Jumaat, 14 Disember 2012

Obesiti Dikalangan Rakyat Malaysia

Semalam aku menghadiri jemputan ceramah Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertajuk "Obesiti di Kalangan Rakyat Malaysia" yang disampaikan oleh En. Wan Mohd Nurussabah bin Hj Abd Karim yang merupakan pegawai pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia....Banyak info yang berguna yang Tuan Penceramah kongsikan dengan pendengar antaranya adalah bagaimana kita mengawal pemakanan kita, bagaimana untuk kita mencegah dari penyakit, bagaimana untuk kita mengamalkan diet yang sihat dan macam-macam lagi...



Kalau ikut sumber yang dipaparkan oleh penceramah, sebanyak 15.1% rakyat malaysia adalah obesiti...bukan siti nunud XOXO tapi obesiti yang bermaksud berlebihan berat badan....Obes ni ada kebaikan dan keburukannya...Kalau kebaikan ni, senang nak mintak tolong angkat2 barang yang besar...mintak picitkan badan pun sedap jugak...tapi keburukannya lagi banyak antaranya penyakit-penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung senang-senang je nak datang....Oleh itu, kita kena la jaga kesihatan kita...makan ikut keperluan bukan ikut nafsu serakah...ni selagi bleh masuk dia bantai masuk dalam perut...Kalau nak diet pun jangan diet yang melampau kalau nak diet kena ada caranya....rajin-rajinlah bersenam supaya badan kita sentiasa cergas dan secara tak langsung bleh la bakar lelemak yang bersarang kat perut....kalau hari2 cuti tu rajin2kan lah g bersenam, jangan asik senam atas katil buat taik mata je...

Kat sini aku nak kongsi pasal BMI

BMI = Body Mass Index adalah indeks jisim badan iaitu suatu pengukuran bagi menentukan berat badan yang unggul. Melalui BMI ni kita bleh la mengatur pengambilan makanan bersesuaian dengan BMI kita....Kalau BMI tu tinggi jangan la plak makan tu melantak sampai tak ingat dunia...berpada-padalah..

Cara nak kira BMI

BMI =                   berat(kg)                 
                          Tinggi(m) x Tinggi(m)

Pastu dah dapat jawapan korang bandingkan pulang keputusan BMI korang berada kat kedudukan mana : -

Bawah 18.5 adalah kurang berat badan
18.5-24.9 adalah berat badan normal
25.0-29.9 adalah berat badan berlebihan
30.0-34.0 Obesiti tahap 1
35.0-39.0 Obesiti tahap 2
Atas 40.0 Obesiti tahap 3

So bile dah dapat jawapan, bersedialah untuk mengamalkan gaya idup sihat....makan ikut keperluan bukan ukut nafsu...yang normal tu, jangan ingat korang tak payah nak amalkan gaya idup sihat...tak kira gemuk ke, kurus ke, semua kena jaga kesihatan demi masa depan yang cemerlang,gemilang,terbilang...Mencegah lebih baik dari mengubati......




Sekian,

AJK Biro Kesihatan SK



2 ulasan:

  1. NUNUD YG BUNCIT
    HAHHAHAHA

    BalasPadam
    Balasan
    1. bihadap !
      siapakah gerangan yang berani mencemar duli kepada beta ?

      XOXO,
      Nunud Si Cantik Jelita

      Padam