Isnin, 2 April 2012

Cara Nak Ganti Hardisk Netbook HP Mini

Aku nak kongsi sket cara nak ganti Hardisk Netbook HP mini ataupun netbook yang sewaktu dengannya. Seperti yang kita sedia maklum, kalau laptop biasa cara nak kuarkan hardisk adalah dengan membuka penutup casing kat bawah laptop pastu baru kuarkan hardisk. Tapi untuk netbook plak, kalau kita nak tukar hardisk, kita kena bukak melalui keyboard netbook tersebut...

Contoh Netbook HP mini..Bukan semua netbook kena bukak kat keyboard untuk amik hardisk...macam Toshiba Nb5200 kalau nak amik hardisk dia kena ikut bawah, mcm laptop biasa jugak....

first..tanggalkan bateri netbook sebab skru keyboard tersebut ada kat bahagian bateri itu diletakkan....

Pastu korang bukak 3 skru yang ada kat bahagian bateri netbook tersebut..

3.Amik logam leper contohnya skrudriver leper, korang cungkil keyboard tersebut dari clip dia....buat ngan hati2 sbb cungkilan yang kuat boleh merosakkan casing netbook tersebut

4.biler dah dah tanggalkan keyboard dari body netbook tu, korang bleh la terbalikkan keyboard tersebut dan korang nampak lah hardisk tersebut...hati2 dengan ribbon keyboard tersebut sbb kalau korang buat kasar2 pastu putus plak ribbon tu dah satu lagi masalah korang akan bertambah...

5.mcm biasa...gunakan skru bunga untuk bukak hardisk tersebut...pastu gantikanlah dengan yang baru...

6. Beginilah keadaan netbook apabila hardisk dikeluarkan.....

7. Bila dah ganti dengan hardisk baru...pasang la balik keyboard tersebut bermula dari bawah keyboard...Masukkan keyboard ke dalam clip casing netbook tersebut...pastu tekan kiri dan kanan keyboard bagi dia masuk dalam clip netbook...Pastu skru balik kat bahagian bateri netbook tersebut....dah settle semua, bleh la format hardisk baru tu...Oleh itu, selesai sudah.....







-SELAMAT MENCUBA-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan