Selasa, 15 Disember 2009

Malaysia Layak Ke Final

Setelah memadamkan ego Thailand dengan menyingkirkan pasukan negara gajah putih itu, kali ini pasukan bimbingan K Rajagopal berjaya meranapkan impian tuan rumah, Laos untuk layak ke perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea XXV. Kali terakhir kita layak ke final ketika kita menjadi tuan rumah pada 2001 dimana pada perlawanan itu, Malaysia bertemu musah tradisi iaitu Thailand. Namun nasib menyebelahi Thailand apabila menang 1-0 walaupun ketika itu, pasukan Malaysia menguasai hampir keseluruhan perlawanan.

Setelah berjaya layak ke akhir, Malaysia sekali lagi ingin mencipta sejarah muncul juara sukan sea setelah kali terakhir kita berbuat demikian adalah pada tahun 1989 ketika Malaysia menjadi tuan rumah. Pada perlawanan akhir nanti Malaysia akan bertemu pasukan Vietnam bagi menentukan siapa yang bakal menjulang kejuaraan untuk kali ini. Untuk pengetahuan, pasukan Malaysia telah bertemu dengan pasukan Vietnam pada peringkat kumpulan dimana pasukan Malaysia tewas 3-1 kepada Vietnam..

Baddrol Bakhtiar (no 23) adalah wira ketika Malaysia membenam cabaran Laos

Diharap berbekalkan semangat Malaysia Boleh serta doa rakyat Malaysia, pasukan bimbingan K Rajagopal dapat melakukan sesuatu bagi mengharumkan nama Malaysia dan mengembalikan semula maruah bola sepak Malaysia yang telah lama tercalar. Team Sembang Kongkang juga akan doakan pasukan Malaysia akan berjaya.....MALAYSIA BOLEH!!!!!!!!

PERLAWANAN MALAYSIA VS VIETNAM
(17/12/2009, pukul 6.00 PTG waktu Malaysia)
Dijangka ada live kat RTM

RAMALAN SEMBANG KONGKANG

MALAYSIA vs VIETNAM 2-1

1 ulasan:

  1. abdul saad bin abdulDisember 22, 2009

    wei..mlaysia da mng daa.., da bt biskut cecah kopi da pngat die..

    BalasPadam