Isnin, 24 Disember 2012

Semoga Berjaya Encik Zul....

Lepas sorang, sorang ahli sembang kongkang bertukar dari BPI ke tempat lain untuk mencari pengalaman dan suasana yang baru...Sebelum ni kita kehilangan ahli tegar sembang kongkang iaitu haron ditambah plak dengan pengunduran beberapa staff pre dan psh kontrak membuatkan sembang kongkang makin mengecil so dengan pertukaran Encik Zul membuatkan sembang kongkang jadik lagi kecik..Tp walauapa pun yang terjadik,sembang kongkang akan terus mengongkang dan akan cuba bagi info segala aktiviti2 kami di BPI kat semua bekas2 warga BPI yang pernah membesar bersama sembang kongkang..

Jumaat lepas SKP telah mengadakan jamuan perpisahan untuk  Encik Zul yang akan bertukar ke Kementerian Sumber Asli(Depan opis Encik Salemi iaitu boss lama Unit ICT) pada 26 Disember 2012. Bak kata saiful kita akan kehilangan seorang penjaring gol untuk sembang kongkang...Untuk pengetahuan semua, Encik Zul berada di BPI sejak 2007 smpi 2012(sekitar 5 tahun++)  iaitu sejak dia bujang terang tang tang sampai la dah kawen dah ada anak pun...


Reaksi Encik Zul ketika diminta memberikan ucapan...Encik Zul banyak bercerita tentang pengalaman dia berada di BPI....Pengalaman bersama dengan warga BPI terutamanya SKP dan yang paling penting pengalaman dia bersama team Sembang Kongkang yang kebanyakknya mengarut-ngarut(tapi pada aku mengarut tu yang kenangan paling indah, dari buat benda yang skema2 memey x jadik la kenangan langsung)...bagi aku kenangan adalah sesuatu yang bleh buat kita tersenyum dan ketawa bile kita terkenang balik kisah2 dulu....

Kak Bet sedih sangat sebab lepas ni dah tak de sape yang nak kacau kak bet lagi......

Antara warga SKP yang hadir.....memey ramai orang kat SKP ni.....

Puan KS kita menyerahkan cenderamata kenang-kenangan dari warga SKP untuk Encik Zul......






Kenangan ketika trip ke kampung mat kedah, ke kampung kak leha, mandi air terjun lata kinjang, pengembaraan ke lata berembun, karaoke jamban kat alamanda, team futsal sembang kongkang dan banyak lagi kenangan terindah Encik Zul bersama sembang kongkang....Semua tu telah diabadikan dalam belog sembang kongkang....Kalau nak ingat balik zaman2 dulu bleh la bukak balik cerita2 lama dalam belog sembang kongkang.....Akhir kata saya selaku Encik Editor Sembang Kongkang memohon ampun dan maaf kalau ada tersalah kata dan tersalah bicara semoga Encik Zul berjaya di tempat baru nnti....Kalau senang2 turun la main futsal, info pasal futsal manager kemut hassan akan update kat belog dan sms.....Bak kata Khusairi "aku tau pasal futsal ni pun sebab baca sembang kongkang".....
Asal jamuan mesti ada makan....terima kasih kat kak bet sebab menyediakan makanan yang enak......menu utama adalah bihun goreng, yang sampingan adalah kuih popia, seri muka,buah tembikai dengan air teh o panas.....

Kita masih lagi menanti pengganti Encik Zul, dan harapan kami biarlah pengganti tu seorang lelaki bleh la buat nambah2 player main futsal....Tapi baru je tadi dapat info yang pembantu tadbir(kew) yang baru adalah seorang perempuan....huhuhuhu...(asal ganti mesti perempuan, kenape dah takde lagi ke org lelaki????)


sekian,
Encik Editor Sembang Kongkang




6 ulasan:

  1. GOOD LUCK ENCHEK ZUL JIRAN :))

    BalasPadam
  2. congrats n good luck kat zul... Sorg2 kuar dr BPI...

    BalasPadam
  3. owoss...
    zul tubik senyak2 jer dier
    doh dop aper ah
    tempak baru pong dalang putrajer jugop
    huhuhu
    semoga sukses di tempat baru

    BalasPadam
  4. takdek doh kaki gol sembang kongkang lagi...apakah sembang kongkang akan bungkuih lepas ni?

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. bdoa supaya moderator SK tak pindah, apa jadik duduk la d BPI ni..kalu pindah jugak harus bungkus SK ni..
    atau kalau lebih ramai ppuan di BPI, blog pun dikuasai oleh ppuan..sembang kongkang boleh bertukar nama menjadi " gosip bengkang" pulak..

    BalasPadam