Ahad, 18 Disember 2011

Larian Jom Kitar Semula 2011

Pagi tadi berlangsungnya Larian Jom Kitar Semula 2011 anjuran Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam. Ape yang menarik dalam pertandingan ni, ialah yuran penyertaan dia adalah barang2 kitar semula....So korang bleh la bawak suratkabar lama2 atau botol2 kosong untuk diserahkan kat meja urusetia masa hari pendaftaran. Nanti korang akan dapat baju selai ngan nombor sekali....

Pertandingan dijalankan di Laman 1 Malaysia, Presint 2 Putrajaya...dekat depan Pembendaharaan...Ada 8 kategori dipertandingan dari yang veteren sampai ke budak2 kecik...Bagi murid sekolah dan warga veteran jarak larian adalah 3 kilometer manakala kategori remaja dan dewasa jarak larian adalah 7 kilometer(memang nak pengsan aku)

Pukul 6.30 pendaftaran dah mula....bleh tebus barang2 kitar semula tu ngan baju...kaunter ada byk...so xde la berebut2

Masa ni kat garisan mula...Di lepaskan oleh
YB. Datuk Seri Chor Chee Heung Menteri Kementerian Perumaha Dan Kerajaan Tempatan

suasana sekitar Laman 1 Malaysia, Presint 2, Putrajaya

peserta dilepaskan...bertebaran suma lari nak dapat no 1

Yang bawak anak pun ada..melalui pertandingan ini, secara x langsung dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan...dapat jugak ibu bapa bawak anak2 derang bersantai...

Ramai jugak warga BPI yang turut serta dalam larian ni...ni antara yang sempat aku jumpa... Tapi aku tak jumpa plak sarfika...dia kata nak masuk tapi tak nampak plak dia....

Abg shuk, cik ayu ngan cik ina.....memilih untuk bersiar2 dari merebut pingat yang disediakan

Cik farah dan apis bsn yang jugak memilih untuk bersantai dan bersiar2 dari mengejar kejuaraan

jadu yang sangat keletihan

Dah sampai dapat la sijil....bleh la penuhkan fail sijil

kak maheran dan suami dan anaknya

Group kewangan....jadu je tersesat

hanya kak fatimah jer yang berjaya mendapat pingat...hanya 50 pingat sahaja diperuntukkan untuk setiap kategori...kak fatimah menyertai kategori wanita veteran...

Larian Jom kitar semula dihoskan oleh Faisal Ismail....DJ hot fm

aku pun berjaya dapat sijil...bleh isi kat LNPT.....markah tambahan sket ye bosh....





-LAMA TAK LARI KAKI KEJANG-


4 ulasan: