Ahad, 6 Disember 2009

Kenangan Bersama Bat....

Tiada apa lagi yang hendak ditangiskan. Keluar air mata darah sekalipun bat kesayangan kami tidak akan kembali lagi. Tidak disangka kegembiraan dan kebahagiaan kita diragut dalam sekelip mata. Oh bat, kenangan kita bersama tidak akan kami semua lupakan. Rindu pada bat tidak terkata. Kami masih ingat lagi waktu kita bersama dulu. Kita sama2 mengendap anak dara Wak Pagek. Waktu tu kami masih ingat lagi, daud di baling telur busuk oleh Wak Pagek kerana kenakalan kita semua. Bau daud macam puaka. Seminggu bau badan dia bau telur dan selama seminggu dia tak lalu nak makan telur. Kesian plak daud

Ingatan kami juga masih lagi mengingati peristiwa dimana kita semua curi buah durian kat kebun Wak Pagek. Ha3...Walaupun tau dosa, tapi almaklumla masa dulu kita belum berakal lagi. Ustaz kata belum akil baligh. Yang tak boleh tahan tu, siap bawak kete sorong. Ha3...mcm kebun tu bapak kita punya. Punya la seronok kutip durian, entah macam mana Wak Pagek yang waktu tu tengah melepaskan hajat kat sungai nampak kelibat kita suma..Ape lagi mengamuk la orang tua tu...Kali ni dia baling hajat dia yang dia lepaskan kat kita semua. Serang menyerang berlaku. Namun pengalaman Wak Pagek dalam askar melayu masa zaman darurat dulu mengatasi kecetekan akal kita semua. Balingan Wak Pagek mengenai sasaran dan sekali lagi daud jugak yang jadi mangsa. Selama seminggu jugak daud terlantar tak lalu makan dek kerana lontaran hajat Wak Pagek yang kelepap kena muka dia.....Kelakar bila diingat kembali kenangan kita bersama.

Masih segar lagi dalam ingatan bila kita semua naik kambing wak pagek. Waktu petang tu, puas jugak satu kampung kita bawak kambing tu. Sampai lembik kambing tu kita semua kerjakan...ha3...embekkk embeekkkk(kambing tu mintak tolong)..tapi kita semua buat bodoh je.....lawak giler.Tapi entah mcmana tengah syok2 dera kambing Wak Pagek tiba2 terserempak dengan orang tua tu..Ape lagi mengamuk la orang tua tu...Adengan kejar-mengejar antara kita dgn wak pagek, dan sekali lagi daud jadi mangsa keadaan. Kita semua nampak daud kena tangkap dgn wak pagek. Kesian daud, Wak Pagek dengan muka dia yang menggerutu tu menyuruh daud cium kambing dia dengan penuh kasih sayang...Dan setelah kejadian tu, dia terus jadi trauma bila nampak kambing...Keh3

Namun semua tu jadi kenangan. Kenangan masa kita kecik-kecik dulu...Kenangan kita bersama, takkan dapat dilupakan sampai bila-bila. Bila teringatkan ko bat, kitaorg semua rindu kat ko bat..

Kesian ko babat(bat) kena tanam..xde sape nak uruskan ko

Xpe bat..kami bagi saluran pernafasan kat ko...klu senang2 nnti daud ke,haron ke, park ke bleh hembus nafas dia kat ko...bleh ko bernafas sket

Sebak dowh..daud mcm tak caye je ko dah kena tanam

sayangnya daud kat ko sampai dia siram air minirel bagi kat ko, biar ko tak kehausan

Sebak dowh...haron sampai tak boleh terima kenyataan ko dah kena tanam...nasib baik park dgn daud ada...diaorg la bagi semangat kat haron utk meneruskan kehidupan

Sebak dowh. Tak pe la, kehidupan mesti diteruskan..Bat, kitaorg tak akan lupakan ko..Errr tapi aku dengar ko ada tinggalkan harta-harta di dalam dan di luar negeri...Ko jangan risau bat, kitaorg akan berebut untuk dapatkan harta ko....

5 ulasan:

  1. sampai srang aku tak puas hati dgn korang suma.Klu aku jumpa korang, aku tanam korang idup2...

    BalasPadam
  2. babat...........maafkan aku

    BalasPadam
  3. pergi jahanam la ko bat

    BalasPadam
  4. Tanpa NamaApril 12, 2010

    hahaha..entry yg sgt menarik..gelak smpai x kering gusi laa...

    BalasPadam
  5. huhu..idop Wak Pagek..(^_^)

    BalasPadam