Khamis, 10 Disember 2009

Seasons 3 Lebih Hebat...


Kongkang Cup kembali lagi untuk musim yang ke-3 setelah 2 musim berturut-turut kejuaraan menjadi milik Sembang Kongkang A. Saingan kali ini lebih menarik kerana pihak penganjur telah menambah lagi satu pasukan bagi menghangatkan lagi saingan. Format kejohanan kali ini lebih terbuka dimana pasukan yang berada dalam kedudukan ke-4 liga juga masih berpeluang untuk muncul juara. Untuk saingan kali ini kedengaran desas-desus pasukan Wulta FC akan mengalami penjenamaan semula dimana ada pemain baru yang akan diserap masuk dan pasukan Wulta FC juga akan menukar nama pasukan dengan nama baru. Pasukan Ape2 Je La masih belum mengumumkan sebarang perubahan. Manakala pasukan Sembang Kongkang pula berura-ura menghantar team C. Ape2 pun nantikan kemunculan Kongkang Cup Seasons 3 yang akan mengegarkan arena futsal negara....


TARIKH : 17 DISEMBER 2009
TEMPAT : ACTIVE FUTSAL
WAKTU : 8-10 MALAM
BAYARAN : KIRA KAT SANA

1 ulasan:

  1. kongkang nyer chite......
    apa dah.....
    camner bleh salah timing...?
    semangat jawa dh..
    msuk seasons 4, aku dh x mengharap dh....
    maen kat atas simen, x sronok la....
    tp, sempene berakhir nya seasons2 di thun 09, join gak la....

    BalasPadam