Sabtu, 21 April 2012

Bolton Wanderers Juara Kongkang Cup 2012

Semalam berlangsungnya Kejohanan Futsal BPI atau biasa dipanggil Kongkang Cup. Bolton Wanderers yang diwakili oleh Brader, Zul, Wan, Toki dan Amin berjaya memenangi kejuaraan yang pertama kali dibuat di Arena, Cyberjaya. Zul dianugerahkan penjaring terbanyak berkongsi kejuaraan dengan CC Puad manakala penjaga gol terbaik disandang oleh Ijad dari team Newcastle United...

KEPUTUSAN PENUH

Pusingan Pertama


 
 
 
 KEDUDUKAN LIGA



 Separuh Akhir 1

 

Separuh Akhir 2


Kedudukan Tempat ke-3 dan ke-4

 

FINAL

 

 SENARAI PENJARING

6 Gol

Zul - Bolton Wanderers
CC Puad - Sunderland

4 Gol

Wan - Bolton Wanderers
Park - Sunderland

3 Gol

Fazley - Everton
Zuan - Newcastle United
Khai - Newcastle United

2 Gol

Adi - Everton
Mat Kedah - Everton
Jadu - Sunderland
Khusairi - Newcastle United

1 Gol

Bro-Everton
Rosli - Everton
Toki - Bolton Wanderers
Amin - Bolton Wanderers
Daud - Sunderland
Leman - Newcastle United

Own Goal

Amin - Bolton Wanderers

ANALISIS PASUKAN YANG BERTANDING

JUARA

Para pemain Bolton meraikan kemenangan bersama trofi yang disponser oleh Ahmad Kamal Sanusi...Brader xde dalam gambar sbb dia dah balik dulu dek kerana injured kat tangan...walaupun gagal memenangi penjaga gol terbaik, tetapi aksi brader adalah bertaraf lagend..Beliau banyak menggagalkan banyak percubaan bahaya dari pihak lawan. Pasukan Bolton gagal menunjukkan permainan yang baik pada peringkat liga, namun berjaya menebus kehampaan tersebut pada saingan semi final dan final. Mengalahkan pasukan Newcastle pada saingan semi final dengan 3-1 kemudian berjaya menewaskan pasukan Sunderland dengan keputusan 4-3 di final membolehkan Bolton menjuarai saingan Kongkang Cup 2012 dengan jayanya. Zul berjaya memenangi Anugerah Kasut Emas dengan jaringan 6 Gol...Menduduki Tempat Ke-3 liga tapi berjaya menjadi Juara Kejohanan Kongkang Cup 2012.

 NAIB JUARA
 
 Hanya 2 orang je yang sudi bergambar yang lain dah balik dulu...Pasukan yang pada awalnya langsung tak de harapan nak masuk final, ditambah dengan pemain mereka yang datang lambat tapi mereka membuktikan sebaliknya..aksi menarik mereka di semi final berjaya membawa mereka ke final. CC Puad merupakan penjaring terbanyak pasukan iaitu dengan 6 gol..Persefahaman antara jadu, daud dan park berjaya mengucar-kacirkan pasukan lawan...game terbaik mereka adalah ketika menang di semi final dengan mengalahkan pasukan Everton 6-3...Seorang pemain mereka iaitu Daud berjaya menjaringkan gol paling cantik dalam kejohanan ini. Naib Juara Liga dan Naib Juara Kejohanan Kongkang Cup 2012 dengan mengumpul 13 jaringan gol sepanjang kejohanan ni. Merupakan pasukan yang paling banyak menjaringkan gol...

TEMPAT KE-3

 Turun selaku underdog bukan penghalang untuk mereka beraksi dengan baik. Pasukan yang diwakili oleh Bro, Mat Kedah, Rosli, Fadzley dan Adi ini, merupakan satu-satunya pasukan dimana semua pemain mereka menjaringkan gol. Aksi terbaik mereka adalah ketika mereka berjaya menewaskan pasukan Bolton Wanderers di saingan liga dengan keputusan 3-2. Fazley merupakan penjaring terbanyak pasukan dengan 3 gol. Aksi Rosli Sidek yang paling cemerlang adalah ketika membantu pasukan Everton menang dengan Bolton dimana beliau bertindak sebagai penjaga gol yang berjaya menggagalkan hampir setengah dozen percubaan tepat ke arah pintu gol. Menduduki tangga Ke-4 Liga namun berjaya mengubah kedudukan ke Tempat-3 Kejohanan Kongkang Cup 2012.

TEMPAT KE-4

 Newcastle United pada awalnya diletakkan selaku pasukan pilihan untuk menjuarai pertandingan ini. Dibarisi oleh pemain-pemain yang bertaraf bintang meletakkan mereka calon untuk menjadi juara. Aksi pada saingan liga membuktikan bahawa mereka layak digelar juara. Namun aksi longlai mereka di semi final, membolehkan mereka ditunjukkan jalan keluar lebih awal oleh pasukan Bolton Wanderers. Penjaga gol mereka iaitu Ijad berjaya memenangi anugerah penjaga gol terbaik untuk kejohanan kali ni. Ijad berjaya bermain untuk semua game Newcastle, dan beliau berjaya menyelamatkan beberapa percubaan bahaya dari pihak lawan telah menjadi pilihan juri untuk merangkul anugerah penjaga gol terbaik....Menjadu Juara Liga namun menduduki Tempat-4 Kejohanan Kongkang Cup 2012 setelah tewas kepada Everton..


ANUGERAH KASUT EMAS

ZUL - BOLTON WANDERERS (6 GOL)

ANUGERAH PENJAGA GOL TERBAIK

IJAT - NEWCASTLE UNITED
 
JARINGAN TERCANTIK

DAUD - SUNDERLAND

PEMAIN TERBAIK SEPANJANG KEJOHANAN

ROSLI SIDEK - EVERTON









-MENANG KALAH DAPAT MEDAL SEBAGAI KENANGAN DARI BPI-











3 ulasan:

  1. Tanpa NamaApril 21, 2012

    mana medal aku sbgai penyokong simpanan??

    BalasPadam
    Balasan
    1. anda bleh tuntut kt kaunter bhg.kewangan bpi..jumpa pegawai kaunter yg bernama bob...

      Padam
  2. Tanpa NamaApril 22, 2012

    buat la lagi...

    BalasPadam