Orang Tabligh,
Entah siapa la yg bagi nama,
Sedang kita semua adalah sama,
Umat Nabi s.a.w semuanya,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi kita sudah tiada,
kalau kita tak buat, siapa pula,
Nak harap ustaz dan ulama'?
Yg kita ni, nak goyang kaki sahaja?
Orang Tabligh,
Lari!! Larii! Orang Tabligh datang,
Yg tadi ramai, sekelip mata je dah hilang,
Yg tadi segar bugar dah tidur terlentang,
Yg sakit kaki pun boleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Huh! Betul la, nak ajak manusia pada Allah bukannya kerja senang.
Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli, sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati,
Memang nak duduk rumah, bergurau dengan bini,
Ajak anak main lari-lari,
Atau layan internet sampai pagi,
Tapi untuk kebahagiaan yg abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekarang tak buat jyunbi (persiapan),
bila lagi?
Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya tak pulang-pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata tiada duit nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain pulak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Hey, dakwah ni takat tulis dan cakap je memang la senang,
Cuba la buat, memang nak kena sabar, nak kena tenang,
Dah jadi lumrah kena ludah kat muka, pelempang dan sepak terajang,
Mengajak manusia kepada Allah bukan senang,
Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
"I can't go....sorry!"
Yg dah kahwin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi juga, hantar saya balik kampung esok pagi!!"
Hey, org laki mmg lemah bab air mata ni,
Si suami pun letak balik beg, tak jadik pergi,
Yg tadi josh (bersemangat) terus tak jadi pergi,
Jadi lemah seluruh sendi,
Kes2 macam ni mmg byk terjadi,
Boleh tengok dgn mata kepala sendiri,
Tapi kalau bab dunia (cth:kursus, naik pangkat),
"No prob hubby, anytime kami ready!"
Si isteri siap lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Huh! Ini la realiti,
Bab dunia, tak payah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat tak kesah, tak ambil peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!
Orang Tabligh,
Rumah ke rumah,lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpa semua orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai la kutu,
Semua nak ditemu,
Nak diajak pada Allah Yang Satu.
Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang orang takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia, anak bini, perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih juga telinga,
Terus teringat Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah, yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui, yg mana intan, yg mana kaca.
Orang Tabligh,
terkadang buat gak silap, adat la manusia,
Mmg tengah nak belajar2 tiru sifat sahabat (r.anhum) yg dah terbukti berjaya, Terpancung, terlaser, sorry bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dalam berdakwah memang ambil masa,
Untuk itu, kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.
Orang Tabligh,
Di mana-mana pun ada,
Di USA, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari pencuci tandas, petani, peniaga, engineer, artis, doktor sampai la Raja,
Pelbagai adat, ragam dan keturunan dan bangsa yang berbeza,
Tapi boleh makan dalam dulang yg sama,
Bila keluar jemaah semua dilayan serupa,
Bila nak berpisah, isk2, keluar pulak air mata.
Orang Tabligh,
Usaha nak hidupkan sunnah2 Nabi,
Janggut, jubah, sugi, seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ada banyak lagi,
Kekadang tu kena juga perli,
"Kita sekarang kan zaman IT, zaman berteknologi,
"Tak main la sunnah2 ni!"
Jangan la macam tu bang, nak tak nak, kita kena juga mati,
Kang menyesal esok, siapa yg rugi?
Kan diri sendiri.
Orang tabligh,
Tidur di rumah Allah 3 hari,
Tertinggal sebutir nasi, siaplah untuk diadili,
Siap sedia untuk kena maki,
Kalau ada majlis kenduri-kendara orang tempatan,minyak, tulang, cawan bersepah tidak pula orang diperduli.
Orang Tabligh,
Malam2 menangis doa hidayat,
Fikir risau, camne nak selamatkan diri, keluarga dan umat,
Supaya di akhirat kelak semua selamat,
Orang sekarang ingat hidayat boleh senang2 dapat,
Dengan goyang kaki, tak perlu keringat,
Tak mahu pulak ziarah masyarakat,
Just busy buat ibadat,
Kalau camtu takde la kita ni "The Best Ummat".
Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadi ikutan?"
Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Siapa saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Semua kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran,
Yg Allah pandang hanyalah Iman,
Bab mazhab jangan bimbang, masih sendiri punya pegangan,
So tak jadi masalah la kan?
Orang Tabligh,
Bukan nak tahta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak macam dah ulama',
Tak jugak nak kafirkan sesiapa,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dengan korbankan diri, harta dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kekal di neraka atau dahi kene cop neraka,
Nak supaya Allah redha,
Masukkan kita dalam syurgaNya.
Orang Tabligh,
Ada di seluruh dunia,
naik kapal terbang pakai selipar jepun sahaja.
Ikhlas, tiada subsidi dan tiada ditaja,
Passport penuh cop pelbagai negara,
Kalau nak tau, ada yang kerja tukang kebun sahaja,
Nafkah batin macam mana?
Bende yg batin ni, kita x nampak, itulah agama.
Orang Tabligh,
Kenapa sibuk dakwah orang seluruh negeri?
keluarga, anak isteri belum betul lagi,
Nabi Nuh a.s, anak isteri tak nak ikut pergi,
kalau Nabi Nuh ikut teori tersebut, tak naik bahtera boleh jadi.
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad saw tak nak ikut cakap Nabi,
Kalau Nabi Muhammad s.a.w ikut teori macam tu, tak buat dakwahlah Nabi,
Tak sampailah Islam ke Malaysia ni.
Rabu, 18 Januari 2012
Orang Tabligh
at
Rabu, Januari 18, 2012
DiSembangkan oleh
SembangKongkang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan