Ahad, 8 November 2009

Mesca-Bola Sepak

Setelah berakhirnya acara sepak takraw dan bola tampar. Kini tiba pula acara yang ditunggu-tunggu selama ini. Acara yang menjadi tumpuan iaitu bola sepak 9 sebelah. Menghantar 2 pasukan seperti juga sepak takraw, pasukan kali ni dibarisi dengan gandingan muka lama dan baru mengharapkan untuk melakukan upset ke atas team yang dilihat pilihan di atas kertas.

kapten team BPI B bersiap-siap memakai but yang ditaja oleh HEURO

Mengikat tali but seperti menganyam tikar mengkuang

Muka kelihatan risau dek kerana terkenangkan kew-8 yang tak siap-siap.

Nama ada atas kertas tapi acit tak main pun sebaliknya dia jual pisang.

Team BPI A

Team BPI B

Perlawanan pertama team BPI adalah diantara BPI B dan team Tajaan. Untuk pengetahuan, team Tajaan adalah team pilihan. Manakala team BPI B adalah team belasahan. Namun kami turun dengan tekad dan azam untuk melakukan sesuatu yang agak mustahil untuk dilakukan. Akhirnya dengan sokongan kelab penyokong BPI dan strategi 8-1-0 kami akhirnya berjaya seri dengan team Tajaan. Kami berjaya membengangkan diaorg kerana strategi mengumpulkan 8 pemain dalam kawasan penjaga gol berjaya menghalang team Tajaan menjaringkan gol. Walaupun keputusan seri tapi kami sudah kira mcm satu kemenangan besar. Kemenangan yang cukup bermakna....ha3

BPI B lawan Tajaan. Penjaga gol Tajaan tak sentuh bola langsung kerana bola selalu ada kat kawasan BPI B.

Setelah Team B berjaya melakukan upset, kali ni tiba pula giliran Team A menunjukkan taringnya. Leka dengan perasaan ingin menang akhirnya Team BPI A tewas dengan jaringan 2-0 oleh BSSK. Kurang tumpuan dibahagian pertahanan menyebabkan penyerang BSSK berjaya mencuri peluang.

BPI A menentang BSSK

Keputusan keseluruhan perlawanan BPI A dan BPI B

Perlawanan 1 : BPI A vs BSSK 0-2
Perlawanan 2 : BPI A vs Pembangunan 0-2
Perlawanan 3 : BPI A vs MPM 0-0
Perlawanan 4 : BPI A vs Kopentensi 0-1

Perlawanan 1 : BPI B vs Tajaan 0-0
Perlawanan 2 : BPI B vs ITNM 0-1
Perlawanan 3 : BPI B vs SBPSK 0-2

Walaupun tak layak ke peringkat suku akhir, tapi kami berpuas hati dengan permainan kami. Penyertaan kami bukan sekadar pelengkap jadual tetapi kami adalah pengacau kumpulan. Berjaya memusnahkan impian Tajaan yang sepatutnya menang menentang BPI B dan juga BPI A berjaya memusnahkan impian Kopentensi yang sepatutnya memerlukan 2-0 untuk layak ke suku akhir....

Gol keeper pekida

Senjata rahsia BPI B..Dimasukkan semasa BPI B amat-amat memerlukan khidmat beliau

Pemilik kelab berjanji akan menggugurkan semua pemain dan menggantikan pemain baru

kasut bertuah

Walaupun kita kalah tapi kita tetap TEAMMMMMM!!!!!

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Kita jumpa lagi di Mesca tahun depan. Terima kasih juga kepada penaja jersi kami iaitu flet sri jinjang kerana sudi meminjamkan jersey kat kami. Kalau tak mungkin kami akan pakai baju badan kebajikan atau jersey kunin.......

2 ulasan:

  1. teruk betullll!!!semua game kalah...xde satu pun menang!!main ke main-main nie????!!!

    BalasPadam
  2. takde luck...cube lagi tahun dpan....aku tak main sebb nk bagi budak2 kontrak main...aku tahun dpn pon boleh main...dgn toki

    BalasPadam