1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita
akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita
men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita
akan dilempang olehnya.
2.
Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki
dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi
percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka
juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.
3.
Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km
persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Temagi memasuki kawasan
itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa
kompas.
4. Uri
Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan
bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan
kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang
Ultraman!.
5.
Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak
bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah
manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.
Baca
lagi untuk fakta-fakta yang boleh buat anda mereng.
6.
Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian,
selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik
Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka
bukanlah dari spesies yang sama.
7. Gelas
kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca
Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika
bercinta.
8.
Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang
sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu
sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.
9.
Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya
tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada
hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.
10.
Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf ‘W’ dalam bahasa
Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat
12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu
A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris
dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf
kerana mereka tidak tahu membaca.
11.
Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan
bunyi-’dous’ iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini
membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.
12.
Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell
(neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi
juga bernama Hell.
13.
Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap
tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir,
secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.
14.
Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise,
sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula
ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.
15.
Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri
supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat
demikian jika hendak berbau hancing.
16.
Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat
Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain,
heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk
menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak
berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal
juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.
17.
Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah
nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.
18.
Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal
terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh
lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi
agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas
jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi
adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.
19.
Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula,
seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi
bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut
dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang
dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.
20.
Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan ‘pos laju’
menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan
menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti.
Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia,
jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja
serta-merta.
21.
Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk
mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat
roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala
ikan.
22. Ini
adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang
yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.
23.
Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh
perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula
hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala
Lumpur sahaja.
24.
Tahukah anda?..Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding
manusia. Tetapi ini tidaklah ada apa-apa berbanding dengan kentut seorang
manusia yang bernama Temagi, tidak berbunyi tapi busuk.
muahahaha.. ngok ngek kepala kemek sape yang tulis entry nih.. rase nak lempang2 je penulis..
BalasPadamcegampang
BalasPadamhahaha
nunud XOXO adalah temagi yg sebenar
BalasPadamko temanyok !
Padam