Isnin, 30 November 2009

Player Baru Kongkang..

Setelah berjaya menjadi juara Piala Kongkang untuk 2 musim berturut-turut, pihak pengurusan Sembang Kongkang telah bersetuju berbelanja besar untuk musim yang akan datang. Untuk memantapkan lagi pasukan, Sembang Kongkang telah membeli To'ki dari Urdu FC dengan yuran perpindahan mencecah RM 88 juta. Kehebatan to'ki di padang dan aksinya yang memukau membuatkan pihak pengurusan bersetuju untuk menggunakan khidmat beliau bagi memantapkan jentera serangan. Juru cakap agen kepada To'ki berkata, To'ki dah lama berminat untuk menyarung jersey Sembang Kongkang tetapi dek kerana masalah dengan majikan lama menyebabkan beliau menangguhkan hasrat beliau. Pergaduhan besar antara To'ki dgn manager Urdu FC menguatkan lagi perpindahan paling sensasi untuk musim ini. To'ki tak puas hati dengan manager lama kerana manager tu tidak membenarkan To'ki menyanyikan lagu hampa tetapi berlainan pula dengan manager Sembang Kongkang yang memberikan To'ki kebebasan untuk menyanyikan ape2 lagu yang dia suka asalkan To'ki bahagia. Diharap To'ki dapat meningkatkan lagi kedudukan Sembang Kongkang supaya tahap kekongkangan berada di tahap yang paling tinggi.

Majlis penyerahan jersey menandakan To'Ki sah menjadi milik pasukan Sembang Kongkang

2 ulasan:

  1. Janji bukan lagu Hatiku kau guris luka!...kang jadi conflic of interest pulak...tak cerita pasal raya koraban?

    BalasPadam