Setelah panas telinga diherdik,dihina dan dikutuk segenap ruang akhirnya anak sultan johor telah bertindak utk meningkatkan revolusi bola sepak johor.di samping Fazura sebagai penasihat maka akhirnya Johor bakal bergelar kuasa bola sepak baru.
Johor FC sudah pun
memberi sinar buat sekian lama kepada bolasepak Johor. Walau berstatus kelab
mereka masih mampu bertahan dalam saingan Liga Super dan layak ke Piala
Malaysia. Stadium JCorp Pasir Gudang biar pun kecil tetap ada penyokongnya yang
hadir setiap kali Johor FC bermain. Johor FC tidak ada masalah kewangan,
kemelut politik dan masalah lain seperti yang melanda Johor FA.
Idea penggabungan ini sama seperti memaksa orang yang sihat berkongsi penyakit dengan seorang malaon yang menghidap kusta. Gedebe gila kuasa di Johor FA yang gagal tidak menyedari kesilapan mereka sendiri dan sebaliknya mengambil jalan mudah dengan memaksa Johor FC diserap ke dalam Johor FA. Lepas itu sembang kencang, era kegemilangan bolasepak Johor bakal kembali.
Idea penggabungan ini sama seperti memaksa orang yang sihat berkongsi penyakit dengan seorang malaon yang menghidap kusta. Gedebe gila kuasa di Johor FA yang gagal tidak menyedari kesilapan mereka sendiri dan sebaliknya mengambil jalan mudah dengan memaksa Johor FC diserap ke dalam Johor FA. Lepas itu sembang kencang, era kegemilangan bolasepak Johor bakal kembali.
come n get me baby
Kalau dibiarkan perkara ini berlaku, matlamat FAM untuk menggalakkan penubuhan kelab bolasepak di Malaysia tidak akan kesampaian. Bayangkan apa pula selepas ini, Terengganu FA lingkup dan PBDKT T-Team FC diserap masuk? Kuala Lumpur FA bungkus dan KL PLUS FC dipaksa bergabung? Kejadahnya?
Paling terkini adalah
berita perpindahan pemain ke Johor. Banyak nama besar sudah mula menyertai
Johor. Antaranya pasangan kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha serta Azmi Muslim
dari ATM. Kemungkinan besar mereka akan disertai oleh Safiq Rahim, Nurul Azwan Roya
dan Norshahrul Idlan Talaha. Kita ingatkan, itu dah dikira transfer yang besar,
sekali keluar pula berita mengenai Daniel Guiza, bekas pemain skuad Juara
Eropah, Sepanyol pada tahun 2008 dilamar oleh Johor. Ini berlainan dengan
berita perpindahan Bosko Balaban tahun lepas, kerana Daniel Guiza masih belum
aktif bermain di Primera Liga dan merupakan pemain dalam skuad Juara Eropah
2008, so, namanya masih lagi hangat dalam fikiran peminat bola sepak tempatan.
Daniel Guiza turut terpilih ke Johor
Transfer rumours ini penting untuk menimbulkan minat di
kalangan peminat bola sepak tempatan untuk mengetahui lebih banyak mengenai
pasukan mereka. Tapi setiap pasukan tidak boleh mengharap kepada sekadar big
name signings untuk menarik minat penyokong. Perlu ada usaha berterusan.
Sebagai contoh, kelab Eropah saban tahun mengadakan perlawanan persahabatan di
luar negara untuk mendekati peminat mereka. Jadi, apa yang pasukan tempatan
boleh buat adalah melawat setiap daerah(jika boleh) dan adakan aktiviti atau
perlawanan persahabatan supaya peminat dapat berinteraksi dengan pemain dan
pasukan. Perlu ditanam perasaan kekitaan ke dalam setiap penyokong yang ada.
Biar mereka rasa sayang dan rasa mereka sebahagian dari pasukan. Kerana itu
penyokong digelar Pemain ke-12. Bagaimana mereka ingin jadi Pemain Ke-12 jika
mereka tidak merasakan diri mereka sebahagian dari pasukan? Selangor, Kelantan
dan Sabar pernah buat.
Ya, mungkin kualiti pasukan yang ditentang dalam
perlawanan persahabatan mungkin tak hebat, tapi impaknya untuk menarik minat
penyokong itu sangat besar.
Diharapkan sokongan dan
minat mengenai bola sepak Malaysia ini tidak tamat sekadar dengan berita
perpindahan pemain sahaja. Semoga ia mampu diterjemahkan dalam bentuk kehadiran
ke stadium. Bagus sekali jika season depan kita mampu melihat hampir semua
stadium dipenuhi oleh manusia dan bukan sekadar kerusi kosong. Mungkin ia mampu
menjadi realiti jika hype ini diteruskan. Mungkin.
- kembalikan kegemilangan zaman Ervin Boban -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan