Zambia Khamis lalu setelah partinya memperoleh kemenangan tipis dalam pilihan raya baru-baru ini.

Berusia 74 tahun dan mempunyai lapan orang anak, Sata giat menentang pengaruh China yang semakin meluas di negara berkenaan.

Zambia yang dikelilingi lapan negara iaitu Republik Demokratik Congo, Tanzania, Malawi, Mozambique, Zimbabwe, Botswana, Namibia dan Angola adalah pengeluar tembaga terbesar di dunia selain kaya dengan galian lain.....sumer KOSMO

season depan uncle nk bertanding utk Presiden Zambia...kalau uncle jadi presiden,semua org dpt mandi dgn uncle....


Tuah ayam nampak di kaki,
Tuah Sata kat penyapu,
marilah kita sama-sama mencuba,
try jadi presiden di Zimbabwe plak...




- MAJULAH ZAMBIA UNTUK SEMBANG KONGKANG -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan