Rabu, 7 Mac 2012

aSMA aL-HusNa

Kalau kita berdoa mintak dimurahkan rezeki, sebutlah nama Allah “Ya Wahhab” maksudnya Maha Pemberi Kurnia atau “Ya Razaq” maksudnya Maha Pemberi Rezeki. Kalau kita berdoa nak mintak ampun pulak, gunalah nama Allah “Ya Ghafur” maksudnya Maha Pengampun ataupun “Ya Tawwab” maksudnya Maha Penerima Taubat ataupun “Ya ‘Afu” maksudnya Maha Pemaaf.
Banyak lagi nama Allah yang patut kita tahu maksudnya supaya kita lebih kenal siapa Tuhan kita yang Maha Hebat ni. Janganlah cuma tahu “Ar-Rahman” dan “Ar-Rahim” sebab kita sebut bismillah hari-hari. Tapi, sebutlah nama-nama Allah yang sesuai dengan keadaan kita berdoa pada Dia. “Ya Zal Jala Li Wal Ikram” maksudnya Yang Maha Memiliki Kebesaran serta Kemuliaan. Kita patut cintakan Tuhan kita, mulakan dengan mengenal nama Dia untuk dapat cinta dia. InsyaAllah. Hasbiyallah. :”)

“Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama iaitu seratus kurang satu. Barangsiapa menghitungnya, niscaya ia masuk syurga.” – HR Bukhari dan Muslim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan